My Novel

Thursday, January 31, 2013

Sambal ayam + Lobak goreng cili

Sejak akhir-akhir ni, saya rajin sangat memasak..rasa macam satu kepuasan apabila dapat menghidangkan hubby dengan air tangan sendiri. walaupun tak tahu sedap ke tak, tapi tengok hubby makan abis jer..sedap la tu kot..tapi, saya rasa pun sedap..sampai menjilat jari..hihi..

Sambal ayam + lobak goreng cili. Nampak ringkas..tapi apabila terhasil dari air tangan seorang isteri yang ikhlas, ia menjadi sangat sedap..(puji diri sendiri nampak..haha)

Sambal ayam..Gambar ni tak nampak sangat rupa ayam. Mungkin saya kena belajar cara mengambil gambar plak lepas ni..:)
Lobak goreng cili ni saya buat ekspress je. Tengok apa yang ada dalam peti ais, saya belasah ajer. Lobak ni saya goreng ngan cili hijau dan sambal gesek tempohari yang ada lebih pun saya masukkan jugak. Jadi lebih sedap.

Note : Sesuatu yang kita lakukan dengan ikhlas, tidak terasa susahnya malah, ia akan membuatkan kita gembira semasa melaksanakannya.

Terima kasih..:)

Wednesday, January 30, 2013

Gembira VS Takut

Syukur Alhamdulillah, novel karya saya PERSIS PUTERI mendapat maklumbalas yang baik dari pembaca. Ramai pembaca yang berpuas hati dan suka akan cerita tersebut. Ada yang memberi emel, ada yang mesej saya di FB dan ada juga yang review novel PERSIS PUTERI di blog masing-masing. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi komen yang menyemarakkan lagi semangat saya untuk menulis. 

Persis Puteri..hasil tulisan saya yang ke lapan


Dalam gembira dengan penerimaan pembaca terhadap PERSIS PUTERI, terselit rasa takut..kenapa?..saya agak takut dan bimbang apabila ada pembaca yang bertanya "Bila nak keluar karya baru?". Terima kasih kepada pembaca yang bertanya. Saya bergitu menghargainya. Saya tahu apabila kita berpuas hati dengan karya seseorang, kita akan tertunggu-tunggu karya seterusnya dari penulis itu. Saya rasa bersyukur kerana ada yang masih ingin saya berkarya. Namun, saya bimbang kerana penulisan saya semakin slow. Tiada sebarang karya dalam proses menunggu untuk diterbitkan sebaliknya saya masih bertatih menulis sedikit demi sedikit. Secara jujurnya, saya masih tercari-cari masa untuk menulis. Saya kena tidurkan Aimee terlebih dahulu sebelum buka note book. Kalau Aimee masih berjaga, dia takkan benarkan saya menghadap note book sebab saya kena menghadap dia..huhu..manjanya anak ummi ni. Walaupun begitu (huh, ayat skema plak), saya dapat juga curi-curi masa untuk menaip. Meskipun kelajuannya agak slow, tetapi tidaklah berhenti terus.




Tentang Cinta..cerita yang sedang saya taip sekarang ini. Baru beberapa bab sahaja. Perjalanan cerita ini sudah ada cuma nak dikembangkan ke dalam cerita yang beratus mukasurat masih dalam proses.



Saya juga sedang menulis Cinta Kilometer. Juga masih beberapa bab saja. Masih lambat untuk siap. Emm...

Kepada yang bertanyakan karya baru saya, saya tak tahu bila akan siap. Tapi, saya cuba untuk menyiapkannya dengan sebaik mungkin kerana minat saya untuk menulis masih belum berhenti. InsyaAllah..akan sampai masanya.

Tuesday, January 29, 2013

Sup ayam + Sambal gesek

Saya tak pandai memasak! Ya, itulah kebenarannya. Saya memang tak pandai masak2 ni tapi saya cuba juga untuk hubby tersayang..hehe..Saya tak pandai masak nak campak2 ni. Saya mesti ikut intenet ke, buku ke..apa2 je lah yang ada panduan..

Sup ayam dan sambal gesek. Sebenarnya menu ni da dua minggu lepas tapi baru ni nak update..sory ye..hehe..
Sup ayam kegemaran saya dan hubby. Sedap juga saya masak ni..:)

Sambal gesek. Penat juga menumbuk. Berterabur kat dapur..tapi..puas hati..

Bagi yang teror memasak, mesti korang tak heran dengan masak2 simple ni tapi bagi orang2 yang tak tau masak (macam saya), dapat buat ni sesuatu yang amat dibanggakan..haha..tahniah untuk diri sendiri.

Suka tengok hubby makan sampai licin..:)

Sunday, January 27, 2013

Hari Tak Sayang Duit...

25hb lepas, sy dan 2 adik2 sy telah bershoping sakan, menghabiskan duit..hehe. Sebenarnya kitaorang da lama plan nak shoping. Plan da lama buat dan tiba masanya untuk shoping. Sebenarnya, saya dan adik2 jarang bershoping. Setakat beli sikit2 ajer..Tapi, kali ni kitaorang tutup mata ajerlah beli barang2 sendiri. Kalau nak difikir2kan semula, kira ini hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja.

Memilih tudung yang pelbagai warna dan jenis

Adik kata..orang lain shoping bawak beg kertas gucci ke, LV ke, padini ke, LEVIS ke..tapi kitaorang bawak beg plastik plak..haha..sy dengan adik2 memang begini. Bagi kami, biar murah janji cantik.

Ini dia hasil tangkapan saya


Hasil tangkapan adik saya, kakak..(kitaorang panggil dia kakak)
Hasil tangkapan adik saya, ayue

Huh, penat tapi berbaloi. Untuk pengetahuan semua..inilah kali pertama sy shopping sakan macam ni. Best jugak rasanya. So, next we all plan nak shoping bulan 6 pulak..")

Monday, January 14, 2013

Syukur : Selamat Tahun Baru & Selamat Hari Lahir

Harap tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca blog saya. 2013 menjelma meninggalkan 2012 yang saya anggap tahun yang cemerlang buat diri saya. Kenapa? Kerana saya temui bahagia pada tahun 2012..Menjadi isteri pada akhir 2011 dan dikurniakan cahaya mata September 2012..Terasa hidup saya sudah lengkap..Bahagia..

14 Januari 2013, genaplah usia saya 31 tahun...Sudah masuk angka 3..Hmm..Ada apa dengan angka (jawapan untuk orang yang dah tak berapa muda lagi..hehe)..Dalam usia begini, sy sudah temui apa yang saya inginkan. Tidak pernah sekali menyesal berkahwin dlm usia agak lewat (29 tahun), andai kebahagiaan ini yang Tuhan berikan kepada saya. Syukur..

Sambutan hari jadi di rumah mertua. Sebenarnya lebih kepada hari jadi anak buah saya Dhia Damia. Kalau saya sorang, tak adalah tiup2 lilin ni..hehe..




Tuhan, terima kasih atas kurniaan ini. Kini, saya sudah temui jawapan yang suatu ketika dulu sering saya tercari2. Kini saya mengerti hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ternyata Tuhan mempunyai agenda yang tersendiri untuk saya. Dia membiarkan saya menangis dahulu sebelum memberi bahagia kerana dia tidak mahu saya terus dan terus menangis. Oh, apabila memikirkan semua ini, air mata saya menitik kerana suatu ketika dulu, saya pernah mempertikaikan nasib diri sendiri.

Syukur saya mempunyai famili yang peyayang, happy go lucky dan sempoi. Dulu masa kecik2 selalu bergaduh tapi bila dah besar, seronok kumpul ramai2..cerita2, sembang2, gossip2..Ops..hehe..

Di awal perkahwinan, takut juga kalau2 tak ngam dengan famili mertua. Tapi, syukur..famili mertua juga baik2..saya heppy dapat mengenali mereka..dan dapat masuk ke dalam keluarga ini yang bagi saya memang sempurna.


Dan..permata hatiku, penyeri hidupku..Aimee Nur Aqeelah. Melihat Aimee membesar di hadapan mata, satu perkara yang sangat menggembirakan. Walaupun banyak kerenah si kecil ini namun..saya sentiasa rindukan dia..waktu kerja, hantar Aimee ke nursery pun dah rindu..tak sabar tunggu balik kerja..ambil dia..Aimee, ummi sayang Aimee..

Segala yang berlaku..ada hikmahnya..Tuhan, terima kasih atas bahagia ini..
Love my beautiful life..


Sunday, January 6, 2013

Jonker Walk

Jonker Walk merupakan tempat yang agak terkenal di melaka. Ia merupakan tempat orang jual2 macam pasar malamlah lebih kurang tapi panjang giler..penat nak berjalan..kat sini, pelbagai barang2 boleh dapat..barang2 antik, makanan yang pelbagai, cenderahati..banyaklah..tapi..

Jonker waik ini 99% merupakan orang cina. baik yang berniaga mahupun pengunjung. So, kalau datang sini, sekadar tengok2 barang..nak beli makanan, tak bolehla ye..hehe.. Jom layan... 

Pintu masuk..Jonker walk dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad..dibuka seawal jam 6 petang sampai malam..

Aimee yang heppy sangat gi jalan2..

Di sebalik kesesakan orang ramai, ada tempat untuk berhenti..rehat..penat seh..

Naga..kepercayaan orang cina..

Kami..heppy family

Naga yang melingkari Jonker Walk..

Bergambar bersama naga..

Pssttt...kisah benar..30 tahun saya hidup di melaka..ini 1st time saya datang sini..hihi..

Majlis Aqiqah Aimee Nur Aqeelah dan Ady Wazhif

Alhamdulillah..semuanya selamat..pada 25 hb Desember yang lepas, majlis aqiqah untuk Aimee dan Wazhif selamat berlangsung di rumah saya di melaka. Seronok pula bila ada kenduri kendara kat rumah ni. Terasa macam kenduri kawen plak. Tetiba teringat time kawen dulu..hehe..perasan plak..

2 ekor kambing ditumbangkan untuk majlis ini..

hubby yang sedang melapah..

Bergotong royong..

3 adik2 lelakiku..siapa yang mandor ni???

Si baju ungu tu dari tadi jadi pemerhati ajer..

Kita perhatikan si baju ungu..haha..

Aimee Nur Aqeelah yang menjadi perhatian dengan riben bunga yang besar di kepalanya..hehe..comel anak ummi..


Makan2..lauk banyak..masak sendiri dan ada yang disumbangkan oleh keluarga mertuaku..

Wazhif si rambut cacak..

Syukur..
Turut hadir : saudara mara, keluarga mertuaku, keluarga mertua along, rakan2 sekerja dan orang2 kampung..
Seronoknya dapat kumpul adik beradik..

LOVE MY BEAUTIFUL LIFE