My Novel

Showing posts with label dunia penulisanku. Show all posts
Showing posts with label dunia penulisanku. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

DI PASARAN : KERANA AKU SAYANG KAU

Karya saya yang ke sembilan...KERANA AKU SAYANG KAU...kini berada dipasaran. Setelah lama menyepi, kini sy tampil dengan hasil tulisan yang agak istimewa. Kenapa istimewa? Sila2lah dapatkan buku ini ya..hehe...


                       




Sinopsis :



Tuah Iskandar itu lelaki paling glamor di kolej mereka tetapi kenapa Hani tak pernah kenal? Anak orang kaya dan paling kacak tetapi sangat menakutkan. Sebabnya, dia seorang gengster.

Itu kenyataan yang Hani baru tahu dan kenyataan itu buatkan dia diburu rasa takut. Sebabnya, gengster itulah yang Hani maki ketika berlaku perlanggaran tempoh hari. Dan makin menakutkan apabila Tuah Iskandar tiba-tiba mencarinya.

“Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.” - Tuah

“Erk..cakap dengan saya? Tentang apa?” - Hani

“Tentang cinta.” - Tuah

Tentang cinta? Siapa yang bercinta? Tentang cinta siapa? Cinta antara siapa dengan siapa? Dan kenapa tentang cinta perlu dibicarakan dengan dirinya?

“Aku suka kau. Aku nak kau jadi awek aku.” - Tuah

Hani gadis biasa-biasa yang namanya tenggelam dalam ribuan pelajar kolej namun, dia menjadi pilihan seorang Tuah Iskandar. Kerana takut, Hani terpaksa terima dan mengikut saja apa kata Tuah.

Mengenali Tuah, Hani mula sedar bahawa lelaki sejuk beku itu sebenarnya punya jiwa yang lembut. Tatkala rasa sayang mula tumbuh di hati Hani, hasad dengki manusia mengharuskan mereka untuk berpisah.

“Kerana aku sayang kau…aku lepaskan kau.” - Tuah

Apabila nyawa menjadi taruhan, orang yang disayang harus menjadi korban. Mampukah Hani melepasi sempadan dunia yang berbeza untuk meraih cinta Tuah Iskandar? Mampukah Tuah Iskandar melepasi halangan untuk memiliki gadis yang dia sayang?

My New Blog : Khas Untuk Dunia Penulisanku...

Salam semua...

Seperti semua maklum, sy merupakan seorang penulis separuh masa. Insan yang meminati bidang penulisan ini dan mencuri2 masa untuk menghasilkan karya. Walaupun masa sangat2 terbatas, namun dikuatkan juga semangat kerana minat yang terlalu mendalam...

Cewah! pendahuluan tak boleh tahan...Apa sebenarnya saya nak cakap nih?

Okey..sebenarnya sebelum ini sy ada update hasil karya sy di blog ini. Tetapi ada beberapa komen dari pengunjung blog (tak lain tak bukan, adik saya lah..) yang minta saya bukak blog baru khas untuk karya2 saya. Katanya tak mahu saya campur adukkan cerita2 yang saya reka dengan cerita peribadi saya. Bila difikirkan semula, ada betulnya. Jadi, saya pun bukaklah blog baru khas untuk hasil tulisan saya. Jadi, kepada pembaca yang tak jumpa lagi cerita2 sy kat blog ni, silalah berkunjung ke...

http://tarianjemari08.blogspot.com

Semua kisah penulisan saya ada di sana. Kat blog ini sy ada juga ceritakan tentang dunia penulisan saya tetapi secara random sahajalah. 

Apa2 pun, harap anda semua menyokong minat sy yang satu ini. Sudi2kan lah jengah sana sini ya..:)

 


Wednesday, July 24, 2013

Persis Puteri Sudah Cetakan ke-3


Syukur! Karya saya Persis Puteri sudah masuk ke cetakan ke-3. Gembira. Itulah perasaan saya semasa mendapat surat dari penerbit. Surat royalti beserta dengan detail buku tersebut. Tersenyum-senyum saya saat emak menghulurkan sampul surat dari penerbit. Bagai tahu-tahu saja duit nak masuk. Kena pula dah nak raya ni. Hehe...
 
Berita ini menaikkan lagi semangat saya untuk menulis. Kepada pembaca yang sudi membaca, terima kasih saya ucapkan di atas penerimaan anda untuk semua karya-karya saya. Terima kasih kepada pembaca yang menghantar emel serta pm di FB...memberi komen yang kebanyakkannya positif pada karya saya. Terima kasih juga kepada yang bertanyakan karya terbaru saya.
 
Karya terbaru saya masih lagi dalam proses. Hampir 90% sudah siap. Hanya tunggu masa untuk dihantar kepada penerbit. Harap bersabar ya..:)
 
Harap2 semoga karya saya seterusnya mendapat sambutan yang menggalakkan.Oh! terujanya untuk teruskan menulis..Tulis dan tulis..hobi saya, minat saya, kerjaya saya..
 
Salam
EZI AFIZA
 



Tuesday, May 7, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL) 2013

26 April 2013 - Saya dan 3 adik-adik saya telah pergi ke Pesta Buku Kuala Lumpur (fuh! ayat skema plak)..hehe..Time tu hari Jumaat. Hari pertama pesta buku. Kenapa saya pergi hari Jumaat?
1) Sebab saya tidak dijemput untuk sesi tandatangan penulis kerana tiada buku terkini yang 
    diterbitkan..huhu..(tahun depan harap2 dapat keluarkan buku)
2) Sebab adik saya nak balik kampong. So, datang Jumaat, terus balik kampong cuti Sabtu dan Ahad.
    Adik saya keje kat KL.
3) Ingatkan nk datang 3 Mei (Jumaat) tapi dah dekat sangat dengan pilihanraya.
 
Bagaimana seronoknya makwe bila jumpa pakwe..macamtulah seronok saya bila jumpa buku. Aduh! giler sungguh saya dengan buku-buku yang pelbagai dan dijual dengan harga murah dari hari-hari biasa. Bajet tahun ni lebih banyak dari tahun lepas..apalagi..jom borong buku..
 
Dengan salah satu maskot yang ada di PBKL..(Kenapa saya gemuk ni? Tak pandailah orang yang tangkap gambar ni..Oh! saya pakai baju besar..baju saya ditiup angin sebab tu nampak gemuk..hahahahahaha)
 
Buku yang kami borong..Hmm..RM5xx abis untuk buku sahaja..tapi sangat berbaloi kerana ini minat saya..ini hobi saya..minat saya sebagai pembaca..sebagai penulis..tapi..bila boleh abis baca semua ni???
 
 
Tak sabar nak tunggu pesta buku tahun depan pula..
 

Saturday, February 2, 2013

Watak Dalam Cerita

Baru-baru ini saya terbaca dalam FB..komen membina seorang pembaca kepada penulis2..katanya, nama2 watak yang diletakkan dalam novel terlalu susah disebut. ini menyebabkan pembaca tersebut skip setiap kali ada perkataan nama watak itu dan yang tidak sedap di dengar, pembaca skip terus daripada membaca novel demikian. 

Banyak penulis memberi komen dengan berterima kasih di atas pandangan pembaca tersebut. Sebenarnya, sy juga sebagai penulis mengucapkan terima kasih kerana memberikan pandangan dan cara pembaca tersebut menegur juga sangat sopan. Terima kasih.

Sebenarnya, saya juga sependapat dengan pembaca tersebut. Selain menulis, saya juga seorang pembaca. Adakalanya sy akan skip dari menyebut nama2 watak yang susah untuk lidah menyebut. Apabila kerap sangat skip, feeling terhadap novel itu pun dah tak ada..

Dan..sebagai penulis, saya lebih selesa mencipta watak yang namanya pendek saja. Jika anda yang membaca karya2 saya tentu perasan nama2 watak yang saya cipta..Di sini, sy just review saja nama watak dalam novel2 sy..Jomlah..:)


Hero : Adam
Heroin : Natasya


Hero : Amir
Heroin : Elisya


Hero : Hairi
Heroin : Cinta


Hero : Haris
Heroin : Karina


Hero : Hadi
Heroin : Insyirah


Hero : Farel
Heroin : Arianna


Heroin : Fifi


Hero : Rizman
Heroin : Diyana

Beginilah saya dalam memilih nama watak2 dalam karya saya. Pendek dan ringkas. Bagi saya, saya mencipta watak yang kelihatan wujud di dunia ini. Jadi, saya gemar menggunakan nama2 orang2 yang biasa di dengar. Nampak lebih hidup watak tersebut. Itu hanya pendapat saya, mungkin ada penulis yang berpendapat lain. Terpulang kepada individu kerana setiap pendapat ada sebabnya.

Terima kasih..:)

Wednesday, January 30, 2013

Gembira VS Takut

Syukur Alhamdulillah, novel karya saya PERSIS PUTERI mendapat maklumbalas yang baik dari pembaca. Ramai pembaca yang berpuas hati dan suka akan cerita tersebut. Ada yang memberi emel, ada yang mesej saya di FB dan ada juga yang review novel PERSIS PUTERI di blog masing-masing. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi komen yang menyemarakkan lagi semangat saya untuk menulis. 

Persis Puteri..hasil tulisan saya yang ke lapan


Dalam gembira dengan penerimaan pembaca terhadap PERSIS PUTERI, terselit rasa takut..kenapa?..saya agak takut dan bimbang apabila ada pembaca yang bertanya "Bila nak keluar karya baru?". Terima kasih kepada pembaca yang bertanya. Saya bergitu menghargainya. Saya tahu apabila kita berpuas hati dengan karya seseorang, kita akan tertunggu-tunggu karya seterusnya dari penulis itu. Saya rasa bersyukur kerana ada yang masih ingin saya berkarya. Namun, saya bimbang kerana penulisan saya semakin slow. Tiada sebarang karya dalam proses menunggu untuk diterbitkan sebaliknya saya masih bertatih menulis sedikit demi sedikit. Secara jujurnya, saya masih tercari-cari masa untuk menulis. Saya kena tidurkan Aimee terlebih dahulu sebelum buka note book. Kalau Aimee masih berjaga, dia takkan benarkan saya menghadap note book sebab saya kena menghadap dia..huhu..manjanya anak ummi ni. Walaupun begitu (huh, ayat skema plak), saya dapat juga curi-curi masa untuk menaip. Meskipun kelajuannya agak slow, tetapi tidaklah berhenti terus.




Tentang Cinta..cerita yang sedang saya taip sekarang ini. Baru beberapa bab sahaja. Perjalanan cerita ini sudah ada cuma nak dikembangkan ke dalam cerita yang beratus mukasurat masih dalam proses.



Saya juga sedang menulis Cinta Kilometer. Juga masih beberapa bab saja. Masih lambat untuk siap. Emm...

Kepada yang bertanyakan karya baru saya, saya tak tahu bila akan siap. Tapi, saya cuba untuk menyiapkannya dengan sebaik mungkin kerana minat saya untuk menulis masih belum berhenti. InsyaAllah..akan sampai masanya.

Sunday, November 4, 2012

MPH BOOKFAIR NOV 2012

4 November 2012..MPH MYDIN di melaka mengadakan bookfair dan sy telah diundang (oleh penerbit Fajar Pakeer) untuk menjayakan sesi bersama penulis. Mula2 tu rasa mcm tak bole nk dtg memandangkan ada baby kecil tapi syukur hubby memahami minat sy yang satu ini. Jadi, hubby lah yang jaga Aimee..hehe.. 

Sy hanya penulis biasa..tidaklah seglamor mana..tp disebabkn minat yang mendalam, sy tetap menulis biarpun faktor masa menjadi penghalang sy di saat ini. Dan sy tetap jua dtg memberikan kerjasama pd penerbit yang tlh byk memberi peluang pd karya2 sy disamping mempromosi 2 buah buku sy pd hari itu iaitu Persis Puteri dan Anak Patung Terbang. 

4
Banner..

Bersama penulis hebat kak Maria Kajiwa
Bergambar bersama pembaca

Sessi tandatangan..

Terima kasih kpd Fajar Pakeer krn memberi sy  peluang ini..:)

Wednesday, July 25, 2012

PERSIS PUTERI

PERSIS PUTERI 

Karya terbaru saya yang sudah diterbitkan oleh Fajar Pakeer pada pertengahan Jun lepas. Kemunculan karya ini di harap dapat menjawab persoalan pembaca yang sudi bertanya tentang karya terbaru saya.  Karya genre romantik-komedi ini diharap dapat menghiburkan pembaca semua.
So, apa tunggu lagi??...dapatkannya di pasaran cepat!!
Hehe..



"Kau laksana putera, yang sedang mencari puteri,
 Aku ibarat puteri, menanti putera di hati"
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan. Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu. “Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.” Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah. Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?
 
"MOGA DIRIMU PERSIS PUTERI" 

Tuesday, May 3, 2011

Pesta Buku 2011

Hai all...yess update blog lagi...kali ini nak story saya pegi pesta buku pada 26 Apr 2011...Kali ini saya pergi weekdays..kenapa tak pergi weekend cik ezi?...kan time tu leh jumpa member2 penulis...erm..sebabnya...yang pertama...kali ini saya tak bertugas coz tak ada buku baru sepanjang 2010 yang lalu...erm..nampak sangat saya dah semakin malas menaip sampai tak ada new book dalam masa setahun ini...erm..i'll try supaya next year nama saya ada kat jadual tugasan penerbit...hehe...sebab kedua...weekend saya keje (sudah2 la tu cik ezi...bosannyer dengar alasan awak yang satu ni...hahaha)


Gambar ini bersama penulis Azanil Fitri dan Izanor Sharif. Penulis bersama Ain Maisarah. Time ni kat gerai Pink Ain Maisarah, penulis remaja yang terkenal tu. Bestnya kalau dapat menulis macam kak Ain (hehe...umur sebenarnya sama dengan Ain Maisarah tapi dia panggil saya adik)...saya apalagi...onn je coz nampak la muda sikit...hehehe...Sebenarnya, saya teruja dengan kejayaan Ain Maisarah. Ianya memberi semangat pada diri saya untuk menulis...tapi semangat je tak cukup cik ezi oii kalau tak memulakan langkah menaip...erk...huhu...

Buku + majalah + komik yang di beli...habis RM2++...tapi nampak macam sikit jer buku ni...Kalaulah saya pergi naik kereta n bujet beli buku banyak...tentu saya dah borong banyak2 buku..saya ni gila skit tengok buku2 yang banyak...tapi...ini entah bila nak habis baca...masa menaip terhad, masa membaca?...ermmm....no komen coz terlalu banyak kerja yang perlu saya lalukan...di opis...di rumah...semuanya menghadkan saya dalam bidang penulisan ni...harap2, saya dapat membahagikan masa...huhu...

Wednesday, November 3, 2010

Jatuh Hati...


Buat para penulis...tak kiralah penulis terkenal ker, penulis biasa2 ker or penulis e-novel ker...tak kira...janji penulis...
Pernahkah anda jatuh hati dengan hero ciptaan anda sendiri?
Hahaha...
Kenapa saya tanya?...
Kerana saya telah jatuh hati dengan watak hero ciptaan saya...
Siapa?
HAIRI...watak hero di dalam kaya saya yang berjudul Kerana C.I.N.T.A.






Hairi bukanlah lelaki yang terlalu perfect...
Namun ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan saya jatuh hati
Seorang duda anak satu - melambangkan dia lelaki yang matang dari segi usia.
Seorang duda kematian isteri - melambangkan 'perpisahan' dengan yang tersayang bukan di sebabkan pertengkaran atau sebagainya.
Sering memberi nasihat dan kekuatan - melambangkan dia lelaki yang tabah.
Sanggup bekorban untuk orang yang di sayangi - melambangkan dia pencinta yang sejati.

Sesetengah penulis akan membayangkan wajah seseorang apabila menulis sesuatu cerita. Mungkin dari situ mereka mendapat ilham bagaimana watak tersebut bergerak...penulis dapat menggambarkan watak tersebut berdasarkan wajah yang diilhamkan. Namun...

Saya sukar berbuat demikian. Saya sukar membayangkan watak yang saya cipta dengan mana-mana orang yang ada di dunia ini. Entah...saya tak tahu kenapa. Mungkin saya lebih gemar membayangkan sesiapa saja yang menjadi hero saja. Dan mungkin saya sengaja menyuruh pembaca mengimaginasi sesiapa saja yang mereka suka...

Tak kira bagaimana caranya...
Yang pasti...
Hairi menyintai Cinta!

Wednesday, August 11, 2010

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama...

Ini kisah 8 Ogos yang lalu...seperti biasa saya lambat update...hehehe...tengok kat blog AVA dan blog kak Izza dah update...saya jer yang lambat...huhu...

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama anjuran AVA...saya menyertainya...seronok sangat sebab ini minat saya...minat dalam bidang penulisan...hanya 2 orang peserta saja...mungkin kerana masa kurang sesuai iaitu minggu sebelum puasa...tetapi thanks kepada pihak AVA kerana meneruskan juga bengkel ini...oleh kerana hanya dua orang peserta, dua orang penganjur dan seorang pembimbing (Kak Maizura Ederis), bengkel ini santai2 sahaja...

Saya yang sedang sibuk menonton 'Tangisan Bulan Madu' sambil membelek2 skrip. tengok macam mana penulisan skrip berlari sama dengan lakonan...

Cerita yang ditonton dan dikupas...

Sebelum balik...sesi bergambar...

Tekun menuntut ilmu...

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati...jelas gambaran bagaimana adaptasi novel dibuat...bagaimana perjalanan sesebuah cerita yang di adaptasi daripada sebuah novel...gembira bertemu dengan kak Izza Ariffin...apa2 pun, thanks kepada semua yang terlibat...

Ilmu dah ada...apalagi ezi?...huhuhu...

Monday, May 31, 2010

Bengkel Penulisan Skrip Drama (30 Mei 2010)

Pada Ahad yang lepas, saya telah menghadiri Bengel Penulisan Skrip Drama yang dianjurkan oleh Astaka Villa Aksara (AVA). Seronok, menarik dan bersemangat...Itulah yang saya dapat ungkapkan setelah menghadiri bengkel ini...Banyak ilmu yang saya perolehi mengenai Skrip Drama...Penceramah iaitu Kak Maizura Mohd Ederis (penulis skrip Nur Kasih) tidak lokek dengan berkongsi ilmu dengan semua peserta....

Antara peserta yang hadir...17 orang semuanya...


Tekun mendengar...hehehe....

Time ni tengah tengok cerita 10 yang ditayangkan...fikir2 semua...jangan tengok kosong je...hehehe...

Makan time...tak sedap sangat...tapi belasah je lah...janji ada makan....hahaha...

Terima kasih kepada penganjur...Happy sangat bila hadir bengkel ini...Kalau ada bengkel lanjutan, Insyaallah saya akan sertai...ternyata, penulisan skrip drama dengan penulisan novel banyak bezanya tapi...yang sama...berangan kena lebih...hahaha...

* Semua gambar di ambil dari blog AVA...

Wednesday, March 31, 2010

Pesta Buku 2010...

Saya berasa di PBKL pada 21 Mac 2010 yang lepas...Isy, lambatnyer saya update entry ni..maaf ya...sejak akhir2 ni ada sibuk sedikit...malas pun ada...bukan saja blog saya terbengkalai tapi manuskrip saya pun tidak berusik...isy...isy...isy...

Jadual pesta buku untuk saya tahun in agak kelam kabut sedikit...semuanya gara2 novel terbaru saya 'Terasa Ada Cinta'. Pada awalnya memang nak datang 21 hb tetapi pihak penerbit kata novel terbaru mungkin belum sempat dicetak...tukar tarikh...27 hb tetapi agak kelam kabut sedikit sebab time tu sehari sebelum bertolak ke Kedah untuk konvo adik...tapi pergi jugalah...last2 diberitahu novel terbaru sudah siap dicetak...apalagi...saya pun pergilah 21 hb...pergi terjah jer...hehehe...nasib baik saya tak tarik lagi cuti saya kat opis...apa2 pun thanks to FP di atas kerjasama semua...

Seronok dapat berkumpul bersama penulis2 lain...Maaflah kalau saya ni tak banyak cakap...saya ni kan pemalu sikit...hahaha...bukanlah..cuma jarang jumpa, so, segan sikit...anyway, happy dapat jumpa penulis yang hadir...

Jom layan gambar kat PBKL....



Penulis yang hadir pada 21 hb...Ebriza, Dhiya Shiha/Salleh Shihabuddin, Nur Haliza, Hanny Esandra, Eizda, Nur Hazma, Enny Raihana, Puteri Imaniesya...(gambar ni tak full-tanya Rehal, dia yang tangkap...hehehe)


Terima kasih yang tak terhingga buat En Meor dan Kak Maziah...Keluarga ini telah membeli semua karya saya sebelum ini dan kini tak ketinggalan mendapatkan 'Terasa Ada Cinta'. Terima kasih sekali lagi...seronok bertemu dengan En Meor serta kak Maziah yang ramah sangat...:)

Barisan penulis Fajar Pakeer...
Saya dan kak Nur Hazma...
Saya dan Dhiya Shiha/ En Salleh
Buku yang sempat saya capai kat PBKL ni...rasa masa tak cukup untuk saya memborong lagi coz kena balik Melaka...masa tak cukup...duit pun tak cukup...hehehe

Monday, March 15, 2010

Akan Datang : Terasa Ada Cinta...

Dwilogi Cinta...gabungan bersama penulis Syima Syawal...akan datang menemui anda...chewah...hehehe...

Terima kasih kepada Fajar Pakeer dan thanks juga kepada Kak Syima yang sudi bergabung tenaga dengan saya untuk TERASA ADA CINTA...

Nantikan novel ini di pasaran ya!!!

Monday, February 1, 2010

Tawaran Istimewa!!!


Tawaran Istimewa untuk sesiapa yang berminat untuk membeli novel karya saya...
1) Diam-Diam Rindu (Fajar Pakeer - 2009)
2) Kerana C.I.N.T.A (Kaki Novel - 2009)
3) Dengarlah Duhai Hati (Fajar Pakeer - 2010)
4) Lakaran Rindu (Mini Novella) (Fajar Pakeer - 2009)



Tawaran Istimewa...
1) Beli mana-mana dua novel di atas dengan harga RM32
2) Beli mana-mana satu novel dan sebuah mini novella dengan harga RM22
Jika berminat, sila emelkan ke ezi_afiza@yahoo.com Saya akan menghubungi anda untuk maklumat berikutnya... Terima kasih ya...:)

Friday, January 15, 2010

Plan 2010...

Sebenarnya, banyak plan yang bermain dalam kepala saya nih...perancangan dalam dunia penulisan saya...hehe...macam serius jer siap ada perancangan...heheheh...sebenarnya, bukannya merancang apa. Saya still macam dulu...menulis dan terus menulis...ikut mood...hehehe
Cuma, saya ingatkan nak letakkan target..Target saya setahun saya nak ada dua buah novel...isy, larat ke nih?...bukan apa, kalau ada target, kira ada usaha untuk mencapai target...maklumlah, saya ni bab menulis memang tak berdisiplin langsung. Main belasah je...kadang-kadang menaip, kadang2 tak...kadang2 lama tinggal past tu nak sambung balik dah tak ada feel...kena baca balik dari awal...huhuhu...
Ini cara saya...orang lain saya tak tahu...Mungkin penulis lain sehari dapat menaip berpuluh-puluh mukasurat tetapi saya 10 mukasurat pun dah di kira satu keajaiban...hahaha...teruknya saya ni...hehehe...


Dengarlah Duhai Hati : Novel Pembuka 2010
Tiga novel yang terhasil 2008 - 2009 (Jauh Di Sudut Hati, Diam-diam Rindu, Kerana C.I.N.T.A.)
Mini Novella Pertama : Lakaran Rindu

Satu lagi novel sedang menanti di tahun 2010..Sudah di hantar ke penerbit...hanya menunggu masa dan ketikanya...chewah...hehehe..

Tuesday, January 12, 2010

DENGARLAH DUHAI HATI : DI PASARAN!!!!


Engkaukah itu
yang sering hadir di dalam mimpi-mimpiku...

Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.

Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.

Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?


Wednesday, November 25, 2009

Mini Novella Lakaran Rindu : Kini Di Pasaran!!!




Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.

Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?. Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.


Dapatkan juga mini novella2 dari Fajar Pakeer...


(Gambar dari blog FP)

Tuesday, November 17, 2009

Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi

Peserta bengkel bersama dua novelis
(Gambar dari blog Alaf21)

Novelis RAM dan Eyman Hykal memulakan sesi bengkel
(Gambar dari blog Alaf21)


Peserta bengkel tekun menimba ilmu
(Gambar dari blog Alaf21)

Saya dan novelis terkenal Ramlee Awang Mursyid
(Gambar saya: Eh, kenapa saya nampak gemuk nih?...)
(Tak sempat bergambar dengan novelis Eyman Hykal)



Sabtu lepas 14 Nov, saya menyertai Bengkel Penlisan Thriller dan Aksi yang dianjurkan oleh Alaf21. Ini merupakan bengkel penulisan yang pertama yang saya hadiri. Tujuan saya menghadiri bengkel ini adalah untuk mendalami ilmu penulisan dan juga menambah pengetahuan untuk penulisan berbentuk triller dan aksi (eh, kenapa ayat skema nih?...hehehe)

Saya sebenarnya minat novel berbentuk thriller dan aksi. Saya amat kagum dengan novel2 karya Ramlee Awang Mursyid. Novel dia lain dari yang lain dan saya mula suka novel-novel RAM sejak membaca Bagaikan Puteri dan saya sekarang sedang cuba mendapatkan novel2 RAM yang lain.

Berbalik pada bengkel tersebut, banyak pengetahuan yang disampaikan novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan juga Encik Nordin yang dikenali dengan nama Eyman Hykal. Mereka tidak lokek ilmu dengan mengajar peserta bengkel pelbagai ilmu untuk menghasilkan gren novel sebegitu. Banyak ilmu yang kami perolehi dan ada skil-skil yang diajar yang selama ini saya tidak pernah gunakan pada novel2 saya sebelum ini.

Kami terlalu teruja dan seronok sehinggakan masa makan tengahari pun terlajak. Waktu balik pun terlajak juga kerena masing-masing teruja untuk bertanya. Masa terasa berlalu begitu pantas dan saya rasa terlalu singkat bengkel ini. Namun, saya ucapkan terima kasih pada Alaf21 kerana menganjurkan bengkel ini dan seronok juga dapat berkumpul dengan rakan2 penulis dan ada yang baru hendak menulis. Penulis atau bukan, tiada bezanya kerana kami mempunyai satu persamaan iaitu minat!

Apa-apapun seronok sangat bengkel ni. Dapat jumpa ramai kawan dan dapat bertemu novelis terkenal...Thanks kepada semua...