My Novel

Monday, May 28, 2012

No More Workaholic





Bulan lepas sy dan 3 orang lagi budak opis telah di tawarkan sesuatu yang tak pernah di duga saya..Apa tu?..hehe..bos panggil saya dan dia tanya.."Ezi, u nak oncall lagi tak?"..Isy, lain macam ajer bunyinya..Maka bermulalah perbincangan kami berdua..Bos kata nak letakkan saya sebagai pemenent memandangkan saya dah senior (senior yang tak berapa sangatlah..hehe)..so, it means..no more oncall..no more keje malam and no more keje pada hari Ahad!

Peluang yang baik bagi saya..memandangkan sejak kawen..saya sudah semakin malas buat OT..malas buat oncall..malas keje lebih masa..hehe..Ye lah, hubby keje cikgu..selalu ajer ada kat rumah..sabtu, ahad cuti..rasa cam x best je bekerja..lagipun..kalau baca balik post sy yang bertajuk IMPIAN..emm..sampai bila sy nak keje malam???

Hubby pun suka kalau sy terima tawaran tu..Hubby pun sejak sebelum kawen lagi tak suka sangat sy keje malam..Lagipun, sy nak tumpukan masa lebih kepada my family..my hubby and my future baby (InsyaAllah)..Dan kesimpulannya..sy pun terima tawaran itu..

So, tiada lagi ezi afiza yang workaholic..sekarang keje opis hour..Hepy..

Love my beautiful life..Thanks God..:)

Sunday, May 13, 2012

Hoki Piala Remaja Asia 2012

Pada minggu lepas..sy dok layan benda nih..apanya?..Hoki Piala Remaja Asia 2012..Eh! sejak bila saya layan hoki ni? Haha..sejak hubby ajak saya tengok hoki kat stadium. Kebetulan perlawanan besar ni di adakan di Stadium MBMB, Bukit Serindit, Melaka.

Sebelum ni memang saya tak tahu langsung tentang hoki..Yang tahu bola saja..Hoki?..em..bolanya kecik sangat..tak tahu mana bola, mana kayu, mana kaki orang..haha..tapi suatu petang..chewah..hubby ajak tengok hoki..time tu Malaysia lawan Iran. Maklumlah..hubby jurulatih hoki...ops..bukan Malaysia tau..jurulatih kecik2 ajer..so, sy pun joinlah..tak pernah pegi stadium..exited plak..





Malaysia VS Iran..menang 6-1..


 Malaysia VS Korea..menang 6-3


Malaysia VS India di peringkat separuh akhir..menang 2-0


 Malaysia VS Pakistan di peringkat akhir..menang 2-1


Kemenangan pasukan negara..Proud to be Malaysian..

Tahniah kepada pasukan hoki remaja Malaysia kerana telah menjadi champion..Tahniah!

(all gambar ihsan dr en google)

Saya tak bawa camera untuk merakam aksi pasukan Malaysia...sedihnya..Saya menonton 3 perlawanan saja..Ketika pasukan negara menentang Iran, Korea dan India..Ketika menentang Jepun, sy tak pegi sebab keje malam..Time lawan Iran, stadium tak sesak sangat..Lawan Korea..aduh..duduk kat tangga sebab ramai orang..Time lawan India di separuh akhir..jangan cakaplah..jemm teruk..nak paking pun susah..terpaksa bersesak-sesak..Namun puas sebab semangat Malaysia tu ada..

Final?..Saya dan hubby menonton di rumah saja. Hubby kata tak payahlah pegi stadium sebab terlalu sesak. Hubby kesian kat saya sebab takut kena berdiri sepanjang perlawanan. So, kitaorang tengok final sambil makan roti dan bersantai di rumah..hehe

Apa2 pun..tahniah pasukan Malaysia..:)

Family Trip


Pada Febuari lepas, famili sy mengadakan famili trip di Port Dickson. Memang menjadi kebiasaan kami akan pergi bercuti sekurang-kurangnya sekali setahun. Saja2 untuk bersuka dan mengeratkan lagi hubungan keluarga. ewah..Kali ini dibuat di Port Dickson. Agak dekat kerana kami terhad masa. Maklumlah adik beradik 7 orang. Nak berkumpul ramai2 sekaligus..nak apply cuti lagi..so, kami pilih hari sabtu dan ahad. apa2 pun janji seronok...:p

Saya dan hubby. Abaikan saya yang semakin gemuk itu..hehe..


Mak ngan abah bersantai di pantai..

Antara acara yg kami buat..kami 9 orang dibahagi 3 kumpulan..past tu kena wat nama dan tema sendiri..wat permainan teka2 gaya..seorang wat gaya simpulan bahasa tanpa suara dan 2 ahli lain teka..tu main apa ek namanya?..hehe..

Kumpulan Bobo..hubby, kakak (my sis) dan uda..

Kumpulan Gondang..bang long, along dan ayue..
Kumpulan Mok Mok Cit..alang, saya dan adik..kumpulan yang poyos dan kecoh tapi kalah..haha..

 Kumpulan Bobo memenangi permainan ini..eksyen betul hubby..eleh..hamper tu syarat jer..past tu kitaorang hentam sama-sama..mak penyampai hadiah..hehe..
Aktiviti memancing..emm..saya tukang menyibuk sebab tak minat mancing..hehe..

Suami siapa ni? Mak kata hubby dari jauh macam komunis cina plak..hehe..

Aksi poyos adik2 ku..huhu..
Banyak kali cut bab lompat ni..Ni je lah yang cun..haha..

 BBQ di waktu malam di tepi pantai..yummy2..


Akiviti air pada pagi ahad..


Mandi sakan la korang..mana saya?..em..saya main2 air jer..tak join mandi dan main bola sebab time ni saya kurang sihat..apa2 pun saya yang jadi pengadil time diaorang main bola..pengadil berat sebelah sebab sy sokong team hubby..haha..

Best percutian kali ni. Dengar2 bulan 6 nak gi jalan2 lagi..Cepat2 buat program ye AJK program..:)

Tuesday, May 8, 2012

Chinese New Year

Chinese New Year bila ni?? yang lepas ke akan datang?..hehe..sila jangan tanya soalan ini..asalkan sy mengupdate udah le ye...

Tahun ini merupakan 1st time sy menyambut Chinese New Year..memandangkan hubby mix Chinese-Malay..so, kami pun jalan2 rumah saudara2 yang berbangsa China..

Jom layan pic2 yang sempat ditangkap..



Sempat posing time nak balik...


Sy dan hubby..masa ni baru sebulan kawen..hehe..


With kak yaty (hubby's sister) and anak2 buah..tema rayer kena pakai baju merah ye..baru ada ong..


Saudara..sepupu2 hubby yang turut beraya..(sila abaikan gambar latar belakang ye)..

Tahun ni saya dan hubby terima angpow..(takde gambar nak eksyen kat korang..huhu..)..ikut mereka berbangsa China..tahun pertama kawen akan dapat angpow..tahun depan x ada lah..tunggu anak kutip angpow pulak..hehe..Insya'allah..