My Novel

Sunday, May 13, 2012

Family Trip


Pada Febuari lepas, famili sy mengadakan famili trip di Port Dickson. Memang menjadi kebiasaan kami akan pergi bercuti sekurang-kurangnya sekali setahun. Saja2 untuk bersuka dan mengeratkan lagi hubungan keluarga. ewah..Kali ini dibuat di Port Dickson. Agak dekat kerana kami terhad masa. Maklumlah adik beradik 7 orang. Nak berkumpul ramai2 sekaligus..nak apply cuti lagi..so, kami pilih hari sabtu dan ahad. apa2 pun janji seronok...:p

Saya dan hubby. Abaikan saya yang semakin gemuk itu..hehe..


Mak ngan abah bersantai di pantai..

Antara acara yg kami buat..kami 9 orang dibahagi 3 kumpulan..past tu kena wat nama dan tema sendiri..wat permainan teka2 gaya..seorang wat gaya simpulan bahasa tanpa suara dan 2 ahli lain teka..tu main apa ek namanya?..hehe..

Kumpulan Bobo..hubby, kakak (my sis) dan uda..

Kumpulan Gondang..bang long, along dan ayue..
Kumpulan Mok Mok Cit..alang, saya dan adik..kumpulan yang poyos dan kecoh tapi kalah..haha..

 Kumpulan Bobo memenangi permainan ini..eksyen betul hubby..eleh..hamper tu syarat jer..past tu kitaorang hentam sama-sama..mak penyampai hadiah..hehe..
Aktiviti memancing..emm..saya tukang menyibuk sebab tak minat mancing..hehe..

Suami siapa ni? Mak kata hubby dari jauh macam komunis cina plak..hehe..

Aksi poyos adik2 ku..huhu..
Banyak kali cut bab lompat ni..Ni je lah yang cun..haha..

 BBQ di waktu malam di tepi pantai..yummy2..


Akiviti air pada pagi ahad..


Mandi sakan la korang..mana saya?..em..saya main2 air jer..tak join mandi dan main bola sebab time ni saya kurang sihat..apa2 pun saya yang jadi pengadil time diaorang main bola..pengadil berat sebelah sebab sy sokong team hubby..haha..

Best percutian kali ni. Dengar2 bulan 6 nak gi jalan2 lagi..Cepat2 buat program ye AJK program..:)

Tuesday, May 8, 2012

Chinese New Year

Chinese New Year bila ni?? yang lepas ke akan datang?..hehe..sila jangan tanya soalan ini..asalkan sy mengupdate udah le ye...

Tahun ini merupakan 1st time sy menyambut Chinese New Year..memandangkan hubby mix Chinese-Malay..so, kami pun jalan2 rumah saudara2 yang berbangsa China..

Jom layan pic2 yang sempat ditangkap..



Sempat posing time nak balik...


Sy dan hubby..masa ni baru sebulan kawen..hehe..


With kak yaty (hubby's sister) and anak2 buah..tema rayer kena pakai baju merah ye..baru ada ong..


Saudara..sepupu2 hubby yang turut beraya..(sila abaikan gambar latar belakang ye)..

Tahun ni saya dan hubby terima angpow..(takde gambar nak eksyen kat korang..huhu..)..ikut mereka berbangsa China..tahun pertama kawen akan dapat angpow..tahun depan x ada lah..tunggu anak kutip angpow pulak..hehe..Insya'allah..


Monday, April 30, 2012

Penang - Langkawi - Cameron

Seronoknya pegi jalan2 dengan hubby..hehe..jangan jeles..ops..tgk tarikh kat pic..da kantoi..nampaknya lama tak update..nasiblah..janji nak update jugak..jom layan saya pegi jalan2..



Sebenarnya tak rancang pun pegi Penang..hajat nak straight gi Langkawi tapi..tak sempat..da malam..so, kitaorang singgahlah sini..Honestly..ni 1st time sy lalu jambatan ni..hehe..


Alang2 ke Pulau Pinang, kami singgah di Batu Feringghi..pantai yang terkenal di Pulau Pinang...


                                                          Hubby control ensem..hehe



                                                         Langkawi...tak sah kalau tak tangkap gambar kat helang ni..


                                                                     Kami..padan tak?..:p


Under waterworld..ni 2nd time sy masuk..tapi hubby tak pernah masuk..so, teman dia..


Sepanjang di Langkawi, kami layan aktiviti air sahaja memandangkan da banyak kali gak ke sini..tempat2 bersejarah di Langkawi semuanya kami pernah pergi..so, kali ni kita bersnokel di Pulau Payar..Jom..


Ramainya orang...



Balik dari Langkawi, kami singgah di Cameron Highland..ni singgah pasar, beli sayur...


Ladang Teh


Hubby lebih lama pilih kaktus berbanding sy..huhu..


Makanan n minuman di ladang strawberry..semuanya berunsurkan straberry...yummy..yummy..

Bestnya jalan-jalan kali ni..So hubby, where's our next trip?..:)


Thursday, January 26, 2012

25 December 2011 - My Day 2


Seminggu selepas majlis di rumah saya, 25 Dec majlis di rumah hubby berlangsung..Majlis kali ini agak besar dan meriah memandangkan hubby anak bongsu..Ramai betul tetamu yang hadir sehinggakan hari petang pun masih ramai yang datang..

Agak terharu dengan sambutan keluarga hubby..Syukur kerana mendapat keluarga mertua yang baik2 belaka..

Jom layan gambar yang menceritakan suasana 25 Dec 2011..





Tema merah putih pilihan kami suami isteri..




3 persalinan..


Ketibaan pengantin..


Hubby's famili



My famili



Romantik tak? hehe..



Kerana CINTA..kami di satukan..



Outdoor di Kampung Morten

Terima kasih Tuhan di atas kebahagiaan ini..Harap bahagia ini berpanjangan selama-lamanya...

My Day (16/17 Dec 2011)


16 / 17 Disember..merupakan tarikh yang penuh bersejarah..tarikh di mana sy bertukar status dari 'single' kepada seorang isteri..tarikh di mana saya di satukan dengan lelaki pilihan saya..

Wah..wah..sedapnya mukaddimah..hehe..bulan 12 kawen, skrang baru nak update cik ezi?..hehe..bukan apa..sejak kawen, saya berpindah..so, rumah baru x de intenet..tu yang jarang bukak laptop nih..

Berbalik pada cerita perkahwinan saya..syukur..segalanya berjalan lancar..tema kuning di raja menyerikan suasana..ramai sanak saudara, jiran, sahabat handai hadir..pendek kata..semuanya ok..




Hubby menyarungkan gelang selepas majlis pernikahan




Tema kuning pilihan saya dan hubby




4 persalinan..oh, saya paling suka gaun putih pink itu..


Hantaran perempuan kepada lelaki - 11 dulang



Pihak lelaki membalas dengan 9 dulang..



Potong kek..



My lovely famili..miss u guys..


Hubby's family..so nice..


Outdoor di lambaian danau..belakang rumah jer..hehe..


Masuk air..berani2 takut..:)



Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..Syukur padamu Ya ALLAH..

Thursday, November 3, 2011

Pertunanganku...


24 September 2011..saya dah jadi tunangan orang..hehe..(baru nak update ke cik ezi?)..majlis bertunang dibuat secara besar-besaran..chewah..sebenarnya yang besar majlis perkahwinan kakak saya..dan majlis tunang saya hanya tumpang majlis kawin kakak..save budjet..hehe..layan gambar ajelah..

Sarung cincin

Kek hantaran
berseri di hari pertunangan..hikhik..(bulu mata palsu tu berat..huhu)

hantaran 5 balas 7

wakil dari pihak lelaki

with mak and abah
rombongan pihak lelaki datang sebanyak 7 kereta..

my best friend..thanks sudi datang..(sumer da beranak pinak da..hehe)


booked!

me with him..

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..baik majlis perkahwinan kakak mahupun pertunangan saya..semuanya berjalan dengan sempurna..tahniah kepada kakak..semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat..dan untuk diri saya..harapan saya semoga saya dan dia kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhirnya ke akhir hayat..

Apa yang boleh saya katakan..dia hadir secara tiba-tiba..dari arah yang tidak pernah saya duga..mengenali, bercinta, menyayanginya tidak pernah terlintas di fikiran saya tetapi Tuhan berikan perasaan itu ke dalam hati saya saat hati ini hampir tertutup kerana terluka..dan dia hadir...

Mungkin dialah pilihan Tuhan untuk saya
Mungkin apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini merupakan jambatan untuk saya bertemu dengannya
Mungkin inilah hikmah di atas apa yang terjadi

Dan..saya bersyukur mengenali dirinya..

Semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat...
Amin


"Cinta itu datang dari hati..ia bukannya paksaan..Adakalanya kita cuba untuk menyayangi seseorang tetapi kita tidak mampu untuk mencintanya..Adakalanya kita tiba-tiba menerima cinta yang hadir..yang datang dari arah yang tidak pernah kita terduga sama sekali..."