My Novel

Thursday, December 25, 2008

Problem...

Hai, dah lama saya tak tulis dalam blog ni...sebenarnya dah banyak kali saya cuba update blog saya tapi ada sikit masalah...saya tak boleh nak letak pic dalam blog saya ni...kenapa ek?..entah, saya tak tahu...saya bab-bab komputer ni lemah sikit...hehehe

Sunday, November 2, 2008

Taman Negara yang menyeronokkan...






Taman Negara merupakan compeny trip yang pertama saya sertai. Ia diadakan pada Ogos 2007, tahun lepas. Seronoknya tidak terkira apabila saya mentertai compeny trip ni. Maklumlah, saya ni suka berjalan-jalan. selain tu, dapat gak release tension dengan keje2 yang melambak...:)
Oleh kerana compeny kitaorang agak ramai pekerja, so ia di mpecahkan kepada 4 kumpulan. saya pergi trip pertama bersama 2 lagi rakan yang mewakili cawangan melaka. Kami akan bergabung dengan semua cawangan pantai premier dan rasanya lebih kurang 50 orang yang join team satu.
Semasa berada di sana, saya sungguh gembira. Selain dapat berkenalan dengan pekerja di cawangan lain (yang biasanya berurusan melalui telefon), saya dapat menikmati keindahanciptaan Tuhan. Pertama kali saya pergi ke tempat tersebut. Tak dapat di gambarkan perasaan saya. seronok.
Apa yang boleh saya katakan, saya heppy dengan compony trip kali ini. Ingat lagi apabila pertama kali naik bot panjang tu, melawat kawasan orang asli yang sememangnya ketinggalan dari arus pembangunan, jungle traccing yang meletihkan dan menyeronokkan (saya sampai ke puncak..:) , dan juga permainan 'paintball' yang seronok sehingga tak habis diceritakan sehingga balik trip.
Bagi anda yang gemarkan cabaran (jungle trackking), dan juga gemar akan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, tempat ini memang sesuai sekali. Jaun dari kesibukan kota, jauh dari pencemaran2, dipenuhi dengan air sungai yang jernih serta hutan yang kehijauan...:)

Friday, October 31, 2008

Minggu yang sibuk...

Fuh!...Minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi saya..kerja-kerja yang menimbun di opis begitu memenatkan ditambah pula dengan 'oncall' (kerja malam) membuatkan masa saya untuk bersantai terlalu terhad. Staff pulak tak cukup...saya terpaksa cover 3 department dalam satu masa...penatnya...sekarang boss da amik staff baru tapi terpaksa training selama 6 bulan...dalam masa enam bulan itu, terpaksalah saya bekorban sedikit. Deepavali hari tu, saya keje malam...seorang je...pagi esoknya sepatutnya saya half day tetapi terpaksa buat full day sampai malam...penat hanya Tuhan yang tahu..balik rumah saya terus lepak atas katil. laptop kat sebelah saya, saya pandang sepintas lalu je...rindu nak menaip tapi otak yang penat tak membuatkan saya tak mampu berfikir. anyway...saya hepi sebenarnya kerja kat sana kerana satu sebab...kawan-kawan kat sana best2...semua satu kepala...walaupun banyak keje tapi bila time buat lawak, tak boleh tak senyum...thanks my friends...:)

Thursday, October 16, 2008

Rayer...rayer...

Hari ni sudah 16 hari berayer...suasana hari raya semakin berkurangan...namun jemputan rumah2 terbuka menghidupkan suasana hari rayer...erm, banyak rumah lagi yang aku belum pergi...ingatkan weekend ni kene pergi jugak rumah member2 terdekat walaupun bz dengan keje tapi rasanya kene pegi jugak!!!!...Korang macammaner plak rayer kali ni?.....

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Esok merupakan hari terakhir berpuasa...past tu dah nak raya...emm, persiapan tahun ni banyak yang last2 minit...maklumlah sibuk sikit keje...esok pun saya terpaksa kerja...nak mintak cuti takleh sebab terpaksa bergilir amik cuti ngan member2 tapi time raya nanti cuti seminggu...ish, syoknya...anyway SELAMAT HARI RAYA semua...

Thursday, September 18, 2008

Sinopsis JAUH DI SUDUT HATI

"Mengapa hatiku terlalu angkuh untuk memberi kemaafan. Terlalu dalam rasa dendamku ini padanya meski bukan dia yang bersalah. Kasihku tumbuh untuknya. Cintaku mekar buatnya. Tetapi aku dikekang dendam dan azam yang ku tanam sejak lama dulu. Dia tidak layak untuk aku cintai...kerana dia yang telah menconteng arang ke muka insan yang paling aku sayangi..."

Tuesday, September 16, 2008

Novel Sulung...

Hai semua...
Dapatkan novel sulung saya yang bertajuk JAUH DI SUDUT HATI...Pengarang EZRA ELFIZZA...Penerbit NYLEA PUBLISHING...Harap anda semua dapat memberikan komen dan cadangan agar saya dapat terus berkarya. Terima kasih...:)

Sunday, September 14, 2008

Welcome....

Hai...Selamat datang kepada anda semua ke blog saya...ini merupakan kali pertama saya membuat blog...jika ada kekurangan dan kesilapan harap dimaafkan...mungkin ada yang bertanya siapa saya?...siapa Ezra Elfizza?...Jika anda merupakan penggemar novel di Malaysia, mungkin anda ada terlihat nama saya di antara beribu-ribu nama...anyway, Selamat Berpuasa dan teruskan melayari blog saya untuk tatapan seterusnya...bye...:)