My Novel

Showing posts with label Ragam. Show all posts
Showing posts with label Ragam. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

Ragam 7 : Tidur...ZZZZZ


Dah lama saya tak masukkan segmen ragam...korang semua perasan tak?..hehehe...pada awal blog saya ni, banyak saya selitkan pasal ragam manusia...tetiba terlupa...then ni baru ingat plak...hehehe...jom layan ragam seterusnya...

Tidur....bagaimana dengan tidur anda?...Saya pernah bertanya kepada seorang rakan opis, kenapa muka dia nampak letih je?. Tak bermaya?. Nampak mengantuk..."Malam tadi tak boleh tidur." katanya. " Kenapa?." tanya saya lagi. " Susah nak tidur.". Rupa-rupanya kawan saya ni jenis yang susah nak tidur. Sehinggakan dia terpaksa jumpa doktor kerana masalah dia ni dan ada kalanya dia ambil pil tidur semata-mata untuk tidur. Sampai begitukah?...

Saya memikirkan tentang diri saya. Saya juga ada masalah tidur. Bukan susah tidur tapi senang tidur. Letak je kepala kat bantal, sekejap saja saya terus '.out'. Kadang2, bengang juga saya. sepatutnya masa2 itu saya boleh buat banyak benda-benda lain. Boleh taip manuskrip tapi saya tidur pula. Kadang-kadang di awal jam 9 dah tidur. Ruginya masa...

Tapi nak buat macam mana...Itulah cerita tidur saya. Memang saya seorang yang senang tidur. Kalau tengok cerita di televisyen sambil baring, saya mesti terlelap...kalau menaip, sekejap je dah terlelap...pendek kata, kepala saya ni tak boleh letak kat bantal...mesti senang tidur punya...

Korang cam ne plak?...
*tapi saya tak leh lawan mak saya...mak saya letak je kepala kat bantal, tak sampai dua minit dah tidur...huhuhu...emakku...*

Wednesday, May 20, 2009

Ragam 6: JOHOR di mana????

Seperti biasa waktu makan malam merupakan waktu berkumpul saya sekeluarga. Time nilah baru ramai yang ada. Itupun kadang2 terkurang juga bilangannya. Sambil2 makan, adik saya ada bercerita. Cerita yang membuatkan kami sekeluarga tertawa.
Di tempat kerja adik saya ada seorang perempuan Cina. Baru je start keje. Dia ni tak fasih berbahasa melayu apatah lagi bahasa Inggeris. Dia hanya fasih berbahasa Cina. Jadi, ada sedikit masalah komunikasi antara adik saya dan dia. Nasib baiklah dia tahu sikit2 cakap melayu. Suatu hari, adik saya berbual2 dengan dia.
" You kena belajar Bahasa Melayu. Nanti senang. Lagipun you duduk kat Malaysia. Bahasa Melayu kan bahasa kebangsaan." Ujar adik saya .
" Tapi dulu saya tak duduk di Malaysia." Balas perempuan tu.
" Habis dulu you duduk kat mana?." Soal adik saya.
" Johor." Balas perempuan itu dengan yakinnya.
?????....

Saturday, March 14, 2009

Ragam 5 : Aksi bergambar
















Bergambar?...Em...dalam hal ini ada orang yang suka bergambar, ada juga yang tak suka bergambar dan ada juga yang suka ambil gambar sahaja. Tapi dalam segmen ragam kali ini saya bukan nak veritakan tentang orang lain tetapi keluarga saya sendiri.

Bergambar?...Em, dalam adik beradik saya jangan cakaplah. Pantang sahaja pegang kamera pasti semua dah siap possing. Tak payah cakap nak possing macam mana, diaorang tahu2 sendiri. Adakalanya, sehingga tak ada yang tukang ambil gambar sebab semua dah siap possing. last2, ayah saya yang jadi jurufoto. Nasib baik mak saya tak tahu guna kamera...kalau tak...hehehe...

Kalau pergi berjalan-jalan, tak kira ke mana...atau pergi bercuti, atau time rayer, kamera memang benda paling penting sekali. Kalau tak bawa macam tak lengkap. Time tu lah seronok sakan bergambar. Macam-macam aksi. Past tu bila balik, save dalam komputer, tengok balik, pasti kitaoang tergelak2 adik beradik. kelakar ada semuanya ada. huhuhu...Ni semua ragam adik beradik saya termasuklah saya..huhuhu...

Tuesday, February 17, 2009

Ragam 4 : Bodoh Sombong...

Kisah ini berlaku sewaktu saya berkerja di makmal swasta di bandar beberapa tahun yang lalu. Sedang saya dan seorang rakan saya berbual-bual, tiba-tiba rakan saya yang seorang lagi memanggil saya. Dia bertanyakan ujian arah LEPEX. Dia kurang mahir kerana dia hanya customer service. Sewaktu dia tanya, saya tercengang-cengan juga. LEPEX?. Test apa tu?. Saya tak pernah dengar. Lalu rakan saya ni suruh saya bersua muka dengan lelali berkenaan.
Di kaunter depan, saya terlihatkan seorang lelaki yang tidaklah terlalu tua dan bukanlah muda. saya bertanya kepada dia, ujian darah apa yang dia nak buat.
" LEPEX." Katanya yakin.
" LEPEX?." Saya bertanya kembali. Takut-takut tersalah dengar.
" LEPEX awak tak tahu ke?." Dia bertanya lagi dengan nada sombong.
Terus terang saya katakan selama saya bekerja yang hanya beberapa tahun, saya tidak pernah mendengar ujian darah seperti itu.
" Boleh saya tahu ada apa dalam test LEPEX tu?." Saya masih bertanya dengan hormat. customer lah katakan...
" Itu dalam ada test Cholesterol, yang baik, yang jahat..." Ujarnya lagi.
" Oh, itu test LIPID." Ujar saya setelah faham ujian apa yang dimaksudkan, iaitu LIPID. Satu ujian untuk check Cholesterol dalam darah.
" Bukanlah. Itu L.I.P.I.D. Bunyinya LEPEX. You tak belajar ka?. You kelulusan apa?." Lelaki itu masih mahu menegakkan benang yang basah. Dia masih mahu katakan yang dia adalah betul.
Saya terus memberitahu dia kelulusan saya. Kemudian dia senyap. Tapi cara dia pandang saya macam tak puas hati. Kemudian saya kata.
" Kat sini kami panggil LIPID." Kata saya menyedapkan hati lelaki itu. Mungkin ada tempat lain yang memanggil ujian berkenaan seperti yang disebut lelaki itu yang saya tak tahu. Akhirnya, lelaki itu pergi tanpa membuat apa-apa ujian. Saya dan rakan-rakan saling berpandangan.
Tak lama selepas itu, saya terus bertemu doktor bertanyakan tentang sebutan selain LIPID. Manalah tahu saya tak tahu. Namun, jawapan doktor sama dengan pemahaman saya. Ternyata lelaki itu sudah tersilap namun ego untuk menerima kesilapannya. Hai, entahlah....

Thursday, February 5, 2009

Ragam 3 : Hanya kerana 1 sen???

Cerita ini sudah lama berlaku..dalam tahun lepas...tapi saya tergerak untuk memasukkannya ke dalam blog saya...ketika itu saya sekeluarga sedang makan malam...kebiasaannya family saya suka bekumpul di meja makan...sambil makan sambil bercerita.
Adik saya mula membuka cerita kisah yang berlaku di tempat kerjanya...Adik saya yang ketiga bekerja di sebuah farmasi...katanya semasa kawannya (cashier) sedang bertugas, adalah seorang lelaki tua cina membuat bayaran untuk barang yang dibeli...nak dipendekkan cerita, baki wang pulang lelaki berkenaan kurang 1 sen. Cashier ini berkata tak ada duit 1 sen dalam simpanan diaorang untuk dipulangkan...tapi lelaki berkenaan nak jugak duit dia yang 1 sen itu...Hendak pulang 5 sen dia tak mahu...nak 1 sen gak...Cashier ni mula pening kepala...mana nak cari 1 sen?...
Orang ramai dah menunggu untuk bayar...lelaki berkenaan masih tak mahu berganjak selagi tak pulangkan 1 sen...akhirnya, pelanggan di belakang lelaki berkenaan tiba-tiba menghulurkan duit 1 sen kepada lelaki berkenaan dan lelaki tersebut terus pergi selepas mendapat duitnya...
Erm...apa komen korang?...

Monday, January 19, 2009

RAGAM 2 : Terlupa, tak ingat atau tak tahu...

Ketika ini orang ramai sibuk memperkatakan tentang peperangan yang berlaku di Gaza. Hal ini mendapat liputan yang meluas. Berita ini sering kedengaran di surat2 khabar, televisyen malah radio juga. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai tentang situasi ini.
Ramai juga rakyat Malaysia ingin memboikot barangan keluaran AS. Dengan cara ini saja kita dapat lakukan untuk menunjukkan protes terhadap serangan di Gaza. Namun, berapa ramaikah yang mengikut pemboikotan ini?.
Sabtu yang lepas, saya kerja separuh hari. Balik dari kerja, saya terus menuju ke pekan untuk mengambil barang yang sudah saya tempah. Dari jauh saya terlihat restoran KFC, saya tersenyum sendiri. Tempat itu kelihatan lengang berbanding hari2 yang lalu di mana tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai dan juga pelajar2 sekolah asrama yang 'outing'. Namun, ketika saya melintasi (jarak dekat), restoran tersebut, terdapat dua pasangan kekasih (mungkin kekasih) sedang menikmati makanan di situ. Yang sedihnya, mereka adalah orang melayu, bertudung lagi. Adakah mereka terlupa akan peperangan umat Islam di Gaza?. Atau mereka pura-pura terlupa atau sebenarnya mereka tidak tahu akan wujudnya isu ini?.
Ini baru di pekan yang kecil di tempat saya. Saya yakin di tempat lain juga ada berlaku. Di sini saya ingin bertanya...berjayakah isu boikot ini seandainya hanya segelintir sahaja yang menurut dan di sini...marilah kita sama2 mendoakan umat Islam di Gaza.

Thursday, January 15, 2009

RAGAM 1 : Kereta yang slow...

Manusia ada banyak ragam...saya suka melihat ragam manusia yang adakalanya membuatkan saya ketawa, geram, marah, gelihati, sedih dan macam-acam lagi.
Kali ini saya ingin menulis tentang ragam pemandu-pemandu di jalan raya. Sebenarnya, setiap hari saya akan berada di jalan raya (memandu) kerana saya drive untuk pergi kerja. Kalau cuti pun, saya pasti akan keluar rumah. Ada sahaja benda yang saya ingin lakukan. Jadi, pelbagai gelagat di jalan raya yang saya lihat setiap hari.
Memandu terlalu slow...Anda pernah alaminya tak?. Adakan anda berada di belakang kereta yang slow atau anda sendiri yang memandu slow?..Kalau anda berada di belakang kereta yang slow tu, banyak2 kan bersabar tetapi jika anda yang memandu slow tu, fikir2kan lah nasib orang di belakang anda.
Perkara ini bukannya sekal dua saya alami malah hampir setiap hari. Saya tahu, mungkin pemandu berkenaan berhati2 di jalan raya. kononnya memandu secara berhemah tetapi agak2 lah bang, kak oi. Kalau anda memandu terlalu slow di jalan yang lurus dan tidak sibuk, anda juga akan menganggu lalulintas. Di sebabkan anda, ramai pemandu lain yang tersekat dan jalan menjadi sesak.
Saya sering berada dalam situasi begini sehinggakan saya naik marah. Pagi2 hendak pergi kerja, mood saya sudah tiada disebabkan pemandu sebegini. Kalau setakat bawa 40 km/j di jalan yang tak sesak, baik jalan kaki saja. Sudah tu, kalau masih mahu bawa se'slow' itu, himpitlah sedikit ke kiri jalan. Ini tidak, duduk tengah2 jalan. Kita yang nak potong ni pun, susah. Sudahlah kereta dari arah bertentangan ada. Bengang juga saya kadang2.
Saya alaminya hampir setiap hari dan yang peliknya....pemandu sebegini selalunya pemandu kereta mewah..kereta jenis mahal...Entah, mungkin untuk menjaga kereta mahalnya itu kot berbanding kereta saya...saya redah jer...