My Novel

Wednesday, July 25, 2012

Cuti-cuti Malaysia June 2012

Ops..entry ini agak terlewat..(macam tak biasa pulak..hehe..)..Jun lepas saya, hubby bersama keluarga hubby pergi bercuti..tempat pilihan kami..Bukit Freser dan Bukit Tinggi. Tempat2 ni saya tak pernah pegi..so, layan ajerla gambar2 ni...


 Bersama keluarga mertua yang sporting and best..
 Saya and hubby

 Adik beradik happy go lucky..

Hubby melayan anak buah..

Bukit tinggi...I'm here..

Zombie kampung belimbing..(payah betul nak tangkap gambar solo mamat ni!)

 Bersama hubby di japanese house bukit tinggi..

Secara keseluruhan..Bukit Freser nice place untuk tenangkan fikiran, honeymoon..tapi kalau nak main2 tu..this is not a place..Bukit Tinggi nice place untuk bergambar..macam saya..:)

Love my beautiful life..:)

PERSIS PUTERI

PERSIS PUTERI 

Karya terbaru saya yang sudah diterbitkan oleh Fajar Pakeer pada pertengahan Jun lepas. Kemunculan karya ini di harap dapat menjawab persoalan pembaca yang sudi bertanya tentang karya terbaru saya.  Karya genre romantik-komedi ini diharap dapat menghiburkan pembaca semua.
So, apa tunggu lagi??...dapatkannya di pasaran cepat!!
Hehe..



"Kau laksana putera, yang sedang mencari puteri,
 Aku ibarat puteri, menanti putera di hati"
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan. Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu. “Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.” Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah. Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?
 
"MOGA DIRIMU PERSIS PUTERI"