My Novel

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka...



Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia Menjana Transformasi...

Wednesday, August 11, 2010

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama...

Ini kisah 8 Ogos yang lalu...seperti biasa saya lambat update...hehehe...tengok kat blog AVA dan blog kak Izza dah update...saya jer yang lambat...huhu...

Bengkel Adaptasi Novel ke Drama anjuran AVA...saya menyertainya...seronok sangat sebab ini minat saya...minat dalam bidang penulisan...hanya 2 orang peserta saja...mungkin kerana masa kurang sesuai iaitu minggu sebelum puasa...tetapi thanks kepada pihak AVA kerana meneruskan juga bengkel ini...oleh kerana hanya dua orang peserta, dua orang penganjur dan seorang pembimbing (Kak Maizura Ederis), bengkel ini santai2 sahaja...

Saya yang sedang sibuk menonton 'Tangisan Bulan Madu' sambil membelek2 skrip. tengok macam mana penulisan skrip berlari sama dengan lakonan...

Cerita yang ditonton dan dikupas...

Sebelum balik...sesi bergambar...

Tekun menuntut ilmu...

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati...jelas gambaran bagaimana adaptasi novel dibuat...bagaimana perjalanan sesebuah cerita yang di adaptasi daripada sebuah novel...gembira bertemu dengan kak Izza Ariffin...apa2 pun, thanks kepada semua yang terlibat...

Ilmu dah ada...apalagi ezi?...huhuhu...

Tuesday, August 10, 2010

1 hari 2 peristiwa...


Kisah ini berlaku seminggu sebelum menyambut Ramadhan...Lambatnya saya update kan...hehehe...al-kisah 31 julai yang lalu...merupakan hari perkahwinan sepupu saya...saya sekeluarga pergi ke rumahnya...macam biasalah kenduri kahwin...pasti ramai sanak saudara yang datang...tahniah kepada sepupu saya Norin bersama pasangannya Fadil yang sedondon berbaju hijau pucuk pisang (maaf, tiada gambar coz gambar ada kat hp adik)

Itu kisah pertama...cerita hepy2...kisah yang ke dua pula...sebelah petang, saya dan adik beradik balik rumah...kemudian, kami nak gi bandar melaka...ada hal sedikit...on the way, saya menerima panggilan dari abah...berita yang mengejutkan...

"Kau pergi tengok adik kau accident kat Ayer Molek"

Memang terkejut dapat berita tu...kakak yang tengah drive terus melencong ke tempat yang di maksudkan...dalam hati tertanya2, kenapa sampai ayer molek...sebab adik saya kata nak berlatih drama...kami ingat di sekolah...sampai jauh dia pergi...sudahlah lesen baru je dapat seminggu yang lepas...

Saya tak sedap hati...try call adik...mula2 tak angkat...try lagi...orang lain yang angkat...

"pak cik on the way bawa adik awak ke hospital. jangan risau, dia tak apa-apa," beritahu pakcik yang angkat telefon adik saya tu...

Saya dan yang lain dah risau...macam2 pk dalam kepala ni ha...kalau adik tak apa-apa, kenapa dia tak jawab call? kenapa pakcik tu yang jawab?...kakak terus je drive ke hospital besar Melaka...

Sampai je kat sana...persoalan terjawab....


Accident...terbabas kat selekoh...masuk longkang batu yang mempunyai kedalaman yang agak dalam...
Tangan patah..
Luka2 kecil di bahagian lain seperti tangan, kaki, badan...
seminggu di hospital...kata doktor...tulang ulna dan radius patah kedua2nya...tak boleh simen...kena wat operation....masukkan besi...

Muka seposen...Inilah wajah Mat Rempit yang baru dapat lesen...adik bongsu saya...

**Terima kasih untuk Pak Cik Yahya sekeluarga kerana pak cik Yahyalah yang telah menolong adik keluar dari longkang dan membawanya ke hospital...dan menunggu sehingga adik menerima rawatan (bersama keluarga saya)...motor yang rosak teruk turut di bawa ke rumahnya...terima kasih di atas jasa mereka**

Salam Ramadhan...


Salam Ramadhan untuk semua...Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...

Monday, July 5, 2010

Ragam 8 : Emak VS World Cup...

Sejak bulan world cup ini, topik perbualan saya adik beradik tak habis-habis dengan world cup...masing-masing ada team fav. masing-masing. Jangan tak tahu saya juga mengikuti world cup ini...layan juga tengok game2 kat TV...tapi yang puku 10 lah...yang pukul 2 pagi saya tengok 2 kali je. itu pun sebab ada team saya...sape lagi kalau bukan England...tapi da bungkus...da balik kg...huhuhu...tapi tak apalah, at least lepas juga peringkat kumpulan...team saya yang ke dua Germany...sekarang da masuk semi final...hope jadi juara tahun ni...go go Germany!!!!

Satu petang, saya duduk2 dengan adik saya di meja makan...berbual tentang perlawanan antara Argentina dan Germany malam itu nanti (time ni diaorang belum lawan lagi)...adik2 saya rata2 sokong Argentina. Ah, saya peduli apa...saya tetap dengan Germany saya (sekarang da menang...padan muka korang)...hehehe...Kami berbual2 tentang kemungkinan yang berlaku...adakah Agentina atau Germany?...

Emak saya turut ada kat situ...sedang masak...emak saya ni tak tahu langsung pasal bola tapi kadang2 dia menyibuk nak tahu juga...kadang2 bila kitaorang tengah tengok bola, dia pun turut tengok tapi tak tahu dia sokong siapa..semuanya dia sokong...asalkan gol dia sokong...heheheh...

Ceritanya..sedang saya and adik2 berborak2 pasal bola...emak menyampuk...

"Eh, team yang korang suka tu tak masuk ke?" tanya emak.

"Team apa mak?" tanya saya.

"Alah, team yang korang selalu sebut tu. mak tengok tak ada pun diaorang main," ujar mak lagi.

Sekali lagi saya tanya team apa...Time ni mak cuba mengingatkan team apa. berkerut2 dia nak ingat.

"Team mana satu mak?" tanya saya lagi.

"Aaa...Manchester United" jawab emak dengan confident.

???????

Saya dan adik2 dah ketawa...Time ni adik terangkan di mana sebenarnya team MU dalam piala Dunia ni...apa2 pun tabiklah kat emak saya sebab walau tak tahu tetap juga ambil tahu minat anak2 dia ni...oh, emakku.....

Monday, May 31, 2010

Bengkel Penulisan Skrip Drama (30 Mei 2010)

Pada Ahad yang lepas, saya telah menghadiri Bengel Penulisan Skrip Drama yang dianjurkan oleh Astaka Villa Aksara (AVA). Seronok, menarik dan bersemangat...Itulah yang saya dapat ungkapkan setelah menghadiri bengkel ini...Banyak ilmu yang saya perolehi mengenai Skrip Drama...Penceramah iaitu Kak Maizura Mohd Ederis (penulis skrip Nur Kasih) tidak lokek dengan berkongsi ilmu dengan semua peserta....

Antara peserta yang hadir...17 orang semuanya...


Tekun mendengar...hehehe....

Time ni tengah tengok cerita 10 yang ditayangkan...fikir2 semua...jangan tengok kosong je...hehehe...

Makan time...tak sedap sangat...tapi belasah je lah...janji ada makan....hahaha...

Terima kasih kepada penganjur...Happy sangat bila hadir bengkel ini...Kalau ada bengkel lanjutan, Insyaallah saya akan sertai...ternyata, penulisan skrip drama dengan penulisan novel banyak bezanya tapi...yang sama...berangan kena lebih...hahaha...

* Semua gambar di ambil dari blog AVA...

Tuesday, April 20, 2010

Apa Perasaan Korang????

Cerita ni dah lama...lebih kurang sebulan yang lepas tapi baru hari ni saya berkesempatan masukkan dalam blog (cakap je lah malas cik ezi...hehehe)...al-kisahnya...buku cerita yang satu ini memang membuatkan saya teruja...suka sangat cerita ni...sedih sampai membuatkan saya menangis...jadi, dengan sukahatinya saya cerita kat kawan2 opis dan suruh diaorang baca...adalah dalam 4 orang yang pinjam...tangan bertukar tangan...bila tiba tangan ke 3, buku masih okey tapi.....

Buku ini dipulangkan kepada saya dalam keadaan begini...3 member yang lain cepat je pulang tapi kawan baikku yang seorang ni apasal lambat sangat?...mula2 dia kata nak ganti, katanya buku dah teruk..."teruk sangat ke?" tanya saya..."adalah juga," jawab dia...past tu saya kata tak payahlah...ye lah, saya ingatkan sikit2 ajer...
Saya kalau membaca buku, saya tak pernah lipat begini jika nak berhenti baca...saya biasanya gunakan penanda buku...kalau buku yang tak ada penanda buku, saya akan cari apa jer yang boleh dibuat penanda...dan penanda biasa yang saya guna adalah duit RM1...
Tengok tu...sedihnya bila tengok buku yang saya jaga dengan baik...kata kawan saya (dia ni pun minat buku gak)..."kalau akak, akak mesti sedih...lepas ni tak nak bagi orang pinjam lagi"...kata kawan saya....
Kulit dan terkoyak...bahagian belakang kulit pun dah koyak...malas nak citer...tengok jer lah keadaan buku ni...
Maaf kepada penulis kerana saya tak jaga buku dia dengan baik....tentu dia sedih tengok bukunya menjadi begini....tapi, saya nak beritahu saya suka sangat dengan buku ini...tahniah kepada kak siti rosmizah...:)