My Novel

Saturday, December 15, 2012

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Minggu lepas, saya, hubby dan Aimee pegi ke MITC melaka. Ada showcase SATU DAERAH SATU INDUSTRI. Jom layan story..

Ini sticker yang di tampal pada semua pengunjung yang datang..

Upsss..Aimee kena tampal kat belakang da...

Jumpa taukeh jambu kat sana. Hubby yang over..kata Aimee yang nak bergambar..hehe..

With angah maharajalawak..Aimee tidoooo...

Ok..itu sajer citer singkat..Nak cepat sebab Aimee da bangun..hehe..
See next entry..:)

Tuesday, December 4, 2012

Aimee ke sekolah

Hari pertama.. 

"Ummi, kenapa kejut Aimee pagi2 ni?"
"Aimee kena bangun awal..nak pegi sekolah,"

"Sekolah? Best tak ummi?"
"Best, ada ramai kawan"

"Tapi..ummi tak ada. Siapa nak jaga Aimee?"

Waktu rehat, saya pegi nursery tengok Aimee..time tu dia tengah nangis..saya dodoikan dia..dan Aimee pun tido..Aduh, tak sampai hati nak tinggalkan Aimee..


Hari ke dua..

"Ummi, Aimee tak nak gi sekolah"
"Kenapa sayang?"
"Nanti Aimee nangis, tak ada orang nak layan. Tak ada orang nak dukung Aimee,"

"Nanti waktu rehat, ummi datang ye"
"Ummi datang? yea yea.."

Waktu rehat, saya tengok Aimee lagi. Kali ini dia tak menangis. Aduh, kalaulah sy kaya..da lama saya berenti keje..jaga Aimee..

Semalam hari pertama saya hantar Aimee ke nursery. Memang sedih. Tak sanggup nak tinggalkan dia dengan orang lain. Apatah lagi bila rehat sy pergi tengok, Aimee sedang menangis. Aduh, sayu hati seorang ibu.

Esoknya..waktu rehat, Aimee tak nangis. Dia ketawa2 bila saya main2 ngan dia. Senang sikit hati saya tengok Aimee tersenyum.  Aimee memang manja. Bukan sengaja nak manjakan Aimee tapi bila tengok muka comel dia, siapa yang tak nak manjakan dia..

Aimee Nur Aqeelah..ummi sayang Aimee..

Tuesday, November 27, 2012

Tahniah hubby!

Sudah hampir dua minggu saya masuk kerja setelah lama bercuti. Masuk saja kerja, berborak sakan dengan member2..almaklumlah..cuti lama, banyak cerita yang nak diborakkan dan soalan yang 'hot' pada waktu itu..

"Ezi, siapa jaga anak kau?"
"Husband aku"
"Dia duk rumah mak dia ek?"
"Tak de lah. ada kat rumah. dua orang dengan anak aku,"
"Eh, boleh ke husband kau jaga baby?"
"Entah..dia kata ok..oklah kot,"

Bukan seorang dua yang hairan apabila saya katakan husband saya jaga Aimee. Diakan cikgu sekolah. Sekolah kan cuti. Bagi saya apa yang nak di hairankan? Jika saya boleh menjaga baby sekecil itu, pasti hubby pun boleh. Tetapi apabila difikirkan semula. Bukan semua lelaki yang boleh menjaga anak kecil apatah lagi baru berusia dua bulan. Perkara yang biasa bagi saya menjadi luar biasa bagi kawan2. Ada yang sempat berkirim salam pada hubby dan mengucapkan tahniah.

Tiba2 saya menjadi kagum dengan suami sendiri. Sanggup menjaga baby kami dan menanti saya balik kerja. Oh, sayang..tahniah!


Anak abah..keletihan..

Di Johny Jusco. Sambil menanti makanan..hubby jaga Aimee..

Kalau pergi ke mana2, hubby akan dukung Aimee. Saya follow ajer. Tak larat dukung lama2..Aimee semakin berisi..

Tengok kolam renang. Aimee kalau berjalan, asyik tido ajer..

..Love my beautiful life..

Monday, November 26, 2012

Ops!



Aduh! menggeleng kepala saya melihat jarum mesin penimbang berat..seketika saya termenung..kemudian tertawa..haha..macam orang gila la plak..Apa taknya..selepas bersalin, berat saya tak sama macam dulu2..memanglah orang kat takkan sama tapi..banyak benar bezanya..dan secara fizikalnya pun saya dah nampak berisi.

Berat saya sebelum mengandung 48kg..semasa hampir bersalin 64kg..dan selepas bersalin 57kg..waduh2..kok kurangnya 7kg saja? yang lagi 9kg bagaimana nih?

Aduh! jadi bagaimana? Nampaknya saya harus menjalankan operasi diet dengan bersungguh2..tapi bagaimana seorang pencinta makanan nak berdiet?..Hmm..mengeluh seketika.

Hanya ada dua pilihan..berdiet untuk kembali seperti dulu atau paling tak pun..lebih kurang dulu ataupun..kekal berisi seperti sekarang atau bertambah lagi..

Pilihan saya..diet! Sesuatu yang sukar untuk saya lakukan..huhu..

Sunday, November 4, 2012

MPH BOOKFAIR NOV 2012

4 November 2012..MPH MYDIN di melaka mengadakan bookfair dan sy telah diundang (oleh penerbit Fajar Pakeer) untuk menjayakan sesi bersama penulis. Mula2 tu rasa mcm tak bole nk dtg memandangkan ada baby kecil tapi syukur hubby memahami minat sy yang satu ini. Jadi, hubby lah yang jaga Aimee..hehe.. 

Sy hanya penulis biasa..tidaklah seglamor mana..tp disebabkn minat yang mendalam, sy tetap menulis biarpun faktor masa menjadi penghalang sy di saat ini. Dan sy tetap jua dtg memberikan kerjasama pd penerbit yang tlh byk memberi peluang pd karya2 sy disamping mempromosi 2 buah buku sy pd hari itu iaitu Persis Puteri dan Anak Patung Terbang. 

4
Banner..

Bersama penulis hebat kak Maria Kajiwa
Bergambar bersama pembaca

Sessi tandatangan..

Terima kasih kpd Fajar Pakeer krn memberi sy  peluang ini..:)

Adi Wazhif : Tahniah Along

14 Oct 2012..kakak sy selamat melahirkan seorang baby boy sebarat 3.15kg. Nampaknya..Aimee da dpt sepupu..hehe..Apa2 pun tahniah buat along dan bang long di atas kelahiran putera mereka Adi Wazhif.


Tahun ni mak dan abah dpt cucu sepasang..Aimee dan Adi..:)

Monday, September 24, 2012

Lambang Cinta : Aimee Nur Aqeelah

8 September 2012 pada jam 8:05 malam..saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kg secara normal. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan ini. Sungguh, sukar untuk percaya saya telah melalui pengalaman melahirkan. Dan seperti mimpi saya kini bergelar ibu.

Seindah namamu Aimee Nur Aqeelah. Lambang kasih umi dan abah. Syukur yang tidak terhingga di atas Anugerah Tuhan ini. Syukur yang teramat atas kebahagiaan yang Tuhan kurniakan. Syukur di atas segala yang Tuhan telah rencanakan untuk saya.

Apabila mengenangkan kisah dulu..

Saya bersyukur..

Tuhan tidak memberikan apa yang saya inginkan tetapi Tuhan memberikan apa yang saya perlukan..

Di sebalik awan yang mendung..Tuhan mengirimkan pelangi yang indah..

Tuhan..terima kasih atas bahagia ini..