My Novel

Saturday, May 23, 2009

Keluarga Bahagia...

Pasangan sejoli...huhuhu

Berehat di waktu petang
Sama-sama cari makan


Bersama anak-anak comel lima ekor


Keluarga bahagia ayam-ayamku...huhuhu...
Layan............

Wednesday, May 20, 2009

Ragam 6: JOHOR di mana????

Seperti biasa waktu makan malam merupakan waktu berkumpul saya sekeluarga. Time nilah baru ramai yang ada. Itupun kadang2 terkurang juga bilangannya. Sambil2 makan, adik saya ada bercerita. Cerita yang membuatkan kami sekeluarga tertawa.
Di tempat kerja adik saya ada seorang perempuan Cina. Baru je start keje. Dia ni tak fasih berbahasa melayu apatah lagi bahasa Inggeris. Dia hanya fasih berbahasa Cina. Jadi, ada sedikit masalah komunikasi antara adik saya dan dia. Nasib baiklah dia tahu sikit2 cakap melayu. Suatu hari, adik saya berbual2 dengan dia.
" You kena belajar Bahasa Melayu. Nanti senang. Lagipun you duduk kat Malaysia. Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan." Ujar adik saya .
" Tapi dulu saya tak duduk di Malaysia." Balas perempuan tu.
" Habis dulu you duduk kat mana?." Soal adik saya.
" Johor." Balas perempuan itu dengan yakinnya.
?????....

Sunday, May 17, 2009

Award dari Fyda dan Kak Fishah..


Thanks wat Fyda and Kak Fishah sebab bagi award ni kat saya...Hope tahun 2009 ni kehidupan saya berjalan dengan baik2 sahaja...Muaaaah!!!

Saturday, May 9, 2009

Tag lagi...dari adik Hanny dan Fyda...

Kali ni tag agak panjang...huhu...Kena jawab gak ar...

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Saya masih single...:-)

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.
a) Membuka pintu rumah atau kereta

i : kunci rumah
ii : kunci kereta

b) Mencucuk plug soket
i : tutup pen
ii : skrewdriver

c) Simpan air minuman
i : dalam botol air
ii : dalam jag

d) Ketika blackout
i : lilin (time malam ar...)
ii : time siang...duk kat luar rumah...amik angin...

e) Meluahkan rasa hati
i : pada diri sendiri (aku saja yang tahu)
ii : kat vivi (my car)-kalaulah dia ada perasaan...

f) Siang ikan
i : emak
ii : emak...hehehe

g) Susah hendak buang air besar
i : makan buah2 an
ii : minum air banyak2

h) Di mana anda simpankan dokumen pentingi
i : fail
ii : dalam laci

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : Insya'Allah tak kan terjadi

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku
ii : gunting...(kalau tak jumpa ketip kuku)

k) Melihat waktu
i : jam tangan (kalau pergi mana2 coz jam tak leh tinggal)
ii : jam dinding (kalau kat rumah)

l) Kalau badan terasa panas
i : mandi
ii : duk kat bawah kipas

m) Ternampak pencuri
i : mungkin terkedu seketika
ii : telefon sesiapa yang terlintas di fikiran

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : buat tak tahu je...
ii: buat2 tak nampak...

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : bantal (mesti lebih dari satu....)

Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.

Tak tahu nak TAG siapa buat masa ni...akan difikirkan kemudian....

Thursday, May 7, 2009

TAG dari adik Rehal...huhu...

Kena jawab tag la plak...hehehe...
...10 Facts About Me...
1) Kerja...kerja...kerja...huhuhu...hidup saya penuh dengan kerja...bulan lepas saya keje 29 hari dr 30 hari..itupun sebab 26 hb saya gi book fair..Tengok jadual bulan 5, FULL (termasuk sabtu, ahad)...
2) Office dah macam rumah ke dua saya...
3) Sedang berdiet...Nak lawan dengan adik beradik saper dapat turunkan berat badan dulu..huhu...tapi macam tak jadi je sebab saya ni kan pecinta makan!!!
3) Sedang menanti novel ketiga diterbitkan dan sedang menulis novel ke 4
4) Senang tido...letak je kepala kat bantal, terus zzzz....
5) Tak tahu duk diam...ada je keje yang nak di buat...
6) Handphone tak boleh jauh2 dari saya...Kalau tengok TV, hp mesti letak depan mata...kalau tido, hp mesti ada kat sebelah...huhuhu
7) Rasa tak selesa kalau tak pakai jam tangan
8) Tak suka orang2 yang kipas2 ni..bagi saya, be yourself..Jadi diri sendiri...tak usahlah berlakon baik depan bos tapi belakang.....(kisah benar)...:)
9) Saya di gelar superwoman kat opis...sebab saya woman yang 'super'...huhuhu...
10) Happy family...muaaaah...
Tag saper ye...1) Farid MU 2) Nor Rafishah 3) Fiza Nordin 4) Yez_zzza 5) Puteri Imanisya

Monday, May 4, 2009

Diam-Diam Rindu...(Sedikit Petikan)


Sejak tadi suasana sepi sahaja. Masing-masing hanya melayani perasaan masing-masing tanpa sedikitpun berbicara. Elisya diam. Dia menguis-nguis pasir dengan jarinya. Sesekali melirik ke arah Amir yang sedang merenung laut jauh ke hadapan. Elisya tidak berani bersuara. Hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Petang tadi Amir muncul di depan rumah sewa milik Ina dan Dilla. Kedatangan Amir tidak begitu memeranjatkan Elisya malah dia sendiri sudah menjangka akan kedatangan pemuda itu. Cuma dia tidak menduga secepat itu Amir akan sampai ke Pulau Langkawi ini.
Tanpa berkata apa-apa, Amir terus mengajak Elisya keluar dan Elisya hanya menurut sahaja apabila Amir membawanya ke pantai Cenang. Pantai yang merupakan tempat mereka selalu bersama dahulu dan kini sekali lagi pantai itu menyaksikan pertemuan mereka tetapi tidak pasti adakah pertemuan ini akan membawa bahagia atau sebaliknya.
Amir masih lagi berdiam diri menyebabkan Elisya mula rasa tidak selesa. Adakah datang ke sini hanya untuk berdiam diri sahaja?. Hanya untuk menikmati suasana petang tanpa apa-apa bicara?. Namun, di dalam rasa tidak selesa itu, hatinya terasa berdebar. Apa pula kali ini?. Adakah Amir ingin terus menjadikan pantai ini menghiasi kenangan manis mereka dengan membawa berita yang menggembirakan atau sekadar mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinannya nanti?.
Sesekali Elisya melirik cincin silver di jari Amir. Amir masih memakai cincin itu lagi sama seperti dirinya. Cincin yang melambangkan persahabatan mereka. Kerana cincin itulah mereka terpisah dan kerana cincin itu jugalah mereka bertemu kembali. Ah, cincin itu benar-benar membuat Elisya bersalah untuk memberitahu Amir sesuatu.
“ Mir, saya ada sesuatu yang nak di katakan pada awak.” Ujar Elisya memecah kesunyian yang tercipta antara mereka. Elisya memberanikan dirinya bersuara. Berita perkahwinan dia dan Fikri perlu di sampaikan tidak kira sama ada Amir sudah mengetahuinya ataupun belum. Dia tidak mahu membelakangi Amir dengan merahsiakan hal ini. Bukankah dia pernah berkata dulu yang dia akan memberitahu Amir jika dia ingin berkahwin kelak tidak kiralah sama ada perkahwinan itu secara sukarela atau sebaliknya. Namun, dalam debar itu hatinya tiba-tiba sayu. Sedih mengenangkan pantai ini bakal menjadi saksi berakhirnya satu hubungan. Hubungan yang tiada nama.
“ Saya pun ada perkara nak di katakan pada awak.” Amir tiba-tiba bersuara sambil memandang laut di hadapannya. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan Elisya di saat itu. Dia tahu apa yang ingin Elisya sampaikan. Pasti berita yang sama dia dengar melalui Fikri. Kalau boleh dia tidak mahu mendengarnya. Dia tidak mahu mendengar berita itu dari mulut Elisya dan kalau boleh dia tidak mahu mendengar cerita lain melainkan cerita antara dia dan Elisya. Hanya cerita mereka berdua.
Amir menguatkan semangatnya. Dia akan meluahkan segalanya hari itu. Dia ingin memberitahu Elisya bahawa betapa pentingnya Elisya di dalam hidupnya. Dia ingin menyatakan bahawa gadis itulah yang sentiasa bertakhta di hatinya selama ini. Dia ingin menjelaskan bahawa pertunangan yang tercipta antara dia dan Zarin adalah suatu kesilapan. Dia ingin memberitahu segala-galanya. Selebihnya, terpulang kepada Elisya untuk membuat keputusan. Jika Elisya masih ingin meneruskan perkahwinan itu, Amir turut tumpang gembira. Sekurang-kurangnya dia tidak menyesal dan terkilan kerana perasaannya sudah diluahkan walaupun hatinya bakal terkecewa. Dan sebaliknya, jika dialah pilihan Elisya, pasti dialah manusia yang paling gembira tatkala itu. Selepas itu dia tidak mahu fikirkan apa yang akan terjadi. Biarlah semua yang terjadi. Dia akan harunginya. Dia tidak gentar dan dia tidak mahu mengalah lagi. Sesungguhnya kata-kata semangat yang dilemparkan oleh Lokman dan Faiz benar-benar membuatkan dirinya lebih yakin.
Elisya menutup matanya rapat. Betapa dia rindukan suara Amir. Betapa dia rindukan pemuda itu tetapi…
“ Mir…” Elisya menarik nafas dalam-dalam.
“ Saya suka awak.”
Kata-kata Amir membuatkan Elisya terkedu. Segera dia menoleh ke arah Amir. Di tenung lama wajah itu. Amir masih merenung jauh ke arah laut. Elisya terdiam seketika, menanti bicara Amir seterusnya.
Amir memberanikan dirinya mengadap ke arah Elisya. Wajah gadis yang begitu dirinduinya ditenung dalam dan di saat itu, dia dapat lihat air mata Elisya mula bergenang.
“ Eisya, puas saya memaksa diri saya supaya tidak menyukai awak tetapi saya gagal kerana dalam otak saya hanya fikirkan awak. Dalam hati saya hanya ada awak hingga sukar untuk memikirkan orang lain kerana dalam minda saya hanya fikirkan awak.”
Air mata Elisya akhirnya gugur apabila mendengar pengakuan dari Amir. Inilah kali pertama Amir meluahkan perasaannya sepanjang perkenalan mereka dan Elisya benar-benar terharu dengan kata-kata Amir itu.
Amir memegang bahu Elisya. Dia menarik Elisya rapat kepadanya. Dengan perlahan Amir mengucup dahi Elisya membuatkan air mata gadis itu mengalir semakin laju.
“ Mir.” Elisya tidak dapat mengawal perasaannya. Dia memeluk Amir erat dan dia dapat rasakan Amir membalas pelukannya. Elisya menangis teresak-esak di dalam dakapan pemuda itu.

Sunday, May 3, 2009

Seoul Garden...Best!!!

Selamat datang dan Selamat menjamu selera...

Makan...makan...jemput2 tambah nasi tu...huhu..



Masak jangan sampai hangus ye kak...


Makan, masak dan possing...huhuhu.




Aneka sayur, dan pelbagai bebola...sotong, udang, ikan, ketam..bla..bla...bla...






Daging ayam, dan lembu yang terdapat dalam pelbagai rencah...sayur...udang...sotong...yummy!!


Pic ni sebenarnya dah lama..Saja nak letak hari ni...huhuhu...SEOUL GARDEN...Inilah tempat yang saya suggestkan untuk makan sekeluarga. Sebelum ni saya makan bersama kawan2 kat tempat ni. Past tu saya rasa seronok dan nak share dengan family saya. So, kitaorang cadang satu tarikh dan pergilah sekeluarga, termasuk makcik dan maklong saya.
Makan kat sini dah fix sekepala. Kitaorang pilih makan waktu tengahari pada hari biasa sebab hujung minggu harga mahal sikit. Kira kat sini makan ambillah banyak mana and then boleh masak sendiri kat atas meja tu. Kalau jenis orang yang banyak makan, memang tak rugi pergi. Saya kalau dah berkumpul adik beradik...fuh!...tentu risau taukeh tu...Makan banyak giler...Sukahati je ambil itu ambil ini...Past tu makan lah sampai kenyang. Kitaorang kan pencinta makanan...hehehe...
Pilihan makanan kat sini memang banyak. Ayam yang dipotong halus ada macam2 rempahnya.(Semuanya mentah dan kena masak sendiri). Ada daging, sotong, udang. kerang...macam2 lah...Ada gak makanan dah di goreng...Ada gak nasi, mee.....
Dan pencuci mulutnya, ada aiskrim, buah2 an, ABC...Yang paling saya tak tahan, adik beradik saya berlumba-lumba buat ABC sapa yang cantik...Past tu bukan nak makan...Mak saya dan kakak saya tukang habiskan...huhuhu...Anyway seronok makan kat sini...Saya makan 11 orang dan harganya cuma RM2++...Sesekali apa salahnya kan...:)

Sesudah Pesta Buku 2009...

Em...saya rasa saya antara orang terakhir menulis entry tentang pesta buku...(dah seminggu berlalu). Bukan apa, saya ingatkan nak masukkan gambar yang sempat saya snap tapi camera saya ada problem sikit...tak boleh nak save dalam laptop. So, nak tunggu camera ok, entah2 cerita pun dah basi...
Hari tu, saya tiba awal tapi saya jalan2 dulu dengan adik dan kakak saya..Dalam jam 11.30 barulah saya menunjukkan muka kat booth FP...Perasaan?..Em...takut2 gak mula2 tu...First time lah katakan...
Orang petama saya jumpa adalah kak Puteri...Gembira gak dapat jumpa penulis2 FP...Kak Puteri memang peramah...Kak Fishah yang happy go lucky...kak Nita yang maintain cun...huhuhu...kembang kak Nita..
Jumpa gak Fida dan Bikash...selama ni tengok kat blg je...sekarang dapat jumpa...Apa yang boleh saya katakan, penulis2 FP semuanya baik2 belaka dan tak sombong.
Kepada penulis2 FP yang saya jumpa 26 hb, maaflah tak dapat join lunch sama. Saya makan dengan adik2, kakak saya. Diaorang dah lapar sangat...Maklumlah saya yang kena belanja...Nanti tak makan pula diorang...Anyway...hope jumpa di lain hari....:)