My Novel

Friday, August 28, 2009

ISO Award (Marriot Hotel)

Cenderahati dari Marriot Hotel

Khamis yang lepas, saya beserta seorang budak ofis, boss dan juga assistant boss menghadiri satu majlis penyampaian award dan certificate untuk ISO yang telah berjaya syarikat kami perolehi. Majlis berlangsung di Marriot Hotel, Putrajaya. Kami bertolak jam 7 pagi memandangkan majlis bermula jam 9. Pada mulanya saya memang malas nak pergi. Siap cakap dengan asst boss, boleh tak kalau saya tak pergi?..hehehe...
Memang tepat jangkaan saya. Setibanya di sana...hanya dipenuhi dengan orang-orang berjawatan tinggi...Manager setiap branch, lab manager, teknikal manager...CEO..Admin...dan saya?...
Huhu...rasanya ini kali kedua saya menghadiri majlis yang melibatkan orang-orang besar sebegini sejak saya bekerja di sini. Saya rasa terlalu kerdil je berkumpul dengan diaorang. Yang boss pulak, kenapalah suruh saya pergi?. Kan bagus kalau saya duk ofis. Buat kerja. Tentu bebudak opis sedang bersuka ria sebab boss tak ada...huhuhu...
Tapi, ada juga orang yang saya boleh berborak. Lab manager Penang, dulu saya sebilik dengan dia time satu function di Flamingo Hotel. Branch manager Batu Pahat...em...dulu dia asst manager kat Melaka. Baik gak ngan dia. Adalah juga nak bercakap2 tu. Walaupun cakap ayat2 formal...better dari diam.

Huhu...lepas ni saya tak nak pergi lagi function yang melibatkan orang2 pakai kot ni...huhuhu...
Alhamdulillah...setelah penat berusaha, akhirnya team kami memperolehi certificate yang diimpikan...

Ramadhan Kali ini...

Diam tak diam dah lapan hari kita berpuasa. Sungguh!, saya pun tak menyedari Ramadhan sudah masuk hari ke lapan. Sekejapnya masa berlalu.
Ramadhan yang saya lalui ada kelainannya berbanding Ramadhan yang sudah-sudah. Perkara pertama yang nampak sangat perbezaannya adalah ketika berbuka puasa. Tiada lambakan makanan. Hanya makanan utama dan sedikit kuih untuk pembuka makan. Makanan yang diambil pun tidaklah banyak sangat. Tidak sampai perut mengah. Air pun hanya segelas atau segelas setengah. Tidak seperti dulu, air kena dua tiga jenis. Kali ini sejenis sahaja dah cukup.
Saya rasa waktu kecil saya makan lebih banyak berbanding sekarang ini. Hehehe. Dan sebagai kelebihannya, solat Terawih kali ini ada sedikit kemajuan (dari segi mengantuk)...hehe...
Pasar Ramadhan pun saya jarang pergi. Kebanyakkannya, kuih emak yang buat. Jadi, tiadalah membazir sangat.
Dari segi kerja?...Em...tiada bezanya. Saya tetap bekerja macam biasa. Setakat lapan hari berpuasa, saya tiada cuti lagi. Even first puasa (public holiday) pun saya kena kerja. Balik time tu dah lambat. Jam 6 baru keluar opis. Time tu siap berharap agar masa berlalu dengan lambat...(orang lain nak cepat supaya cepat berbuka...:)..Last-last sampai rumah dekat pukul 7...Nasib baik sempat...:)
Apapun, saya mengharapkan Ramadhan kali ini memberi erti dalam hidup semua umat Islam...SALAM RAMADHAN...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Bulan RAMADHAN

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku tempuhi dengan sempurna"
Salam Ramadhan untuk semua. Harap Ramadhan tahun ini memberi makna dalam hidup kita. harap Ramadhan kali ini juga tidak akan disia-siakan...Salam Ramadhan untuk semua...

Wednesday, August 5, 2009

Akan Datang : Mini Novella Lakaran Rindu


Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Adakah ini semua hanya satu kebetulan apabila dia ditemukan kembali dengan pemuda itu?. Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun, hatinya sudah diberikan kepada orang lain. Tak mungkin dia akan berpaling!.
Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?. Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.

Monday, August 3, 2009

Di Serang Demam...

Agak lama blog ini sunyi sepi. Ke mana saya menghilang?..Hehehe...saya tak ke mana-mana. Ada jer kat rumah...kat opis menjalankan rutin harian seperti biasa. Cuma, sekarang ini gempar dengan kes H1N1. Sebagai pekerja yang bekerja di hospital, kes ni cukup dirasai..Sebagai langkah berjaga-jaga, kami (pekerja) kena pakai mask semasa bertugas.
Sabtu lepas, saya di serang batuk dan selsema. Oh, tidak!. Saya dah risau. Segera terbayangkan kes H1N1. Takut pun ada apatah lagi penyakit ini telah mengakibatkan beberapa kematian termasuk di Melaka. Sebelum merebak, saya dan adik saya (demam) segera pergi ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan.
Ramai!. Begitulah keadaan di hospital. Rata-rata semuanya batuk-batuk. Sekarang nampaknya musim demam. Di tempat saya bekerja pun ramai yang demam. Tapi, nak sihat punya pasal, tunggulah turn...hehehe


Sebenarnya, yang demam cuma dua orang...yang lain tu saja pergi check...hehehe


Anak dara mak saya...demam-demam pun sempat possing...huhuhu

Alhamdulillah...semuanya dalam keadaan baik.. Saya dan adik sekarang dah baik demam...cuma tinggal batuk-batuk sikit...Tapi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati...Masih ramai kanak-kanak yang berkeliaran di hospital...bermain sesama sendiri...Saya ingin mengingatkan bahawa hospital adalah kawasan yang tak baik untuk kanak-kanak melainkan yang ingin mendapatkan rawatan apatah lagi wabak H1N1 kini semakin meluas...Pada yang terbaca blog saya ini, janganlah bawa anak-anak kecil jika mereka tidak sakit...hal ini pun sudah diberitahu oleh pihak hospital..tetapi kenapa ramai yang tak endah?...
Dan yang ke dua...pakailah mask atau penutup mulut tak kira anda sihat atau tidak..Jika anda tak sihat, ini adalah supaya virus tidak merebak kepada orang lain dan jika anda seorang yang sihat, janganlah rasa malu untuk memakai mask kerana ianya untuk perlindungan diri sendiri.
Skian terima kasih dari saya...huhuhu...