My Novel

Tuesday, December 30, 2014

Bergambar di Pantai Klebang

Aksi2 Aimee di Pantai Klebang...







 Umi sayang kamu...



Again : Syukur

 Gambar ihsan en. google

March 2014 : Hari itu saya rasa nak check UPT. Rasa berdebar tu ada kerana saya amat berharap agar ianya satu berita yang gembira. Sebenarnya, untuk anak kedua, saya dan hubby merancang setelah saya alami keguguran pada tahun lepas. Lagipun, Aimee dah setahun lebih. Kalau saya mengandung kali ini, Aimee sudah dua tahun waktu saya bersalin kelak.

Positif : Syukur. Saya rasa gembira. Namun, dalam gembira terbit juga rasa takut. Takut andai pisang berbuah dua kali. Saya betul2 fobia setelah mengalami keguguran tahun lepas. 

Beberapa hari lepas tu, saya jumpa doktor. Doktor sahkan saya hamil lima minggu. Tersenyum saya melihat gambar scan yang dibuat doktor. Tak sabar nak tunjukkan pada hubby. 

Pregnant kali ini saya amat berhati2. Saya memanjakan diri sendiri dengan tak buat kerja berat-berat. Bukan tak boleh buat tapi saya takut akan kandungan saya. Mujur hubby memahami saya. Dia tak kisah pun kalau saya tak nak buat itu ini.

Meski hubby berharap anak lelaki, namun saya tak kisah. Janji anak ini lahir dengan sihat dan sempurna, saya dah cukup gembira. Satu lagi berita gembira dalam hidup saya.

Tuhan...terima kasih atas bahagia ini...

Ke Langkawi Kita!!!

Dah ke Kedah, rasa tak sah kalau tak ke Langkawi. Selepas majlis perkahwinan adik, saya sekeluarga serta sanak saudara yang menghantar rombongan pengantin bertolak ke Langkawi. Misi dan visi saya....adalah...nanti saya cerita ek...hehe...

Aimee yang teruja naik feri...tengok laut...tak duduk diam dia dalam feri..huhu..

kalau ke Langkawi, tak lengkap kalau tak naik kereta kabel. Adik2 nak sangat naik tapi saya pernah naik sebelum ni. Gayat rasanya. Macam tak nak naik. Tapi diaorang ni sibuk2 paksa. Terpaksalah join sekali... 

Beratur panjang untuk tunggu turn naik kereta kabel

My lovely family. Aimee selamba ajer tak takut. Umi dia cover2 je tu..tak pandang bawah pun..haha...

Paling kelakar adik saya yang tengah tu. Dia memang gayat habis. Ingatkan saya sorang ajer yang takut. Ada jugak yang lagi penakut..kehkeh...Dia kata ni last dia naik kereta kabel ni..haha...Macam2 lah uda...

 Bergambar sakan kat atas stesyen...Angin kuat sangat masa ni. Rasa macam terbang2 ajer...

Me, hubby and Aimee...

Coklat time...Pergi Langkawi, coklat wajib dibeli ye. Harga memang murah tapi beli tak banyak pun. Nanti tak ada siapa nak makan...

 Dan...memperkenalkan barisan driver2 sepanjang perjalanan kami. Terima kasih pada driver semua ya...:)

Balik time!...

Ya...inilah visi dan misi saya...Dah lama nak beli benda ni. tapi mahal. Kat Langkawi murah. Banyak beza harga dia. Tapi sy x sempat ambil gambar. Ni pic encik google..hehe...

Sekian....

Selamat Pengantin Baru, Ayue & Zaidi

Pada Disenber 2013...2013 ya..setahun yang lalu..(baru ni nk update..hehe)
Selamat pengantin baru buat adik saya Ezi Nurayu dan pasangan Aris Zaidi
Semoga berbahagia hingga anak cucu

Gambar ni semasa di rumah pengantin lelaki. Jodoh adik dengan orang Kedah. So, ke Kedah lah kita ya..hehe...Ini gambar saya satu family...Comey2 semuanya..hikhik...

bergambar bersama pengantin... 


pengantin lama pun sebok2 nak naik pelamin..hihi...

Ok...sampai sini dulu...chow...

Sunday, February 2, 2014

Macaron oh Macaron

Macaron...Teringin sangat nak makan benda kecik yang comel2 ni. Teruja betul apabila tengok kat dalam blog-blog masakan. Hmm..comel dan penuh warna-warni. Tapi, kenapa mahal sangat eh? Rasa macam mahal plak nak beli. Jadi, dok pakat-pakat dengan adik, kami pun try buat macaron sendiri...

Buat macaron tak lah susah sangat cuma leceh saja. Kalau tak betul, memang merekah bahagian atas dia. Then, bahagian dalam lompong. So, nak buat macaron ni kena teliti. Tak semudah yang di sangka. Hehe...

Macaron ready...

Secara jujurnya, ia bukanlah makanan kegemaran saya kerana rasanya terlalu manis. Masa mula2 try, sy rasa...eh, kenapa manis sangat ni? Adakah sy tersalah resepi. Maklumlah, sy memang tak pernah makan macaron sebelum ini. Jadi, dengan pantasnya sy pun tanyalah en google. Ya, memang ramai yang sependapat dengan sy. Cookies ini sedap tetapi agak manis. Jika sesiapa yang tidak suka manis, mungkin tidak gemar macaron tetapi bagi yang suka makan manis-manis, mungkin macaron ini sesuai untuk anda.

Apapun sy sangat berpuas hati kerana dapat juga merasa macaron apatah lagi berjaya menghasilkannya sendiri...:)

Thursday, January 9, 2014

DI PASARAN : KERANA AKU SAYANG KAU

Karya saya yang ke sembilan...KERANA AKU SAYANG KAU...kini berada dipasaran. Setelah lama menyepi, kini sy tampil dengan hasil tulisan yang agak istimewa. Kenapa istimewa? Sila2lah dapatkan buku ini ya..hehe...


                       




Sinopsis :



Tuah Iskandar itu lelaki paling glamor di kolej mereka tetapi kenapa Hani tak pernah kenal? Anak orang kaya dan paling kacak tetapi sangat menakutkan. Sebabnya, dia seorang gengster.

Itu kenyataan yang Hani baru tahu dan kenyataan itu buatkan dia diburu rasa takut. Sebabnya, gengster itulah yang Hani maki ketika berlaku perlanggaran tempoh hari. Dan makin menakutkan apabila Tuah Iskandar tiba-tiba mencarinya.

“Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.” - Tuah

“Erk..cakap dengan saya? Tentang apa?” - Hani

“Tentang cinta.” - Tuah

Tentang cinta? Siapa yang bercinta? Tentang cinta siapa? Cinta antara siapa dengan siapa? Dan kenapa tentang cinta perlu dibicarakan dengan dirinya?

“Aku suka kau. Aku nak kau jadi awek aku.” - Tuah

Hani gadis biasa-biasa yang namanya tenggelam dalam ribuan pelajar kolej namun, dia menjadi pilihan seorang Tuah Iskandar. Kerana takut, Hani terpaksa terima dan mengikut saja apa kata Tuah.

Mengenali Tuah, Hani mula sedar bahawa lelaki sejuk beku itu sebenarnya punya jiwa yang lembut. Tatkala rasa sayang mula tumbuh di hati Hani, hasad dengki manusia mengharuskan mereka untuk berpisah.

“Kerana aku sayang kau…aku lepaskan kau.” - Tuah

Apabila nyawa menjadi taruhan, orang yang disayang harus menjadi korban. Mampukah Hani melepasi sempadan dunia yang berbeza untuk meraih cinta Tuah Iskandar? Mampukah Tuah Iskandar melepasi halangan untuk memiliki gadis yang dia sayang?

My New Blog : Khas Untuk Dunia Penulisanku...

Salam semua...

Seperti semua maklum, sy merupakan seorang penulis separuh masa. Insan yang meminati bidang penulisan ini dan mencuri2 masa untuk menghasilkan karya. Walaupun masa sangat2 terbatas, namun dikuatkan juga semangat kerana minat yang terlalu mendalam...

Cewah! pendahuluan tak boleh tahan...Apa sebenarnya saya nak cakap nih?

Okey..sebenarnya sebelum ini sy ada update hasil karya sy di blog ini. Tetapi ada beberapa komen dari pengunjung blog (tak lain tak bukan, adik saya lah..) yang minta saya bukak blog baru khas untuk karya2 saya. Katanya tak mahu saya campur adukkan cerita2 yang saya reka dengan cerita peribadi saya. Bila difikirkan semula, ada betulnya. Jadi, saya pun bukaklah blog baru khas untuk hasil tulisan saya. Jadi, kepada pembaca yang tak jumpa lagi cerita2 sy kat blog ni, silalah berkunjung ke...

http://tarianjemari08.blogspot.com

Semua kisah penulisan saya ada di sana. Kat blog ini sy ada juga ceritakan tentang dunia penulisan saya tetapi secara random sahajalah. 

Apa2 pun, harap anda semua menyokong minat sy yang satu ini. Sudi2kan lah jengah sana sini ya..:)

 


Mandi manda di Wet World Resort Air Panas Pedas

Salam...nampaknya agak lama saya biarkan blog ini bersawang. Aduh! sy sungguh kekurangan masa untuk mengupdate...harap maaf kepada pengunjung yang setia menjengah blog saya yang tak seberapa ini..huhu..

Cerita bulan2 yang lepas tetapi saya mahu update juga..sy dan famili mertua pergi mandi manda di Wet World Resort Air Panas Pedas...Layan pic sajalah ye..hehe..

Aimee dengan pelampung kura2...mana comel? hehe..

Aimee memang teruja kalau bab2 air ni. Aimee memang sukakan air. Kalau mandi kat rumah, harus lama. Dia suka berendam sambil tepuk2 air. Oh! kalau jumpa air pancut, lagilah suka. Pendek kata, segala air dia suka main. Nak basuh tangan pun masih mahu main air...

Mula2 takut naik pelampung ni..Yalah, kaki tak jejak..Tengok muka budak comel ni..muka cuak..hihi..

Melayan Aimee main air dengan sepupunya...

Aimee with sepupu...Atia and Atiqa..

Tempat permainan kanak-kanak...

Aimee, hubby and wisya...Wisya lebih kurang Aimee...pantang jumpa air...

Makin lama berendam makin seronok...lupa takut yang pada mulanya tu...sampai orang naik makan, dia masih mau main air..huhu...

Layan bebudak mandi...

Guess what??? Aimee kepenatan dan tertidur dalam pelampung tu...aduh! comel sungguh...

Apa yang boleh saya simpulkan, di Wet World Resort Air Panas Pedas ini hanya biasa2 saja tempatnya. Ia lebih kepada kanak-kanak. Kalau bawak budak-budak sesuailah kat sini sebab untuk orang dewasa, tak banyak sangat permainan air yang heavy2...Ops bukan tak banyak tapi sikit sangat..(same ke?..hehe)

So, kitaorang pegi sini pun sebab nak layan budak2 ni main air. Seronok lah jugak layan anak-anak. lagipun tempat ni masuk murah saja. RM12 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak yang ketinggian 135 cm ke atas. 

Apa2 pun, enjoy my life..:)