My Novel

Thursday, March 31, 2011

Cuti Itu Pelik...



Hari AHAD yang lepas...saya tidak bekerja...
Situasi ini mengundang pelik pada abah n mak saya...
Saya tak kerja?...

Jadi...ini dialog antara saya dan abah...
Time ni tengah iron baju...
Abah tanya...
"Ngah, kau tak kerja ke hari ni?"
"Tak"
"Cuti?"
"Ya, cuti,"
"Cuti apa?"
Saya memandang abah...
"Cuti AHAD lah,"
"Kau ambil Annual Leave ke?"
"Tak adalah,"
"Dah tu?"
"Nak cuti hari AHAD, tak payah ambil AL,"
Abah da pelik saya bercuti...

10 minit kemudian...
Mak pulak masuk bilik...
Maka wujudlah dialog antara saya dan mak...
"Kau cuti ke?"
"A'ah,"
"Kenapa cuti?"
"Saja,"
"Dah tu kau bangun je bila mak kejut pagi tadi,"
Saya pandang mak...
"Kalau tak kerja, tak boleh bangun pagi ke?"
Mak tersengih2...bercampur pelik anaknya yang seorang ni bercuti...

Dan adik saya pula...
"Kau cuti?...cuti apa?"

Itulah yang terjadi bila saya bercuti...
Walaupun cuti hari AHAD yang sememangnya cuti!!!

Isy..diaorang ni...Cuti hari AHAD pun pelik ke?...


Sunday, March 13, 2011

Jalan2 Melaka - Klang...


Ini cerita 2 minggu lepas...baru ni nak update ezi?...hahaha...layan je lah gambar2 orang2 yang gila glamour ni...hahaha...

kuih udang kat hentian Seremban
Mi Rebus...nyam..nyam..
Me n my sis...
My sis . my bro...
Model apa ni?..baju? handbeg?...huhu...
Jejaka perasan...
Peace!
Merenung matahari..hahaha...

Nothing hot story...Sajer nak rajinkan diri update blog..:))



Wednesday, March 9, 2011

Sekitar Pilihanraya Kampungku - Dun Merlimau

6 March yang lalu...merupakan hari pilihanraya Dun Merlimau...Menjelang hari tersebut..macam2 agenda yang berlangsung di kampung..dan pelbagai kerja2 naik taraf yang dibuat...time tu, rasa kampung saya macam femes satu Malaysia..semua orang datang berkunjung...hehe...apa2 kita layanlah gambar2 sekitar hari pilihanraya..:)



Merlimau Dun ku Sayang...
Perjalanan menuju ke tempat pembuangan undi
Da tiba...
Yang kat kerusi roda tu...my atok..hehe..
Dua team...
Agak sesak...
Sesaknyer...
Abang2 polis...mengawal keadaan...
Sila beri laluan...
ke tepi..ke tepi...:)
Banyak kenderaan keluar masuk...

Pilihan raya kecil kali ini agak meriah...keadaan memang sesak, sampai saya nak g kerja kena ikut jalan lain...itupun sesak gak...apa2 pun saya tiada sebarang komen tentang pilihanraya ini..kerana setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing...:))