My Novel

Monday, January 19, 2009

RAGAM 2 : Terlupa, tak ingat atau tak tahu...

Ketika ini orang ramai sibuk memperkatakan tentang peperangan yang berlaku di Gaza. Hal ini mendapat liputan yang meluas. Berita ini sering kedengaran di surat2 khabar, televisyen malah radio juga. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai tentang situasi ini.
Ramai juga rakyat Malaysia ingin memboikot barangan keluaran AS. Dengan cara ini saja kita dapat lakukan untuk menunjukkan protes terhadap serangan di Gaza. Namun, berapa ramaikah yang mengikut pemboikotan ini?.
Sabtu yang lepas, saya kerja separuh hari. Balik dari kerja, saya terus menuju ke pekan untuk mengambil barang yang sudah saya tempah. Dari jauh saya terlihat restoran KFC, saya tersenyum sendiri. Tempat itu kelihatan lengang berbanding hari2 yang lalu di mana tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai dan juga pelajar2 sekolah asrama yang 'outing'. Namun, ketika saya melintasi (jarak dekat), restoran tersebut, terdapat dua pasangan kekasih (mungkin kekasih) sedang menikmati makanan di situ. Yang sedihnya, mereka adalah orang melayu, bertudung lagi. Adakah mereka terlupa akan peperangan umat Islam di Gaza?. Atau mereka pura-pura terlupa atau sebenarnya mereka tidak tahu akan wujudnya isu ini?.
Ini baru di pekan yang kecil di tempat saya. Saya yakin di tempat lain juga ada berlaku. Di sini saya ingin bertanya...berjayakah isu boikot ini seandainya hanya segelintir sahaja yang menurut dan di sini...marilah kita sama2 mendoakan umat Islam di Gaza.

Thursday, January 15, 2009

RAGAM 1 : Kereta yang slow...

Manusia ada banyak ragam...saya suka melihat ragam manusia yang adakalanya membuatkan saya ketawa, geram, marah, gelihati, sedih dan macam-acam lagi.
Kali ini saya ingin menulis tentang ragam pemandu-pemandu di jalan raya. Sebenarnya, setiap hari saya akan berada di jalan raya (memandu) kerana saya drive untuk pergi kerja. Kalau cuti pun, saya pasti akan keluar rumah. Ada sahaja benda yang saya ingin lakukan. Jadi, pelbagai gelagat di jalan raya yang saya lihat setiap hari.
Memandu terlalu slow...Anda pernah alaminya tak?. Adakan anda berada di belakang kereta yang slow atau anda sendiri yang memandu slow?..Kalau anda berada di belakang kereta yang slow tu, banyak2 kan bersabar tetapi jika anda yang memandu slow tu, fikir2kan lah nasib orang di belakang anda.
Perkara ini bukannya sekal dua saya alami malah hampir setiap hari. Saya tahu, mungkin pemandu berkenaan berhati2 di jalan raya. kononnya memandu secara berhemah tetapi agak2 lah bang, kak oi. Kalau anda memandu terlalu slow di jalan yang lurus dan tidak sibuk, anda juga akan menganggu lalulintas. Di sebabkan anda, ramai pemandu lain yang tersekat dan jalan menjadi sesak.
Saya sering berada dalam situasi begini sehinggakan saya naik marah. Pagi2 hendak pergi kerja, mood saya sudah tiada disebabkan pemandu sebegini. Kalau setakat bawa 40 km/j di jalan yang tak sesak, baik jalan kaki saja. Sudah tu, kalau masih mahu bawa se'slow' itu, himpitlah sedikit ke kiri jalan. Ini tidak, duduk tengah2 jalan. Kita yang nak potong ni pun, susah. Sudahlah kereta dari arah bertentangan ada. Bengang juga saya kadang2.
Saya alaminya hampir setiap hari dan yang peliknya....pemandu sebegini selalunya pemandu kereta mewah..kereta jenis mahal...Entah, mungkin untuk menjaga kereta mahalnya itu kot berbanding kereta saya...saya redah jer...

Pulau Perhentian yang mendamaikan...








Ini merupakan compeny trip saya yang kedua saya ikuti. Ia berlangsung pada Ogos 2008 yang lalu. Seperti tahun sebelumnya, saya masih memilih team satu untuk pergi. Jadi, dapatlah saya berjumpa semula dengan team satu tahun lepas daripada cawangan2 yang lain.
Sebenarnya, saya bukanlah selalu sangat pergi bercuti. Malah memang jarang. Mungkin faktor masa yang terhad, kesibukan yang kadang-kala melampau dan juga faktor kewangan membuatkan saya terperap je kat Melaka ni...hehehe. So, bila ada peluang sebegini, saya takkan lepaskan peluang.
Pertama kali tiba di Pulau Perhentian, saya begitu terpegun melihat suasana pulau kerana ini merupakan kali pertama saya bercuti di pulau (selain Pulau Langkawi). Pasirnya yang putih, pantai yang bersih serta laut yang biru dan jernih memikat hati saya.
Selain itu, aktiviti snorkling juga saya tak dapat lupakan. pada mulanya agak takut untuk terjun ke laut. saya antara orang terakhir yang berbuat demikian kerana saya ni tak tahu berenang dan penakut masuk laut yang dalam walaupun dah ada life jacket. Namun, bila dah diberi tunjuk ajar dan dah serasi, sayalah antara orang terakhir yang naik bot untuk balik kerana tak puas berenang dan menikmati keindahan laut yang terdapat pelbagai jenis ikan dan batu karang yang pelbagai rupa.
Apa yang saya dapat selama 3 hari dua malam ini adalah satu pengalaman dan percutian yang menyeronokkan...:)

Ikan Bakar Anjung Batu (Yummy...)






Ahad lepas, saya sekeluarga pergi makan ikan bakar di Anjung Batu, Melaka. Pada mulanya, ianya tidak dirancang. Tiba-tiba waktu petang ketika kitaorang tengah main badmintom, idea ni timbul. so, malam tu kitaorang pun pergilah mengisi perut dengan ikan bakar.
Sebenarnya, ini kali ketiga kami makan di kedai berkenaan kerana masakannya best dan harganya agak berpatutan. sebelum ini ada gak cuba tempat lain tapi rasanya kat sini antara yang best pernah kami pergi. Em...menu, saya dengan akak yang oder...kebiasaannya macam tulah. yang lain tukang tunggu dan makan.
Apa yang bestnya, keluarga saya memang hantu makan. Sebab tulah kalau nak pergi makan2 di luar, kami berkumpul satu keluarga. cuma kali ini, adik saya seorang tak turut serta sebab masih menuntut di Kedah. So, tak dapat nak tunggu dia. tapi dia kata..."Balik nanti aku tuntut tau." huhuhu...

Saturday, January 10, 2009

Kebunku...











Sejak berpindah ke kampung..ini adalah antara hobi kami sekeluarga...berkebun...emmm, bestnya.. Pada mulanya, emak hanya tanam tepi-tepi ruma je tapi kitaorang adik beradik plan nak buat kebun jadi abah saya pun buatlah pagar bagi menghalang kambing dar terus makan sayur-sayur (kat kampung saya banyak kambing..:). Mula-mula tanam tu, boring jugak sebab lambatnya sayur nak besar. Tapi bila dah ada hasil, makin bersemangat pulak. Gembiranya saya apabila tengok sayur yang sayabeli benihnya, tanam, jaga, siram setiap hari akhirnya memberikan hasil untuk kami sekeluarga...em...hepinyer...betul kata orang, kalau berbudi pada tanah, tentu ada hasilnya..:)