My Novel

Sunday, March 31, 2013

MJJ berpiknik di Tasik Ayer Keroh

Bulan lepas..setelah perbincangan demi perbincangan...akhirnya geng MJJ telah pergi bercuti bersama2..Fuh! bukan senang nak berkumpul ramai2. Masing2 sibuk saje dengan keje masing2. Akhirnya, bulan tiga yang lepas, kitaorang keluar berempat beserta anak masing2. Encik2 suami tidak dibawa ye kerana kami ingin bercerita, begosip dan sebagainya..hehe

Bertempat di tasik ayer keroh (haha..dekat ajer dengan rumah saya), kitaorang berkumpul. Seronok jugak..da lama tak keluar bersama. Tapi, tak dapat nak gosip sangat sebab anak makcik nora si irfan ni..aduh..nakalnya. berlari sana sini. kerja nak mengejar dia ajer..huhu..
 
Kak Safa with anaknya Adam..

Normee with her girl, Meeya..

Saya dengan Aimee cikebung cikebung..:)

Nora mendahului dengan dua anaknya, Ain dan Irfan yang terlebih aktif..

Past ni nak plan untuk ibu2 pulak..
For all of u guys..thanks for being a good friend..
Sahabat untuk selamanya..

Saturday, March 23, 2013

Ikan Kerisi Masak Kicap + Sambal Telur


Update masak memasak lagi..Kali ini saya masak simple ajer untuk hubby. Yelah, balik kerja, ambil Aimee. Sampai rumah dah pukul 5:30. kadang2 pukul 6 petang. So, masak yang simple2 saja..

Ikan kerisi ni hubby beli kat pasar. Aduh, lupa nak beritahu hubby kalau beli ikan, jangan beli yang ada sisik. Isterinya ini malas nak bersihkan sisik ikan..haha..Tapi hubby da beli, buat sajalah. Buat dengan ikhlas baru makanan sedap..Chewah! Ok2..ikan kerisi ni saya wat masak kicap ajer..Simple but nice..
Di tambah dengan sambal telur..Sedap jugak..haha...semua yang saya buat semua sedap..siapa lagi yang nak puji kan?..hehe..

Menu kami di suatu petang..Hanya tomato jadi pengganti sayur2 hijau sebab masa ni stok sayur dalam peti ais da kosong..

Kepada pembaca2 blog saya yang baru2 nak belajar masak macam saya, cubalah try masak..Sweet sangat..:)

Masak Asam Pedas

Hai uolls..Jom main masak-masak lagi..hehe..sebenarnya ni pic lama..tapi baru ni nak update kat blog. Kira oklah daripada membiarkan blog ni bersawang.

Ini menu entah bila yang saya masakkan untuk hubby. Meskipun hubby taklah cerewet sangat tentang makanan, tapi saya buatkan juga untuk dia. Hubby pernah kata tak payahlah susah-susah masak. Buat simple2 pun tak apa. Nasi goreng ke, Mi goreng ke. Simple, tak payah masak lauk2.
Jawapan saya : Saya pun nak tunjukkan skill memasak saya kat dia..hehe..

Dalam hati saya terfikir dua perkara:
1)Masakan saya tak sedapkah sampai hubby kata tak yah susah2 masak.
2)Hubby memang tak mahu susahkan saya. lagipun malam tak payah makan berat2 sangat sebab siang kami
   masing2 da makan kat opis.
So, saya think positif, memang hubby tak suka saya bersusah2..kalau masakan saya tak sedap, masakan saya rasa sedap aje dan masakan hubby hirup2 kuah tom yam saya? hehe..

Ok, berbalik pada menu yang nak saya postkan kat blog ni...Ikan selar masak asam pedas. kenapa ikan selar? Ikan pari kan best kalau masak asam pedas? Jawapan saya : Sukahati sayalah. Haha..Sebenarnya ikan ni jer yang ada dalam peti ais. So, asalkan boleh.


 
Asam pedas saya..Boleh tahan juga rasanya..


Udang goreng kunyit. Masakan ni saya campak2 ajer. Udang ngan sayur2..Kunyit kasi lebih sikit. Baru ada ummppphhh..

Menu kami di suatu petang. (bila, tak ingat..huhu).

Thursday, March 14, 2013

Anak Bapak

 Situasi 1 : Di tempat kerja
"Ezi, anak kau sebijik rupa abah dia"

Situasi 2 : Di klinik (semasa pemeriksaan)
"Kak, anak akak tak de rupa akak langsung. Mesti ikut ayah dia ni,"

Situasi 3 : Di klinik (semasa menunggu)
"Sepetnye mata anak akak. Macam cina. Ikut ayah dia ke?"

Situasi 4 : Di kedai makan
"Baby ni muka sebijik ikut ayah dia la,"

Situasi 5 : Bertemu jiran kampung
"Angah, anak kau bulat-bulat ikut orang sana (belah hubby)"

Kesimpulan...Aimee ikut muka abah dia
Sekian, terima kasih...:)

Wednesday, March 6, 2013

Hoki : Malaysia VS New Zealand

Semalam..5/3/2013..hubby ajak gi stadium kat Bukit serindit untuk menyaksikan perlawanan hoki antara Malaysia dan New Zealand. So, apalagi..dah lama tak gi  stadium. Last pegi time mengandungkan Aimee.

Tak ramai sangat yang tengok sebab ini hanya perlawanan persahabatan antara Malaysia dan New Zealand. Tapi sebab orang di atas ni cikgu hoki..kita pun ikut lah tengok..hehe..Aimee terpinga2 tengok orang ramai..

Team Malaysia baju biru. Team New Zealand baju hitam. Aduh..keciknya bola. Susah betul nak tengok..hihi..

Perlawanan berakhir dengan Malaysia menang 3-2 ke atas New Zealand. Tapi ikut aggt seri 5-5 kerana perlawanan sebelum ini Malaysia tewas 2-3. Apa2 pun permainan Malaysia boleh dikatakan baik. Malaysia antara terhebat di dunia dalam sukan hoki.

Aimee buat lawak. Time gol..dia menangis. Terkejut dengar orang menjerit..kesian anak ummi..

 Ummi love you, sayang..

The End



Saturday, February 23, 2013

Pengkalan Balak - Part 2

Pada sebelah pagi hari ke 2 di Pengkalan Balak, kami sekeluarga jalan2 kat pantai seperti entry sebelum ini. Pada sebelah petang pulak, kami jalan2 kat sekitar chalet.

Ni gambar kat pantai depan chalet kami. Tengok Aimee..sukanya. Aimee pakai baju ni dah macam boy pulak.. 

Aimee mandi2 kat kolam renang..Hmm..muka tak ada perasaan. Tak tahu Aimee suka ke takut..huhu..

Aimee..cepat buat kuak lentang..

Penat lah..saya nak rehat dulu..

Kelakar tengok muka Aimee dlm pic ni..

Mandi-mandi sampai kul 6.30 petang. Balik ajer chalet, terus 'cuci' Aimee..Takut2 dia demam plak kena air kolam. Lepas mandi, tak sempat pakai baju Aimee dah tertido..penat berenang la tu.. 

Keesokkan harinya, kami chek out dalam pukul 11. Sebelum balik, sempat singgah di tepi pantai yang cantik pemandangannya. Saya suka pic kat atas ni tapi tangan siapala yang menyibuk ni..hihi..
Aimee and ummi..

Makan malam kami..Ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, kerabu sotong, nasi goreng cili api, air fresh orange..Hmmm...

Tamat sudah percutian kali ini. Insyaallah jika diizinkan, kami nak pergi bercuti lagi. Bila Aimee dah besar sikit, mungkin bole pergi jauh2 sikit..

Wednesday, February 20, 2013

Pengkalan Balak - Part 1

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas,sy dan hubby berfikir2 manalah nak pergi bercuti. Cuti pun panjang ni. Kitaorang cari tempat yang dekat2 memandangkan Aimee masih kecil lagi. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Port Dickson tapi kebanyakkan hotel full. So, last2 kitaorang check in kat Pengkalan Balak saja.

Pengkalan Balak? Kat mana tu? Mesti ramai yang tak pernah dengar. Pengkalan Balak ni nama pantai kat Melaka. So, kitaorang pegi bercuti di Melaka saja.

Aimee kat dalam kereta. Suka dapat berjalan ye sayang..

Kami check in kat Chalet Damar Suria Resort. Chalet biasa2 jer. Tak kisahlah asalkan bersih dan selesa. Check in 2 hari. Aimee bergolek2 atas katil. Suka sejuk ada air cond..



Pemandangan pantai dari bilik kami.. 

Saya dan Aimee - makan malam di Medan Ikan Bakar
 
Hidangan kami..ikan cencaru bakar, ketam masak pedas, sotong goreng tepung dan air tembikai..yummy..yummy....


Hubby dan Aimee yang comel - berjalan2 kat tepi pantai..

Aimee confius tengok ombak..entah apa yang difikir anak kecil ini..

Aimee!! Sila bangun!! Kita datang nak bercuti sayang. Bukan nak tido!!..Hehe, Aimee dah penat berjalan, tertidur pulak. Best tido kat sini. Angin bertiup nyaman..huhu..

Aktiviti hubby dan Aimee..sempat memancing lagi pakwe sorang ni..

Aimee Nur Aqeelah..anak sayang ummi dan abah..moga jadi anak yang baik nanti. Insyaalllah..

Note : Part 2 akan menyusul ya..rajin2 la ke blog saya..:)