Friday, October 23, 2009
Apa nak kata???
Tuesday, October 13, 2009
Aku Yang Poyo : Korang Memang Best!!!
Ni member yang paling last kena candid. Kitaorang dah gelak2 tengok gambar bebudak lain. Tetiba dia pun nak tengok. " Akak nak tengok gak gambar apa tu." Ujar dia beriya-iya nak tengok apa yang kitaorang gelakkan. Mula2 saya tak bagi. Saja berlakon agar dia yakin yang gambar kat handphone saya tu betul2 rahsia...dan akhirnya....huhuhu
Member saya yang ni pula siap dah ketawa dulu sebelum tengok gambar...Dia gelak sebab tengok kitairang elak. Time tu saya and member saya dah gelak sakan sebab dapat kenakan orang...huhuhu...
Mamat ni pulak dah beberapa kali nak tengok 'gambar kelakar' yang kitaorang gembar-gemburkan tapi saya tak bagu. " Rahsia." kata saya. Tapi akhirnya saya bagi gak...tengok muka dia...hahaha...ni muka top ten nih!...
" Apa tu, nak tengok." Aik, minah ni pun nak tengok gak apa ada kat handphone saya. Member saya ni pun saya tak bagi tengok tapi kesian dia nak tengok gak...Nah tengok lah!...Heheheh...
Muka member saya yang sorang ni saya tak puas hati sikit sebab terlalu cool coz saya nak gelakkan dia lebih2 sebab dia selalu gelakkan orang...tapi gambar candid dia macam tak jadi sikit lah...
" Eh, cuba kau tengok mesej ni. aku tak fahamlah." Saja saya berlakon. Time tu dia sedang menaip sesuatu. " Mana?." Dia berpaling dan...." Jahatlah you ni!."...Hahahaha...dah kena!.
Sorang lagi member yang beriya-iya sangat nak tengok apa yang kitaorang dok gelak tengok hp...Dan gambar dialah yang kitaorang gelak sakan...Mata ayunyer...huhuhu..." You jahatlah kak Ezi!."..." Hai, baru tahu ke?."..Haha...
" Kau baca mesej ni. Aku tak fahamlah." Saya mula mengayat. " Mana?." Bila dia tengok je, saya terus snap...huhu...Muka poyo...Member saya ni orang kedua yang kena dan lepas tu, dia tukang gelakkan orang lain dan siap bagi saya nama untuk mangsa seterusnya...
Member saya sorang ni dah siap senyum dari awal sebab time tu kitaorang tengah gelak gila2. Dia pun aspek gambar kelakar so, dia dah prepare senyum...
Ini mangsa pertama dan mengilhamkan idea saya untuk kenakan orang lain...Dia pun blurr kenapa ada muka dia dalam handphone saya...huhuhu...Past tu dia, saya and mangsa yang kedua tadi, cari mangsa2 yang seterusnya dan kitaorang gelak gila2 punyer...
Kerja gila saya tak mengenal umur...Senior pun kena gak...huhuhu...Tapi senior ni memang sporting...Siap gelak2 lagi bila tahu dia kena candid...Haha...ini antara member2 opis saya. Saja saya masukkan entry ini bukan untuk mengenakan sesiapa. Sekadar berkongsi kenangan manis antara kita semua. Manalah tahu, satu hari nanti, ada yang pindah ke, bertukar tempat lain ke, atau apa-apa jer, sekurang2 nya bila tengok gambar ini, pasti akan menguntum senyum apabila teringatkan kenangan di saat ini.
Monday, September 28, 2009
Di Hari Rayer...
Cerita Rayer...
Sunday, September 13, 2009
Salam Aidilfitri...

Diam tak diam, kita hampir sampai ke penghujung Ramadhan...Bagaimana Ramadhan kali ini?...Hanya diri sendiri yang dapat menjawabnya. Seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Namun, saya masih belum merasai kegembiraan itu...Mungkin kerana persediaan kali ini simple je atau mungkin kerana claim belum masuk...huhuhu...
Budak2 opis sumer tunggu claim masuk yang dijangka minggu hadapan. Duit angpau pun belum tukar. Kuih pun ada yang belum dapat lagi...Huhuhu...pendek kata tahun ni sempoi je...Nasib baik baju raya awal2 dah siap...huhuhu...
Walaubagaimanapun, cuti awal2 dah ambil. Kali ni dapat cuti seminggu. Hai, happy rasanya sebab dah lama tak cuti lama macam ni. Harap-harap cuti kali ini, saya berkesempatan untuk menghabiskan karya saya yang terbaru yang sudah siap dan hanya menunggu untuk diedit oleh diri sendiri...huhuhu...
Apa-apapun, hope saya serta anda semua enjoy dalam menyambut hari raya dan diharap tiada kisah duka yang menghiasi lebaran kali ini. Harap semuanya baik2 belaka....Salam Aidilfitri...
Friday, August 28, 2009
ISO Award (Marriot Hotel)
Memang tepat jangkaan saya. Setibanya di sana...hanya dipenuhi dengan orang-orang berjawatan tinggi...Manager setiap branch, lab manager, teknikal manager...CEO..Admin...dan saya?...
Huhu...rasanya ini kali kedua saya menghadiri majlis yang melibatkan orang-orang besar sebegini sejak saya bekerja di sini. Saya rasa terlalu kerdil je berkumpul dengan diaorang. Yang boss pulak, kenapalah suruh saya pergi?. Kan bagus kalau saya duk ofis. Buat kerja. Tentu bebudak opis sedang bersuka ria sebab boss tak ada...huhuhu...
Tapi, ada juga orang yang saya boleh berborak. Lab manager Penang, dulu saya sebilik dengan dia time satu function di Flamingo Hotel. Branch manager Batu Pahat...em...dulu dia asst manager kat Melaka. Baik gak ngan dia. Adalah juga nak bercakap2 tu. Walaupun cakap ayat2 formal...better dari diam.
Huhu...lepas ni saya tak nak pergi lagi function yang melibatkan orang2 pakai kot ni...huhuhu...
Alhamdulillah...setelah penat berusaha, akhirnya team kami memperolehi certificate yang diimpikan...




