My Novel

Friday, January 29, 2010

Cuti Hari Jumaat (Adikku yang poyo)

Dah lama saya tak update blog...sebenarnya tak tahu nak update apa...kehidupan saya biasa2 saja...kerja, menaip, kerja, menaip...tak ada cerita yang best2...huhuhu...sedang saya berfikir nak tulis apa kat blog (tengah pk)...adik saya datang (sibuk betul budak ni)...then dia kata, kalau tak ada apa nak tulis...tulislah story tentang dia yang cuti pada hari ini (Jumaat)...

Pagi, dia bangun sarapan dengan saya dan emak (biasanya dia jarang sarapan - tido aje)...lepas tu, dia basuh kereta viva dia yang dia sayang sangat tu...then, tengahari, dia pergi sembahyang Jumaat...then, lepas tu...dia pergi Melaka...

Sampai pekan Jasin, dia baru sedar yang dia tak bawa lesen...terus patah semula ke rumah (padan muka dia..haha)...lepas tu dia pergi balik Melaka...

Itu sahaja cerita dia?...Ceh, buang masa!!!!!


Adik saya yang perasan hensem

Friday, January 15, 2010

Plan 2010...

Sebenarnya, banyak plan yang bermain dalam kepala saya nih...perancangan dalam dunia penulisan saya...hehe...macam serius jer siap ada perancangan...heheheh...sebenarnya, bukannya merancang apa. Saya still macam dulu...menulis dan terus menulis...ikut mood...hehehe
Cuma, saya ingatkan nak letakkan target..Target saya setahun saya nak ada dua buah novel...isy, larat ke nih?...bukan apa, kalau ada target, kira ada usaha untuk mencapai target...maklumlah, saya ni bab menulis memang tak berdisiplin langsung. Main belasah je...kadang-kadang menaip, kadang2 tak...kadang2 lama tinggal past tu nak sambung balik dah tak ada feel...kena baca balik dari awal...huhuhu...
Ini cara saya...orang lain saya tak tahu...Mungkin penulis lain sehari dapat menaip berpuluh-puluh mukasurat tetapi saya 10 mukasurat pun dah di kira satu keajaiban...hahaha...teruknya saya ni...hehehe...


Dengarlah Duhai Hati : Novel Pembuka 2010
Tiga novel yang terhasil 2008 - 2009 (Jauh Di Sudut Hati, Diam-diam Rindu, Kerana C.I.N.T.A.)
Mini Novella Pertama : Lakaran Rindu

Satu lagi novel sedang menanti di tahun 2010..Sudah di hantar ke penerbit...hanya menunggu masa dan ketikanya...chewah...hehehe..

Thursday, January 14, 2010

Terima Kasih Semua


Terima kasih kepada semua yang wish saya untuk ulangtahun saya pada 14 januari, tak kira melalui FB, mesej, blog atau di mana2 saja...thanks a lot..Harap saya dan anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi dan juga berjaya di dunia dan akhirat...thanks all my friend...:)

Tuesday, January 12, 2010

DENGARLAH DUHAI HATI : DI PASARAN!!!!


Engkaukah itu
yang sering hadir di dalam mimpi-mimpiku...

Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi yang memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.

Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.

Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya ditambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia jadi hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman?