My Novel

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010...



Happy New Year to all my friend...

BBQ...Family Gathering

Sabtu lepas, saya sekeluarga telah mengadakan family gathering dengan membuat BBQ. Sebenarnya dah lama nak buat BBQ ni tapi time ni baru terlaksana. Ye lah, bukan mudah nak kumpul ramai2...ada saja yang tak cukup...kali ni, semua adik beradik saya ada itupun saya baru jer balik dari kerja (so, saya terselamat dalam bab-bab menyediakan barang2 untuk BBQ...hehehe)

BBQ ni di adakan kat rumah makcik saya (depan rumah saya jer). So, makcik ngan atok saja join dan kebetulan mak teh saya dan anaknya pun ada. So, apalagi...jom layan gambar2 yang sempat di snap...(semua gambar makanan, gambar orang tak boleh nak pamerkan kat sini...huhuhu)


Mula-mula nak hidupkan api, susah gak...ambil masa gak nak bakar kayu arang nih...

Panjangnyer tempat BBQ ni (ori tau...buatan sendiri)...

Antara makanan yang di jadikan BBQ...
Ayam, daging, ikan, udang, sotong, kerang...yummy!!!
Macam-macam ada...
Ayam yang baru hendak di panggang serta kerang bakar...(saya suka kerang bakar...hehehe)
Ikan bakar...(yang hitam tu ikan yang mula2 dibakar...rentung...hahaha...tapi dah licin dah sebab kulit jer hitam...isinyer sedap bangat!!!)

Keseluruhannya...saya puas hati dengan rancangan kami ni...ternyata berjaya...sekarang baru tahu kenapa ikan bakar mahal...panas woo nak bakar dia...hehehe)

Sunday, December 20, 2009

Sarapan Pagi Minggu...Spagetti...

Pada awalnya, menu ini nak buat hari Sabtu petang...tapi memandangkan saya kerja malam, jadi ditunda Ahad...Tapi akak saya plak nak balik Seremban Ahad petang...nak tak nak, kami buatlah menu ini waktu sarapan pagi...Jomlah makan...hehehe


Spagetti yang best...(cili padi tu saja letak sebab adik-beradik saya ni kalau makan mesti nak ada yang pedas2)


Siap untuk di makan (pinggan ni besar sangat plak...hehehe)


Makaroni Bakar

Balik saja dari kerja jumaat lepas, saya tengok akak ngan adik2 saya dah bersedia kat dapur. Diaorang kata ada resepi baru (baru bagi kamilah...huhu). Kitaorang memang macam ni. Exited sikit kalau ada resepi baru. Past tu, saya terus join diaorang. Buat Makaroni Bakar....Jom layan gambar yang sempat saya snap...



Ini dia Makaroni Bakar yang baru siap di bakar...sekali pandang macam pizza...hehe

Siap di potong...tapi leper sedikit sebab kitaorang tak ada loyang kecil...


Percayalah...sedap bangat!!!




Wednesday, December 16, 2009

Facebook...borak kosong...


Adik-beradik saya memang gila facebook..tiap2 hari boleh kata tengok dia orang bukak FB...main game...dia orang suruh saya join, saya malas...(haha...saya ni memang malas bab2 nak buat benda baru nih)

Mula2 saya kata saya tak akan buat FB...tapi bila ramai sangat dah berkata mengenai FB yang boleh cari balik kawan2 lama, saya try lah..time tu adik saya dah perli2.."kata tak nak buat FB" katanya...and then saya balas,,,"aku buat tapi tak nak main game,"

Saya selalu tengok adik2 saya main game...best katanya...sesekali saya tengok gak dia orang main...nice jugaklah tapi saya tekadkan diri tak nak main...bukan apa, saya nih suka gak main2 game macam tu tapi saya pk, kalau saya main, saya akan buang banyak masa saya...sudahlah masa saya begitu terhad...nanti semuanya tak siap...manuskrip ke mana, cerita tergantung...entah apa-apa tah...

Harap2 saya dapat bertahan...sekarang sedang menulis manuskrip terbaru (tak tahu bila boleh siap)...idea banyak datang tapi masa untuk menaip agak terhad...huhuhu...




Monday, December 7, 2009

Kaki Kipas....bencinya!!!

(gambar adalah hiasan semat-mata)


Hehehe...Dah lama tak update blog ni...Update saja tiba-tiba nak melenting pasal si kaki kipas...huhuhu...

Kat opis korang ada tak orang sebegini?...Saya paling tak suka orang yang kipas2 bos ni. Depan bos punyalah baik giler...belakang...fuh...malas nak cakap. Depan bos, semua kerja dia buat. Pendek kata sibuk semacam..tapi bila bos tak ada, dia duduk kat tempat dia sajalah. Kerja yang berlambak dia buat tak tahu.

Baru2 ni saya dengar, bos rekemen kan dia naik sikit level kat opis. Saya buat tak tahu saja. Datang sorang member saya terus kata kat saya..."Zi, dia tu tak layak jadi senior". Member saya memang tak puas hati dengan dia.."Alah apa susah. Kalau ada apa-apa, doktor complain ke, tolak lah kat dia," balas saya.

Tapi, selama ni si kaki kipas ni selalu mengelak. Kalau ada doktor nak cakap, nak tanya, dia memang tak nak jawab. Kalau mesin buat hal, dia tak nak ambil port. Kalau result keluar pelik2, macam mana nak buat, dia buat tak tahu. Ada sekali, saya dan kawan saya teragak2 nak release result...tanya dia sebab dia senior. Dia jawab tak tahu then terus blah. Dia tak nak bertanggungjawab. At least bagilah idea nak buat apa. Discuss sama-sama ke. Akhirnya, saya jugak yang setelkan.

Pernah suatu ketika...ada satu test yang jarang sangat buat. So, terpaksalah budak junior yang cover dept tu buka buku. Dan si kaki kipas ni buat tak tahu, seratus-peratus serahkan kat budak junior walhal itu dept dia. Dia senior kat dept tu. Akhirnya, saya yang dept lain yang datang tolong. Sama2 buka buku...sama2 baca...Kalau tak ada perasaan tanggungjawab, peduli apa saya. Itu bukan dept saya! Dan yang geramnya, lepas tu dia beritahu semua orang dia yang buat!!!!!

Tapi silap oranglah...sebab 90% dari budak opis adalah geng2 saya...hahaha...

Tapi nak buat macam mana. Bos suka giler kat dia sebab depan bos dia baik sangat...Cakap penuh sopan tapi dengan kita orang, marah tak tentu pasal...Tak macam saya...selamba je...bos ada ke tak ada ke...peduli apa saya...Saya nak gelak ke nak berbual ke...tak kisah asalkan kerja saya siap dengan canggihnya..huhuhu...






Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha...

Salam Aidil Adha buat semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan-rakan penulis, rakan-rakan yang mengenali diri saya, pengunjung blog ini dan semua umat Islam...
Salam Aidil Adha...

Wednesday, November 25, 2009

Mini Novella Lakaran Rindu : Kini Di Pasaran!!!




Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.

Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?. Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.


Dapatkan juga mini novella2 dari Fajar Pakeer...


(Gambar dari blog FP)

Tuesday, November 24, 2009

Port Dickson Team Building 2009 : Fun and Enjoy!!!

Peserta-peserta team building group 1 (dari semua branch Pantai Premier)
Kumpulan saya yang di beri nama 'King Cobra'. We're the best...huhuhu


Game paling best, Pirates of Carribean (kat depan tu semua hot mama...hahaha)


Wakil Premier Melaka bersama facilitator2

Kami berempat wakil Premier Melaka



Pada entri yang lepas, saya ada menyatakan yang saya tidak menyertai team building kali ini. Memang pada awalnya saya tak jadi pergi tapi member saya yang seorang ni nak sangat pergi. dia minta saya temankan. Jadi, saya pun kumpul beberapa orang yang antara hendak dan tidak. So, kitaorang redah je...

21-22 November 2009, bertempat di Port Dickson. Pada awalnya, saya macam rasa tak best. Ye lah, saya ni malas bab-bab kerja berkumpulan. Saya tak suka buat aktiviti2 indoor. Kalau main2 tu tak apalah. Saya suka. Tapi, segalanya meleset. Jangkaan saya tak tepat. Saya rasa begitu seronok sehinggakan saya merasakan masa tak cukup dan nak teruskan lagi...

Seronok...Itu yang saya dapat katakan. Walaupun di beri tugas berkumpulan tetapi bila melaksanakannya, rasa hepi. Enjoy and fun!. Antara tugasan, kami di minta memberi nama kumpulan, buat bendera kumpulan dan juga lagu untuk kumpulan masing2. Kumpulan saya kita orang sepakat memberi nama King Cobra...Kumpulan yang glamor sebab ada maskot King Cobra...hehehe...Antara kumpulan lain : The Viking, Thundercats, Upin & Ipin, Eagle Warrior, Hoo Haa Haa...

Tugasan lain, kami di beri alat muzik asli yang berupa baldi, tin minuman yang berisi pasir, gayung dll...di beri 10 minit untuk membuat persembahan lagu, menyanyi, menari...hehe...time ni paling seronok dan kelakar..Walaupun mula2 tu tension gak sebab nak pk nak buat apa...last2, kitaorang redah je dan malam tu kitaorang semua enjoys gila...ketawa macam nak pecah perut. Apa yang penting, kita kena sporting...baru rasa enjoy dan fun!

Antara game yang berjaya menambat hati saya ialah Pirates Of Carribean (betul tak eja ha?.)..Kira macam treasure hunt lah. Time tu semua kami di minta menjadi lanun. Habis muka conteng2. Yang paling kelakar, setiap kumpulan mesti ada kapten dan hot mama. Dan hot mama (lelaki) di minta pakai pakaian perempuan yang berupa 'bra', kain dan mekup. Tabik untuk diaorang yang begitu sporting dengan pakai bra sambil jalan sekeliling hotel.

Dan kemudian, kami di beri soalan dan juga cabaran. Saya paling suka bab cabaran. Yang memaksa kitaorang menyelam dalam swimming pool dan juga bermain pasir. Semangat satu pasukan paling penting. Walau apa pun cabaran yang di beri, semuanya redah je. Yang penting nak selesaikan semua tugasan. Tahniah untuk semua team!.

Masa terlalu singkat. Cuma 2 hari 1 malam. Time nak balik tu, kitaorang ditayangkan gambar2 candid sepanjang team building. Apalagi...pecah perut ketawa. Dan sedih saat nak balik...Entah bila lagi dapat merasa semua ini...Hope tahun depan, akan lebih menyeronokkan lagi...

Thanks kepada semua yang terlibat...kawan2...rakan2 premier yang dah kenal mahupun yang baru je berkenalan..facilitator (tak ingat syarikat mana)...I really2 enjoy and saya rasa semua yang hadir juga enjoy...


*Pertama kali saya terlibat secara sepenuhnya dalam team. Biasanya saya jadi pengikut je tapi kali ini...hehe...kira boleh jadi leader nih!

*Dalam gambar saya nampak gemuk...Saya rasa saya dah gemuk ni...Tak boleh jadi..Mulakan diet!!!

*Branch yang ambil bahagian dalam group 1 (Melaka, Pandan Indah, Bangsar, Kuantan, Johor, Cheras, Klang, Batu Pahat...(ada lagi tak ha?)

*Selepas ni ada tiga lagi group yang akan pergi...



Tuesday, November 17, 2009

Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi

Peserta bengkel bersama dua novelis
(Gambar dari blog Alaf21)

Novelis RAM dan Eyman Hykal memulakan sesi bengkel
(Gambar dari blog Alaf21)


Peserta bengkel tekun menimba ilmu
(Gambar dari blog Alaf21)

Saya dan novelis terkenal Ramlee Awang Mursyid
(Gambar saya: Eh, kenapa saya nampak gemuk nih?...)
(Tak sempat bergambar dengan novelis Eyman Hykal)



Sabtu lepas 14 Nov, saya menyertai Bengkel Penlisan Thriller dan Aksi yang dianjurkan oleh Alaf21. Ini merupakan bengkel penulisan yang pertama yang saya hadiri. Tujuan saya menghadiri bengkel ini adalah untuk mendalami ilmu penulisan dan juga menambah pengetahuan untuk penulisan berbentuk triller dan aksi (eh, kenapa ayat skema nih?...hehehe)

Saya sebenarnya minat novel berbentuk thriller dan aksi. Saya amat kagum dengan novel2 karya Ramlee Awang Mursyid. Novel dia lain dari yang lain dan saya mula suka novel-novel RAM sejak membaca Bagaikan Puteri dan saya sekarang sedang cuba mendapatkan novel2 RAM yang lain.

Berbalik pada bengkel tersebut, banyak pengetahuan yang disampaikan novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan juga Encik Nordin yang dikenali dengan nama Eyman Hykal. Mereka tidak lokek ilmu dengan mengajar peserta bengkel pelbagai ilmu untuk menghasilkan gren novel sebegitu. Banyak ilmu yang kami perolehi dan ada skil-skil yang diajar yang selama ini saya tidak pernah gunakan pada novel2 saya sebelum ini.

Kami terlalu teruja dan seronok sehinggakan masa makan tengahari pun terlajak. Waktu balik pun terlajak juga kerena masing-masing teruja untuk bertanya. Masa terasa berlalu begitu pantas dan saya rasa terlalu singkat bengkel ini. Namun, saya ucapkan terima kasih pada Alaf21 kerana menganjurkan bengkel ini dan seronok juga dapat berkumpul dengan rakan2 penulis dan ada yang baru hendak menulis. Penulis atau bukan, tiada bezanya kerana kami mempunyai satu persamaan iaitu minat!

Apa-apapun seronok sangat bengkel ni. Dapat jumpa ramai kawan dan dapat bertemu novelis terkenal...Thanks kepada semua...




Wednesday, November 11, 2009

Ragam 7 : Tidur...ZZZZZ


Dah lama saya tak masukkan segmen ragam...korang semua perasan tak?..hehehe...pada awal blog saya ni, banyak saya selitkan pasal ragam manusia...tetiba terlupa...then ni baru ingat plak...hehehe...jom layan ragam seterusnya...

Tidur....bagaimana dengan tidur anda?...Saya pernah bertanya kepada seorang rakan opis, kenapa muka dia nampak letih je?. Tak bermaya?. Nampak mengantuk..."Malam tadi tak boleh tidur." katanya. " Kenapa?." tanya saya lagi. " Susah nak tidur.". Rupa-rupanya kawan saya ni jenis yang susah nak tidur. Sehinggakan dia terpaksa jumpa doktor kerana masalah dia ni dan ada kalanya dia ambil pil tidur semata-mata untuk tidur. Sampai begitukah?...

Saya memikirkan tentang diri saya. Saya juga ada masalah tidur. Bukan susah tidur tapi senang tidur. Letak je kepala kat bantal, sekejap saja saya terus '.out'. Kadang2, bengang juga saya. sepatutnya masa2 itu saya boleh buat banyak benda-benda lain. Boleh taip manuskrip tapi saya tidur pula. Kadang-kadang di awal jam 9 dah tidur. Ruginya masa...

Tapi nak buat macam mana...Itulah cerita tidur saya. Memang saya seorang yang senang tidur. Kalau tengok cerita di televisyen sambil baring, saya mesti terlelap...kalau menaip, sekejap je dah terlelap...pendek kata, kepala saya ni tak boleh letak kat bantal...mesti senang tidur punya...

Korang cam ne plak?...
*tapi saya tak leh lawan mak saya...mak saya letak je kepala kat bantal, tak sampai dua minit dah tidur...huhuhu...emakku...*

Saturday, November 7, 2009

Marble Cheese Brownies

Saya tak sempat nak snap gambar full kek ni. Dah makan, baru teringat nak snap...

Kek tak sempat sejuk dah tinggal setengah


Setelah di potong kecil2

Nampak macam best je...hehehe







Eh, jangan keliru. Ini memang blog ezi-sweetworld. Hehehe...sejak bila blog saya ada resepi nih?...Huhu...
Sebenarnya, dari minggu lepas, saya dah aim nak buat Marble Cheese Brownies ni setelah saya teruja melihatnya di blog kak Fiza Nordin (suka sangat tengok blog kak Fiza. Macam2 makanan ada dalam tu). So, hari ini (sabtu) barulah berkesempatan melaksanakan projek ni.
Percubaan kali pertama ni di kira berjaya walaupun kek yang di buat tidaklah secantik kek Kak Fiza tapi rasanya boleh tahan. Sedap. Hehehe...(bukan saya sorang yang kata ye). Design atas kek pun nampak bercelaru sikit tapi kira okeylah. Sekejap je, kek ni dah licin apatah lagi sepupu2 saya balik kampung minggu ni.
Ump...sedapnya...trylah buat!...

Friday, November 6, 2009

Susahnya...Kalau Dah Kawan...



Senang tak kalau nak tegur kawan sendiri?. Bagi saya lebih senang tegur orang lain berbanding kawan sendiri sebab kalau dah member...kita tegur takut terasa pulak...paling teruk takut sampai putus kawan...ada ke macam tu?...

Pagi tadi, time keje, saya masuk keje pagi. Hanya dua orang yang masuk pagi. Habis settlekan sample pagi lebih kurang jam 8.30 (biasalah waktu-waktu macam ni). Saya tengok jam, 8.30 masih tak ada orang yang masuk keje. Mana pergi semua orang ni?. Saya buatlah sikit2 sample yang ada (sepatutnya time breakfast untuk orang masuk pagi). Saya belek jam lagi...8.40...masih kosong. Saya terus ke department saya (lab belakang). Releasekan report yang boleh keluar (biasanya saya tak breakfast sebab dah sarapan kat rumah). Saya ke depan semula untuk ambil report yang saya dah print (departmen saya tak ada printer..huhu...sedihnya). Saya tengok masih lagi lengang, cuma ada dua orang saja yang da start keje. Saya belek jam...8.50...Saya tanya member saya.."Mana pergi semua orang ni?. Tak keje ke?."...Member saya pun jawab..."Diaorang kat pantri. Makan."

Saya mula hot. Bukankah sekarang time keje?. Kenapa nak makan pula?. Kalau setakat lambat lima minit, tak apalah. Ini sudah masuk jam 9. Ada sesetengah budak opis saya memang begini. Sudahlah punch card sharp 8.30, lepast tu terhegeh-hegeh beli makanan...Dah tu makan sambil borak2...pukul berapa nak start keje?.

Saya bukannya aper...Saya bukanlah jenis yang berdisiplin. Kat sekolah dulu, saya selalu langgar peraturan sekolah. Saya ni memang tak berdisiplin langsung. Kalau tak, dah lama novel saya siap...hehe..Tapi, kerja di makmal tak macam kerja di opis biasa.(merujuk opis kakak dan adik saya). Kerja kat sini, sentiasa ada. Sample sentiasa datang tak kira waktu. Kalau orang pagi rehat kul 8.30...dan orang yang masuk kul 8.30 tak start keje...so, macammana dengan sample yang berlambak kat depan tu?...Sudahlah sejak akhir2 ni doktor asyik complain kenapa result lambat?. Kenapa test begini begini pun ambil masa lama?...

Saya kalau boleh cuba clearkan yang mana boleh. Buat semua kerja, biar result sampai kat doktor cepat. Barulah tak ada complain. Tapi...takkanlah saya seorang nak cover sampai 7 departmen?.

Berbalik pada cerita tadi (panjangnya memalut), saya terus ke pantri. Ingatkan nak sound jugak budak2 junior ni. Tapi kat dalam tu ada member saya. Dah member, so, saya pun tak bolehlah sound. Tapi saya tetap tegur. saya cakap baik2 dengan dia.." Eh, kau masuk kerja pukul berapa?." nada perli nih." 8.30." balasnya dia selamba. " Sekarang ni dah pukul berapa. Sample ada tu." " Alah, rilekslah Ezi. aku nak makan ni." " Sekarang ada sample tau. Dah 8.50 ni."

Saya terus pergi dan member saya merajuk. Mungkin...eh, bukan mungkin. Dia memang marahkan saya. Saya tegur dia pun dia buat tak layan dengan muka tak pandang langsung kat saya. Salahkah kalau saya tegur dia?. Salahkan kalau saya beritahu dia?.

Sebenarnya, ada juga orang lain dah cakap kat saya pasal member saya ni tapi saya buat tak layan je. Tapi sekarang saya tegur dia, dia marah. Dulu ada member saya yang lain tegur dia (tapi cara agak kasar), dia marah. Katanya cara tak kena. sekarang saya tegur dia cara yang baik, dia tetap tak leh terima.

Memang susah nak tegur kawan sendiri. Tegur secara senyum2 pun salah. Saya dah malas nak fikir. Biarlah dia fikir sendiri apa yang saya kata. Jangan sampai esok orang lain complain, baru nak berjaga2.
Susahkan....kalau dah kawan...

Tuesday, November 3, 2009

Workaholickah saya???


Workaholickah saya?...Entahlah...saya rasa sejak akhir-akhir ni saya memang seorang yang workaholic...Apabila melihat jadual kerja saya...fuh!...rasanya selama sebulan tu tiada cuti mahupun Sabtu dan Ahad...semuanya kerja..

Bulan lepas, hampir sebulan saya bekerja...sudahlah sebulan, malam pun kerja...kerja malam bukannya pagi tu tak kerja...kerja jugak...contohnya kalau saya kerja malam, pagi tu saya kerja...pas tu balik rehat 5-6 jam, pergi kerja semula sampai pagi..lepas tu, rehat dua jam, masuk balik kerja...bila balik rumah, saya dah pengsan (tidur) dan esoknya kene kerja pagi lagi...Hari Sabtu dan Ahad pun saya kerja...kalau tak cover lab depan, saya kena cover lab belakang (lab belakang hanya dua orang je yang boleh buat)...kadang2 lepas cover depan, kena stay cover belakang sampai petang...

Memang gila sikit cara kerja saya tapi nak buat macam mana...makmal hospital kena beroperasi 24 jam...Kalau saya kerja, memang tak pelik tapi kalau saya ada kat rumah, makcik saya (sebelah rumah) mesti tanya, " Kau tak kerja ke, Ngah?."...Huhuhu...dan kalau saya tengok jadual saya kosong...memang pelik semacam je...dan bila hari minggu saya duduk di rumah...tak buat apa2 selain tengok TV atau buat kerja2 rumah (idea menulis tak ada), saya terasa.."kerja kan bagus...adalah duit masuk.'...hehehe...

Workaholickah saya?....

Melihat kesibukan saya, ramai kawan2 saya bertanya..."Ezi, bila kau menulis?. Aku tengok kau 24 jam kat lab ni. Kerja je."...Itu antara soalan yang kerap diajukan kepada saya. Maklumlah, memang muka saya je yang hari2 ada kat makmal tu. dah macam rumah ke dua saya...Tapi saya katakan saya menaip bila ada masa lapang...Biasanya waktu malam, kalau saya tak kerja malam...Lagi soalan untuk saya..." Ezi, macam mana kau boleh buat novel?. Sempat ke kau buat?. Tak penat ke?."...Saya jawab sepatah..."Minat."...Ya, kita tak akan rasa terbeban apabila melakukan sesuatu yang kita suka...Malah adakalanya saya rasa tak sabar untuk menaip bila idea datang...tapi kat opis, saya memang tak boleh menaip langsung...Maklumlah, pekerjaan saya di hospital...dengan specimen2 manusia yang kena pakai glove sentiasa...faham kan?...Hehehehe...

Friday, October 23, 2009

Apa nak kata???

Kelmarin, kecoh satu opis akan destinasi Compeny Trip tahun ni..Hah?..Biar betul?...Sedikit kecewa apabila saya tahu tempat Compeny Trip tahun ni. Port Dickson (PD)!!!...
Bukanlah nak kata PD tu tak best atau apa...tapi PD tu dekat dengan Melaka dan banyak kali gak saya ke sana...Macam tak best plak Compeny Trip buat buat kat situ. Berbanding tahun lepas, di Pulau Perhentian dan tahun sebelumnya di Taman Negara...semuanya tempat yang terkenal...
Saya nak pergi!!!...Saya sebenarnya tak kisah di mana...saya nak pergi gak tapi semua geng2 saya tak nak pergi..."Dah biasa." "Tak best ar gi dekat2." Itu antara alasan diaorang dan akhirnya tak de seorang pun yang nak pergi. So, saya terpaksa tak join Compeny Trip tahun ni...huhuhu...
Dengar khabar tahun ni budget tak de. Sebab tu lah buat dekat2 je...Tapi bebudak Melaka ramai tak gi...mungkin branch lain ramai yang join terutama branch di utara...Diaorang mesti teruja untuk datang ke Port Dickson...Apa-apa pun hope, hope diaorang enjoy...huhu...sedihnyer...

Tuesday, October 13, 2009

Aku Yang Poyo : Korang Memang Best!!!

Cerita ini berlaku beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri. Sekarang baru saya sempat masukkan dalam blog ni...Al-kisahnya, beberapa hari sebelum raya, keadaan dalam makmal amat best...Mana taknya, sampel tak banyak, kerja pun tak sesibuk sebelum-sebelumnya. Mungkin dekat2 nak raya, orang dah terlupa sakit or semua menjaga kesihatan sebab nak raya...huhuhu...
Saya yang kebosanan time tu, entah mana datang idea nak pekenakan member2 opis...Saya datang kat sorang member ni sambil menunjukkan handphone saya...." Eh, cuba kau tengok mesej ni."..." Kau nak tengok gambar kelakar tak?."...Itu antara ayat saya ketika cuba pekenakan diaorang...bila diaorang tengok je handphone saya, saya terus snap gambar diaorang (guna kamera hadapan hp)...Past tu saya bantai gelak tengok reaksi diaorang...hahaha...Saksikanlah gambar2 candid bebudak opisku...huhuhu...
Ni member yang paling last kena candid. Kitaorang dah gelak2 tengok gambar bebudak lain. Tetiba dia pun nak tengok. " Akak nak tengok gak gambar apa tu." Ujar dia beriya-iya nak tengok apa yang kitaorang gelakkan. Mula2 saya tak bagi. Saja berlakon agar dia yakin yang gambar kat handphone saya tu betul2 rahsia...dan akhirnya....huhuhu

Member saya yang ni pula siap dah ketawa dulu sebelum tengok gambar...Dia gelak sebab tengok kitairang elak. Time tu saya and member saya dah gelak sakan sebab dapat kenakan orang...huhuhu...
Mamat ni pulak dah beberapa kali nak tengok 'gambar kelakar' yang kitaorang gembar-gemburkan tapi saya tak bagu. " Rahsia." kata saya. Tapi akhirnya saya bagi gak...tengok muka dia...hahaha...ni muka top ten nih!...
" Apa tu, nak tengok." Aik, minah ni pun nak tengok gak apa ada kat handphone saya. Member saya ni pun saya tak bagi tengok tapi kesian dia nak tengok gak...Nah tengok lah!...Heheheh...

Muka member saya yang sorang ni saya tak puas hati sikit sebab terlalu cool coz saya nak gelakkan dia lebih2 sebab dia selalu gelakkan orang...tapi gambar candid dia macam tak jadi sikit lah...
" Eh, cuba kau tengok mesej ni. aku tak fahamlah." Saja saya berlakon. Time tu dia sedang menaip sesuatu. " Mana?." Dia berpaling dan...." Jahatlah you ni!."...Hahahaha...dah kena!.
Sorang lagi member yang beriya-iya sangat nak tengok apa yang kitaorang dok gelak tengok hp...Dan gambar dialah yang kitaorang gelak sakan...Mata ayunyer...huhuhu..." You jahatlah kak Ezi!."..." Hai, baru tahu ke?."..Haha...
" Kau baca mesej ni. Aku tak fahamlah." Saya mula mengayat. " Mana?." Bila dia tengok je, saya terus snap...huhu...Muka poyo...Member saya ni orang kedua yang kena dan lepas tu, dia tukang gelakkan orang lain dan siap bagi saya nama untuk mangsa seterusnya...
Member saya sorang ni dah siap senyum dari awal sebab time tu kitaorang tengah gelak gila2. Dia pun aspek gambar kelakar so, dia dah prepare senyum...
Ini mangsa pertama dan mengilhamkan idea saya untuk kenakan orang lain...Dia pun blurr kenapa ada muka dia dalam handphone saya...huhuhu...Past tu dia, saya and mangsa yang kedua tadi, cari mangsa2 yang seterusnya dan kitaorang gelak gila2 punyer...
Kerja gila saya tak mengenal umur...Senior pun kena gak...huhuhu...Tapi senior ni memang sporting...Siap gelak2 lagi bila tahu dia kena candid...


Haha...ini antara member2 opis saya. Saja saya masukkan entry ini bukan untuk mengenakan sesiapa. Sekadar berkongsi kenangan manis antara kita semua. Manalah tahu, satu hari nanti, ada yang pindah ke, bertukar tempat lain ke, atau apa-apa jer, sekurang2 nya bila tengok gambar ini, pasti akan menguntum senyum apabila teringatkan kenangan di saat ini.
Buat kawan2 sekerja, terima kasih kerana menceriakan hari2 saya di makmal. Kerana ada korang semua, saya tak rasa bosan sepanjang bekerja. Malah, seronok dapat kenal korang terutama geng2 MJJ (huhuhu....). Walaupun adakalanya kita tension bila kena marah dengan doktor, tension bila kena marah dengan boss, sakit hati bila kena maki dengan doktor, penat dengan kerja yang bertimbun bila ada promosi, geram da marah bila mesin buat hal...dah tu doktor nak result cepat pulak tu..terpaksa stay back nak siapkan semua dokumen untuk audit...tapi semua tu adat dalam bekerja dan menjadi sedikit mudah dengan adanya korang...Apa2 pun wish persahabatan ini berkekalan selama-lamanya...dan Korang memang best...(esp geng2 MJJ)...


" Ezi, kau tak nak kenakan boss ke?."
Huhu...jangan kata kena marah, entah2 saya dapat surat warning letter nanti...huhuhu...








Monday, September 28, 2009

Di Hari Rayer...



Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan yang mengenali diri saya. Rumah saya sentiasa terbuka untuk anda. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. Salam mesra dari saya...
(Hehehe...sebenarnya saja nak interframe gambar sendiri...Huhuhu...jangan marah ha...)

Cerita Rayer...

Syawal datang lagi...Huhu...Rayer tahun ni merupakan rayer kedua saya sekeluarga beraya di rumah ini. (rumah ini siap di bina pada bulan puasa tahun lepas). Meriahnya tetap terasa kerana rumah pun dekat dengan kampung (sebelah je...hehehe)...Apa yang boleh dikatakan, rayer tahun ni merupakan rayer yang banyak berjalan. Dari awal cuti hingga cuti abis, asyik jalan berayer jer...Apa-apapun, layan gambar2 rayer...huhuhu

Happy Family

Adik Beradik Saya

Anak-anak dara mak saya
Kuih pelengkap Aidilfitri

Bermaafan di pagi rayer...(lakonan semula...huhuhu)


Salam nak duit rayer lah tu...


* Ingatkan cuti panjang boleh siapkan manuskrip...em...hampeh...huhu