My Novel

Saturday, February 23, 2013

Pengkalan Balak - Part 2

Pada sebelah pagi hari ke 2 di Pengkalan Balak, kami sekeluarga jalan2 kat pantai seperti entry sebelum ini. Pada sebelah petang pulak, kami jalan2 kat sekitar chalet.

Ni gambar kat pantai depan chalet kami. Tengok Aimee..sukanya. Aimee pakai baju ni dah macam boy pulak.. 

Aimee mandi2 kat kolam renang..Hmm..muka tak ada perasaan. Tak tahu Aimee suka ke takut..huhu..

Aimee..cepat buat kuak lentang..

Penat lah..saya nak rehat dulu..

Kelakar tengok muka Aimee dlm pic ni..

Mandi-mandi sampai kul 6.30 petang. Balik ajer chalet, terus 'cuci' Aimee..Takut2 dia demam plak kena air kolam. Lepas mandi, tak sempat pakai baju Aimee dah tertido..penat berenang la tu.. 

Keesokkan harinya, kami chek out dalam pukul 11. Sebelum balik, sempat singgah di tepi pantai yang cantik pemandangannya. Saya suka pic kat atas ni tapi tangan siapala yang menyibuk ni..hihi..
Aimee and ummi..

Makan malam kami..Ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, kerabu sotong, nasi goreng cili api, air fresh orange..Hmmm...

Tamat sudah percutian kali ini. Insyaallah jika diizinkan, kami nak pergi bercuti lagi. Bila Aimee dah besar sikit, mungkin bole pergi jauh2 sikit..

Wednesday, February 20, 2013

Pengkalan Balak - Part 1

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas,sy dan hubby berfikir2 manalah nak pergi bercuti. Cuti pun panjang ni. Kitaorang cari tempat yang dekat2 memandangkan Aimee masih kecil lagi. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Port Dickson tapi kebanyakkan hotel full. So, last2 kitaorang check in kat Pengkalan Balak saja.

Pengkalan Balak? Kat mana tu? Mesti ramai yang tak pernah dengar. Pengkalan Balak ni nama pantai kat Melaka. So, kitaorang pegi bercuti di Melaka saja.

Aimee kat dalam kereta. Suka dapat berjalan ye sayang..

Kami check in kat Chalet Damar Suria Resort. Chalet biasa2 jer. Tak kisahlah asalkan bersih dan selesa. Check in 2 hari. Aimee bergolek2 atas katil. Suka sejuk ada air cond..



Pemandangan pantai dari bilik kami.. 

Saya dan Aimee - makan malam di Medan Ikan Bakar
 
Hidangan kami..ikan cencaru bakar, ketam masak pedas, sotong goreng tepung dan air tembikai..yummy..yummy....


Hubby dan Aimee yang comel - berjalan2 kat tepi pantai..

Aimee confius tengok ombak..entah apa yang difikir anak kecil ini..

Aimee!! Sila bangun!! Kita datang nak bercuti sayang. Bukan nak tido!!..Hehe, Aimee dah penat berjalan, tertidur pulak. Best tido kat sini. Angin bertiup nyaman..huhu..

Aktiviti hubby dan Aimee..sempat memancing lagi pakwe sorang ni..

Aimee Nur Aqeelah..anak sayang ummi dan abah..moga jadi anak yang baik nanti. Insyaalllah..

Note : Part 2 akan menyusul ya..rajin2 la ke blog saya..:)

Thursday, February 14, 2013

Gong Xi Fa Chai

Harap masih belum terlewat untuk mengucapkan Happy Chinese New Year kepada pembaca blog saya.Tahun ini merupakan tahun ke dua saya menyambut New Year bersama famili hubby dan tahun pertama bagi Aimee Nur Aqeelah. Tiada apa2 persediaan melainkan bersemangat mencari baju untuk Aimee..:)

Ummi dan Aimee..sama2 merah..sama2 cantik..hihi..

Aimee seronok main2..

Aimee yang tak abis2 main air liur..
Aimee with atok, nenek, antie dan unclenya..

Ang pow yang Aimee dapat..
Kami..(Gambar hubby x ada sgt..so, post ajelah gambar ni..hehe)

Ok..itu saja cerita saya..See next entry..:)

Tuesday, February 5, 2013

Hai, nama saya Aimee

Assalamualaikum...
Hai, nama saya Aimee Nur Aqeelah
Famili kat kg Belimbing panggil saya Aimee
Famili kat Jasin panggil saya Qeela
Abah panggil saya Aimee
Ummi kejap panggil Aimee, kejap panggil Qeela
Hmm..tak kisahlah sebab dua2 pun nama saya
Eh, sekejap...sekejap...


 Tadaaaa..
Ha, pakai topi baru menyerlahkan kecomelan saya
Topi ni ummi belikan
Cantik tak?
Ok..berbalik pada cerita tentang saya
Sekarang saya da 5 bulan
Ummi kata sekejap ajer masa berlalu..sekejap ajer saya da besar
Ummi makin tak larat nak dukung saya
Masa umur saya 4 bulan, berat saya 6.5kg
Bulan 2 ni belum timbang lagi..
Dah masuk 5 bulan ni, saya semakin pandai..
Jom, saya ceritakan..


Saya da pandai pegang botol susu sendiri
Tapi sekejap ajer sebab
Saya suka garu kepala time minum susu
Jadi, bila saya garu kepala, ummi dan abahla yang pegang botol susu saya..


Tengok tu..
Sambil tido pun saya bole pegang botol susu
Pandai tak saya?


Ada lagi..
Saya da pandai hisap jari
Tak cukup satu jari, satu tangan saya masukkan dalam mulut
Tak cukup satu tangan, dua tangan
Tak cukup dua tangan, tangan ummi saya hisap
hehe..


Tengok..
Tido pun saya hisap jari..


Selain itu..
Saya juga suka menjerit
Kalau abah tak pedulikan saya, saya jerit
Kalau ummi buat kerja lain, saya jerit
Kalau tak ada sesiapa yang beri perhatian kat saya, saya jerit
Sampai ummi dan abah pening
Maaf ye..saya cuma nakkan perhatian
Ummi cakap saya ni manja dan ngada2..


Bila saya jerit kuat-kuat
Ummi tutup mulut saya
Tapi tutup tak kuat, manja-manja ajer
Past ummi buka, saya jerit balik
Ummi pening
hehe



Dan kejayaan yang utama sekali
Saya dah pandai mengiring dan menyarap
Saya stat mengiring dan menyarap waktu umur 4 bulan
Nak tengok macam mana?
Ha..
Ini dia cara2 menyarap yang betul
Iyah..iyah.. 
Go Aimee! Go Aimee!


Yeeee....
Saya dapat pusingkan badan saya dengan usaha sendiri
Teror tak saya?


Past tu boleh wat aksi2 comel
Ummi tukang tangkap gambar


Aksi terbang pun bole
Yeeehaaaa...


Akhir sekali
Sebelum saya akhiri entry saya dalam blog ummi ni..
Saya nak cakap..
Saya sayang famili saya..
Love abah, love ummi..
Love all my famili..


Yang benar,
Aimee Nur Aqeelah

Saturday, February 2, 2013

Watak Dalam Cerita

Baru-baru ini saya terbaca dalam FB..komen membina seorang pembaca kepada penulis2..katanya, nama2 watak yang diletakkan dalam novel terlalu susah disebut. ini menyebabkan pembaca tersebut skip setiap kali ada perkataan nama watak itu dan yang tidak sedap di dengar, pembaca skip terus daripada membaca novel demikian. 

Banyak penulis memberi komen dengan berterima kasih di atas pandangan pembaca tersebut. Sebenarnya, sy juga sebagai penulis mengucapkan terima kasih kerana memberikan pandangan dan cara pembaca tersebut menegur juga sangat sopan. Terima kasih.

Sebenarnya, saya juga sependapat dengan pembaca tersebut. Selain menulis, saya juga seorang pembaca. Adakalanya sy akan skip dari menyebut nama2 watak yang susah untuk lidah menyebut. Apabila kerap sangat skip, feeling terhadap novel itu pun dah tak ada..

Dan..sebagai penulis, saya lebih selesa mencipta watak yang namanya pendek saja. Jika anda yang membaca karya2 saya tentu perasan nama2 watak yang saya cipta..Di sini, sy just review saja nama watak dalam novel2 sy..Jomlah..:)


Hero : Adam
Heroin : Natasya


Hero : Amir
Heroin : Elisya


Hero : Hairi
Heroin : Cinta


Hero : Haris
Heroin : Karina


Hero : Hadi
Heroin : Insyirah


Hero : Farel
Heroin : Arianna


Heroin : Fifi


Hero : Rizman
Heroin : Diyana

Beginilah saya dalam memilih nama watak2 dalam karya saya. Pendek dan ringkas. Bagi saya, saya mencipta watak yang kelihatan wujud di dunia ini. Jadi, saya gemar menggunakan nama2 orang2 yang biasa di dengar. Nampak lebih hidup watak tersebut. Itu hanya pendapat saya, mungkin ada penulis yang berpendapat lain. Terpulang kepada individu kerana setiap pendapat ada sebabnya.

Terima kasih..:)

Ayam blackpaper + kacang buncis goreng

Masak memasak lagi..Huh, blog ni da jadi macam blog masakan plak..hehe..jangan keliru, ni bukan blog masakan..ini sekadar blog orang2 biasa yang menceritakan aktiviti kehidupan untuk dikongsikan..entah menarik entah tidak bagi anda..saya tak tahu..tetapi inilah kehidupan yang sebenar saya..

Ayam blackpaper ngan kacang buncis goreng..sedap bangat..:)

Ayam blackpaper ni terlebih kuah..tapi bagus juga..ada kuah nak gaul dengan nasi. Mungkin rupanya kurang, tetapi rasanya memang sedap. Saya sendiri tak sangka saya boleh masak sesedap ini (jangan termuntah dengan kenyataan ini..haha)


Sayur kacang buncis goreng. Goreng biasa2 ajer asalkan ada sayur..:)

Note : Saya semakin pandai masak campak2..:)