My Novel

Saturday, December 15, 2012

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Minggu lepas, saya, hubby dan Aimee pegi ke MITC melaka. Ada showcase SATU DAERAH SATU INDUSTRI. Jom layan story..

Ini sticker yang di tampal pada semua pengunjung yang datang..

Upsss..Aimee kena tampal kat belakang da...

Jumpa taukeh jambu kat sana. Hubby yang over..kata Aimee yang nak bergambar..hehe..

With angah maharajalawak..Aimee tidoooo...

Ok..itu sajer citer singkat..Nak cepat sebab Aimee da bangun..hehe..
See next entry..:)

Tuesday, December 4, 2012

Aimee ke sekolah

Hari pertama.. 

"Ummi, kenapa kejut Aimee pagi2 ni?"
"Aimee kena bangun awal..nak pegi sekolah,"

"Sekolah? Best tak ummi?"
"Best, ada ramai kawan"

"Tapi..ummi tak ada. Siapa nak jaga Aimee?"

Waktu rehat, saya pegi nursery tengok Aimee..time tu dia tengah nangis..saya dodoikan dia..dan Aimee pun tido..Aduh, tak sampai hati nak tinggalkan Aimee..


Hari ke dua..

"Ummi, Aimee tak nak gi sekolah"
"Kenapa sayang?"
"Nanti Aimee nangis, tak ada orang nak layan. Tak ada orang nak dukung Aimee,"

"Nanti waktu rehat, ummi datang ye"
"Ummi datang? yea yea.."

Waktu rehat, saya tengok Aimee lagi. Kali ini dia tak menangis. Aduh, kalaulah sy kaya..da lama saya berenti keje..jaga Aimee..

Semalam hari pertama saya hantar Aimee ke nursery. Memang sedih. Tak sanggup nak tinggalkan dia dengan orang lain. Apatah lagi bila rehat sy pergi tengok, Aimee sedang menangis. Aduh, sayu hati seorang ibu.

Esoknya..waktu rehat, Aimee tak nangis. Dia ketawa2 bila saya main2 ngan dia. Senang sikit hati saya tengok Aimee tersenyum.  Aimee memang manja. Bukan sengaja nak manjakan Aimee tapi bila tengok muka comel dia, siapa yang tak nak manjakan dia..

Aimee Nur Aqeelah..ummi sayang Aimee..

Tuesday, November 27, 2012

Tahniah hubby!

Sudah hampir dua minggu saya masuk kerja setelah lama bercuti. Masuk saja kerja, berborak sakan dengan member2..almaklumlah..cuti lama, banyak cerita yang nak diborakkan dan soalan yang 'hot' pada waktu itu..

"Ezi, siapa jaga anak kau?"
"Husband aku"
"Dia duk rumah mak dia ek?"
"Tak de lah. ada kat rumah. dua orang dengan anak aku,"
"Eh, boleh ke husband kau jaga baby?"
"Entah..dia kata ok..oklah kot,"

Bukan seorang dua yang hairan apabila saya katakan husband saya jaga Aimee. Diakan cikgu sekolah. Sekolah kan cuti. Bagi saya apa yang nak di hairankan? Jika saya boleh menjaga baby sekecil itu, pasti hubby pun boleh. Tetapi apabila difikirkan semula. Bukan semua lelaki yang boleh menjaga anak kecil apatah lagi baru berusia dua bulan. Perkara yang biasa bagi saya menjadi luar biasa bagi kawan2. Ada yang sempat berkirim salam pada hubby dan mengucapkan tahniah.

Tiba2 saya menjadi kagum dengan suami sendiri. Sanggup menjaga baby kami dan menanti saya balik kerja. Oh, sayang..tahniah!


Anak abah..keletihan..

Di Johny Jusco. Sambil menanti makanan..hubby jaga Aimee..

Kalau pergi ke mana2, hubby akan dukung Aimee. Saya follow ajer. Tak larat dukung lama2..Aimee semakin berisi..

Tengok kolam renang. Aimee kalau berjalan, asyik tido ajer..

..Love my beautiful life..

Monday, November 26, 2012

Ops!



Aduh! menggeleng kepala saya melihat jarum mesin penimbang berat..seketika saya termenung..kemudian tertawa..haha..macam orang gila la plak..Apa taknya..selepas bersalin, berat saya tak sama macam dulu2..memanglah orang kat takkan sama tapi..banyak benar bezanya..dan secara fizikalnya pun saya dah nampak berisi.

Berat saya sebelum mengandung 48kg..semasa hampir bersalin 64kg..dan selepas bersalin 57kg..waduh2..kok kurangnya 7kg saja? yang lagi 9kg bagaimana nih?

Aduh! jadi bagaimana? Nampaknya saya harus menjalankan operasi diet dengan bersungguh2..tapi bagaimana seorang pencinta makanan nak berdiet?..Hmm..mengeluh seketika.

Hanya ada dua pilihan..berdiet untuk kembali seperti dulu atau paling tak pun..lebih kurang dulu ataupun..kekal berisi seperti sekarang atau bertambah lagi..

Pilihan saya..diet! Sesuatu yang sukar untuk saya lakukan..huhu..

Sunday, November 4, 2012

MPH BOOKFAIR NOV 2012

4 November 2012..MPH MYDIN di melaka mengadakan bookfair dan sy telah diundang (oleh penerbit Fajar Pakeer) untuk menjayakan sesi bersama penulis. Mula2 tu rasa mcm tak bole nk dtg memandangkan ada baby kecil tapi syukur hubby memahami minat sy yang satu ini. Jadi, hubby lah yang jaga Aimee..hehe.. 

Sy hanya penulis biasa..tidaklah seglamor mana..tp disebabkn minat yang mendalam, sy tetap menulis biarpun faktor masa menjadi penghalang sy di saat ini. Dan sy tetap jua dtg memberikan kerjasama pd penerbit yang tlh byk memberi peluang pd karya2 sy disamping mempromosi 2 buah buku sy pd hari itu iaitu Persis Puteri dan Anak Patung Terbang. 

4
Banner..

Bersama penulis hebat kak Maria Kajiwa
Bergambar bersama pembaca

Sessi tandatangan..

Terima kasih kpd Fajar Pakeer krn memberi sy  peluang ini..:)

Adi Wazhif : Tahniah Along

14 Oct 2012..kakak sy selamat melahirkan seorang baby boy sebarat 3.15kg. Nampaknya..Aimee da dpt sepupu..hehe..Apa2 pun tahniah buat along dan bang long di atas kelahiran putera mereka Adi Wazhif.


Tahun ni mak dan abah dpt cucu sepasang..Aimee dan Adi..:)

Monday, September 24, 2012

Lambang Cinta : Aimee Nur Aqeelah

8 September 2012 pada jam 8:05 malam..saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kg secara normal. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan ini. Sungguh, sukar untuk percaya saya telah melalui pengalaman melahirkan. Dan seperti mimpi saya kini bergelar ibu.

Seindah namamu Aimee Nur Aqeelah. Lambang kasih umi dan abah. Syukur yang tidak terhingga di atas Anugerah Tuhan ini. Syukur yang teramat atas kebahagiaan yang Tuhan kurniakan. Syukur di atas segala yang Tuhan telah rencanakan untuk saya.

Apabila mengenangkan kisah dulu..

Saya bersyukur..

Tuhan tidak memberikan apa yang saya inginkan tetapi Tuhan memberikan apa yang saya perlukan..

Di sebalik awan yang mendung..Tuhan mengirimkan pelangi yang indah..

Tuhan..terima kasih atas bahagia ini..

Open House Rayer

Tak abis lagi cerita rayer walaupun da abis rayer..ah, tak kira..nak citer jugak..hehe

31 ogos lepas..saya dan suami buat open house di rumah sewa kami..sebenarnya bukan open house..tapi 
just mini open house ajer. Sebenarnya, kawan2 suami nak datang..mula2 sikit..lama2 ramai plak..Alang2 saya jemput famili saya sekali..dan kawan2 opis..alang2 masak biar sekaligus..kan senang..
 
Juadah simple kami..

Kek dan buah-buahan..

Nugget n hotdog yang paling laku..budak2 banyak makan nih..

Mee goreng..yummy..yummy..



Bihun sup..best sangat..hehe..

Sebenarnya, saya suka orang ramai datang rumah saya..saya suka menghidangkan tetamu makan. Tengok mereka makan di rumah kita membuatkan saya gembira.

saya benar2 teruja dan tak sangka ramai tetamu yang hadir..Terima kasih pada ahli keluarga, jiran tetangga, kawan2 suami, kawan2 saya yang sudi hadir. Insyaallah saya dan suami bercadang kalau ada rezeki, kami nak buat lagi akan datang dengan menu yang lebih best..hik..hik..

Corat-coret mini open house

1) Masak? hehe..saya telah mengimport mak saya untuk tolong masak..Adik perempuan saya juga. Saya ni setakat masak cincai boleh la tapi ni untuk ramai..takut plak nak masak sendiri. lebih2 lagi sedang sarat menghitung hari. Tak larat nak buat seorang. Terima kasih mak..Terima kasih adikku..hehe..

2) Terharu dengan kedatangan jiran2..Kebanyakkan yang kami jemput semuanya datang..Dapatlah berbual2 lama dan tahu serba sedikit pasal mereka. Ye lah selama ni hanya senyum dan bertegur alah kadar sebab sibuk dengan kerja. Hujung minggu pula da balik kampung, jalan2..Jarang jumpa. Tapi, mereka semua memang baik2. Syukur.

3) Jam 5 petang, rumah kami diserbu 8 famili (8 bijik kereta)..Aduh..kelam kabut sedikit dengan orang ramai. Rumah taklah besar sangat sehingga ada yang makan kat tepi longkang. Mohon ampun kalian semua. 

4) Dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang..tetamu datang non stop

5) Penat tapi berbaloi..Terima kasih semua. Tahun depan Insyaallah akan dibuat lagi jika diizinkan Nya.
*Esoknya suami saya dah discuss utk menu rayer tahun depan..hikhikhik

Wednesday, September 19, 2012

jalan2 rayer..

Dalam sarat2 mengandung, sempat juga saya berjalan2 dengan famili saya n hubby's famili..hehe..Jom layan pic.

Saya dan hubby jalan2 di Bandar Hilir Melaka..Keluar dengan adik beradik saya. Time ni da 37 minggu..

With my siblings yang gila bergambar..Saya yang maintain cute..haha..

 Mak buyung pun nak possing jugak..aduiyai..

Saya yang tak banyak kerenah time mengandung..senang hubby jaga..:)

My adik2..berlatar belakangkan muzium samudera..(muzium kapal)

Beli belah di bandar hilir..Saya n hubby beli sepasang T-shirt yg sama..sweet couple..hehe..

Hubby suka amik gambar..isterinya suka bergambar..memang sesuai..:)

Welcome to Malacca..
Ini berjalan2 dengan famili hubby plak..pegi jeram kat Kg Inas, Negeri Sembilan. tempat ini masih belum dikomersialkan lagi..so, tak ramai orang and very clean. kami dpt tahu pun sbb pegi beraya di rumah sedara hubby yang juga org kg kat situ. seronok sbb orang tak ramai. hanya penduduk kampung sahaja. airnya pun sejuk..tengok tu..wisya suka sangat main air..:)

Mak mertua melihat anak2 serta cucunya mandi manda..

Sejukkk....

Bestnya dapat mandi kat sini..tapi saya hanya main air sajer..hubby tak bagi pegi kat batu2..licin..da lah saya sedang sarat..fuh! sempat lagi main kat jeram..hihi..

Selamat Hari Rayer..:p

Salam..jumpa lagi kita kat blog yang da bersawang ni..hehe..Saya rasa sememangnya dah terlewat utk ucapkan selamat hari rayer tapi..hamtam sajelah..saya nak stori jugak pasal rayer yg da lepas 2 hari yang lalu..

Tahun ni kali pertama beraya sbagai seorang isteri..so, setelah perbincangan di buat..maka berayalah saya di rumah suami pada pagi hari rayer pertama (tengok..baik tak saya?..hehe)..Rumah mertua saya, kami tak pegi jalan2..hanya menerima tetamu yang tak henti2 datang..penat tetapi berbaloi..time tu lah nak kenal2 dengan sedara2 suami yang jauh..yang sempat datang time kawin saya..itupun tak sempat berkenalan lebih dekat..

Mak mertua dan pak mertua saya bersama cucu-cucunya...tak lama lagi tambah seorang lg ya..:)

Saya n hubby..aduh..gemuknya saya..huhu..

Bersama kakak2 ipar..

Cucu2 Nek Teh..

Saya n hubby di pagi rayer..sedondon you..:)

Time ni da 36 minggu..menghitung hari..

Berayer di rumah sedara with my famili..

Hubby..kali pertama rayer bersama famili saya..

Cuti seminggu rasa macam sekejap..maklumlah rayer dua rumah..sekejap balik rumah saya ada program..balik rumah hubby pun ada program..kami berdua banyak berjalan sajer..aduiyai..:)

**Tahun ni saya tak banyak bergambar sbb sy nampak gemuk..hehe..

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan : Kali pertama...

Hari ni da 16 Ramadhan..cepatnya masa berlalu..harap belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kpd pengunjung2 blog saya..

Ramadhan 2012... Tahun ini merupakan Ramadhan pertama sy menyambutnya sebagai seorang isteri..berlainan sekali dengan tahun2 sebelumnya..kalau sebelum ni, sy pergi kerja..balik kerja saja mak da siapkan makanan..kalau balik awal, sy tolong2 apa yang patut..tak perlu nak banyak fikir sangat..sahur pun begitu..hanya tolong2 sediakan makanan..tapi kali ini..sy kena fikir menu untuk berbuka puasa dan juga sahur utk saya dan hubby.

Biasanya berbuka puasa sy akan beli lauk saja..nasi masak sendiri..yalah..makan dua orang saja..macam tak berbaloi ajer nak masak..(hehe..alasan)..kadang2 jer masak..tapi yang peningnya sahur..setiap hari nak fikir makan apa..biasanya saya masak simple2 ajer..nasi goreng ker, mee goreng ker, roti...etc yang simple..nasib baik hubby tak memilih sangat..makan ajer..

Minggu lepas, hubby ajak berbuka puasa di hotel..tahun ni banyak hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa..tapi harganya agak mahal..so, kitaorang pergilah ke hotel yang biasa2 ajer..:)



Hubby dah membuat tempahan awal..bestnya orang tak ramai sangat..ada privacy dan tak berebut2..


Makanan yang kami ambil (1st round)..hehe..makanan taklah semewah hotel2 besar tapi cukup kenyang..itupun ada yang tak ambil..tak larat nak makan dah..


Di sini..Hotel Pantai Puteri..melaka..Apa2 pun..thanks untuk hubby yang belanja sy berbuka puasa..:)