My Novel

Wednesday, November 11, 2009

Ragam 7 : Tidur...ZZZZZ


Dah lama saya tak masukkan segmen ragam...korang semua perasan tak?..hehehe...pada awal blog saya ni, banyak saya selitkan pasal ragam manusia...tetiba terlupa...then ni baru ingat plak...hehehe...jom layan ragam seterusnya...

Tidur....bagaimana dengan tidur anda?...Saya pernah bertanya kepada seorang rakan opis, kenapa muka dia nampak letih je?. Tak bermaya?. Nampak mengantuk..."Malam tadi tak boleh tidur." katanya. " Kenapa?." tanya saya lagi. " Susah nak tidur.". Rupa-rupanya kawan saya ni jenis yang susah nak tidur. Sehinggakan dia terpaksa jumpa doktor kerana masalah dia ni dan ada kalanya dia ambil pil tidur semata-mata untuk tidur. Sampai begitukah?...

Saya memikirkan tentang diri saya. Saya juga ada masalah tidur. Bukan susah tidur tapi senang tidur. Letak je kepala kat bantal, sekejap saja saya terus '.out'. Kadang2, bengang juga saya. sepatutnya masa2 itu saya boleh buat banyak benda-benda lain. Boleh taip manuskrip tapi saya tidur pula. Kadang-kadang di awal jam 9 dah tidur. Ruginya masa...

Tapi nak buat macam mana...Itulah cerita tidur saya. Memang saya seorang yang senang tidur. Kalau tengok cerita di televisyen sambil baring, saya mesti terlelap...kalau menaip, sekejap je dah terlelap...pendek kata, kepala saya ni tak boleh letak kat bantal...mesti senang tidur punya...

Korang cam ne plak?...
*tapi saya tak leh lawan mak saya...mak saya letak je kepala kat bantal, tak sampai dua minit dah tidur...huhuhu...emakku...*

Saturday, November 7, 2009

Marble Cheese Brownies

Saya tak sempat nak snap gambar full kek ni. Dah makan, baru teringat nak snap...

Kek tak sempat sejuk dah tinggal setengah


Setelah di potong kecil2

Nampak macam best je...hehehe







Eh, jangan keliru. Ini memang blog ezi-sweetworld. Hehehe...sejak bila blog saya ada resepi nih?...Huhu...
Sebenarnya, dari minggu lepas, saya dah aim nak buat Marble Cheese Brownies ni setelah saya teruja melihatnya di blog kak Fiza Nordin (suka sangat tengok blog kak Fiza. Macam2 makanan ada dalam tu). So, hari ini (sabtu) barulah berkesempatan melaksanakan projek ni.
Percubaan kali pertama ni di kira berjaya walaupun kek yang di buat tidaklah secantik kek Kak Fiza tapi rasanya boleh tahan. Sedap. Hehehe...(bukan saya sorang yang kata ye). Design atas kek pun nampak bercelaru sikit tapi kira okeylah. Sekejap je, kek ni dah licin apatah lagi sepupu2 saya balik kampung minggu ni.
Ump...sedapnya...trylah buat!...

Friday, November 6, 2009

Susahnya...Kalau Dah Kawan...



Senang tak kalau nak tegur kawan sendiri?. Bagi saya lebih senang tegur orang lain berbanding kawan sendiri sebab kalau dah member...kita tegur takut terasa pulak...paling teruk takut sampai putus kawan...ada ke macam tu?...

Pagi tadi, time keje, saya masuk keje pagi. Hanya dua orang yang masuk pagi. Habis settlekan sample pagi lebih kurang jam 8.30 (biasalah waktu-waktu macam ni). Saya tengok jam, 8.30 masih tak ada orang yang masuk keje. Mana pergi semua orang ni?. Saya buatlah sikit2 sample yang ada (sepatutnya time breakfast untuk orang masuk pagi). Saya belek jam lagi...8.40...masih kosong. Saya terus ke department saya (lab belakang). Releasekan report yang boleh keluar (biasanya saya tak breakfast sebab dah sarapan kat rumah). Saya ke depan semula untuk ambil report yang saya dah print (departmen saya tak ada printer..huhu...sedihnya). Saya tengok masih lagi lengang, cuma ada dua orang saja yang da start keje. Saya belek jam...8.50...Saya tanya member saya.."Mana pergi semua orang ni?. Tak keje ke?."...Member saya pun jawab..."Diaorang kat pantri. Makan."

Saya mula hot. Bukankah sekarang time keje?. Kenapa nak makan pula?. Kalau setakat lambat lima minit, tak apalah. Ini sudah masuk jam 9. Ada sesetengah budak opis saya memang begini. Sudahlah punch card sharp 8.30, lepast tu terhegeh-hegeh beli makanan...Dah tu makan sambil borak2...pukul berapa nak start keje?.

Saya bukannya aper...Saya bukanlah jenis yang berdisiplin. Kat sekolah dulu, saya selalu langgar peraturan sekolah. Saya ni memang tak berdisiplin langsung. Kalau tak, dah lama novel saya siap...hehe..Tapi, kerja di makmal tak macam kerja di opis biasa.(merujuk opis kakak dan adik saya). Kerja kat sini, sentiasa ada. Sample sentiasa datang tak kira waktu. Kalau orang pagi rehat kul 8.30...dan orang yang masuk kul 8.30 tak start keje...so, macammana dengan sample yang berlambak kat depan tu?...Sudahlah sejak akhir2 ni doktor asyik complain kenapa result lambat?. Kenapa test begini begini pun ambil masa lama?...

Saya kalau boleh cuba clearkan yang mana boleh. Buat semua kerja, biar result sampai kat doktor cepat. Barulah tak ada complain. Tapi...takkanlah saya seorang nak cover sampai 7 departmen?.

Berbalik pada cerita tadi (panjangnya memalut), saya terus ke pantri. Ingatkan nak sound jugak budak2 junior ni. Tapi kat dalam tu ada member saya. Dah member, so, saya pun tak bolehlah sound. Tapi saya tetap tegur. saya cakap baik2 dengan dia.." Eh, kau masuk kerja pukul berapa?." nada perli nih." 8.30." balasnya dia selamba. " Sekarang ni dah pukul berapa. Sample ada tu." " Alah, rilekslah Ezi. aku nak makan ni." " Sekarang ada sample tau. Dah 8.50 ni."

Saya terus pergi dan member saya merajuk. Mungkin...eh, bukan mungkin. Dia memang marahkan saya. Saya tegur dia pun dia buat tak layan dengan muka tak pandang langsung kat saya. Salahkah kalau saya tegur dia?. Salahkan kalau saya beritahu dia?.

Sebenarnya, ada juga orang lain dah cakap kat saya pasal member saya ni tapi saya buat tak layan je. Tapi sekarang saya tegur dia, dia marah. Dulu ada member saya yang lain tegur dia (tapi cara agak kasar), dia marah. Katanya cara tak kena. sekarang saya tegur dia cara yang baik, dia tetap tak leh terima.

Memang susah nak tegur kawan sendiri. Tegur secara senyum2 pun salah. Saya dah malas nak fikir. Biarlah dia fikir sendiri apa yang saya kata. Jangan sampai esok orang lain complain, baru nak berjaga2.
Susahkan....kalau dah kawan...

Tuesday, November 3, 2009

Workaholickah saya???


Workaholickah saya?...Entahlah...saya rasa sejak akhir-akhir ni saya memang seorang yang workaholic...Apabila melihat jadual kerja saya...fuh!...rasanya selama sebulan tu tiada cuti mahupun Sabtu dan Ahad...semuanya kerja..

Bulan lepas, hampir sebulan saya bekerja...sudahlah sebulan, malam pun kerja...kerja malam bukannya pagi tu tak kerja...kerja jugak...contohnya kalau saya kerja malam, pagi tu saya kerja...pas tu balik rehat 5-6 jam, pergi kerja semula sampai pagi..lepas tu, rehat dua jam, masuk balik kerja...bila balik rumah, saya dah pengsan (tidur) dan esoknya kene kerja pagi lagi...Hari Sabtu dan Ahad pun saya kerja...kalau tak cover lab depan, saya kena cover lab belakang (lab belakang hanya dua orang je yang boleh buat)...kadang2 lepas cover depan, kena stay cover belakang sampai petang...

Memang gila sikit cara kerja saya tapi nak buat macam mana...makmal hospital kena beroperasi 24 jam...Kalau saya kerja, memang tak pelik tapi kalau saya ada kat rumah, makcik saya (sebelah rumah) mesti tanya, " Kau tak kerja ke, Ngah?."...Huhuhu...dan kalau saya tengok jadual saya kosong...memang pelik semacam je...dan bila hari minggu saya duduk di rumah...tak buat apa2 selain tengok TV atau buat kerja2 rumah (idea menulis tak ada), saya terasa.."kerja kan bagus...adalah duit masuk.'...hehehe...

Workaholickah saya?....

Melihat kesibukan saya, ramai kawan2 saya bertanya..."Ezi, bila kau menulis?. Aku tengok kau 24 jam kat lab ni. Kerja je."...Itu antara soalan yang kerap diajukan kepada saya. Maklumlah, memang muka saya je yang hari2 ada kat makmal tu. dah macam rumah ke dua saya...Tapi saya katakan saya menaip bila ada masa lapang...Biasanya waktu malam, kalau saya tak kerja malam...Lagi soalan untuk saya..." Ezi, macam mana kau boleh buat novel?. Sempat ke kau buat?. Tak penat ke?."...Saya jawab sepatah..."Minat."...Ya, kita tak akan rasa terbeban apabila melakukan sesuatu yang kita suka...Malah adakalanya saya rasa tak sabar untuk menaip bila idea datang...tapi kat opis, saya memang tak boleh menaip langsung...Maklumlah, pekerjaan saya di hospital...dengan specimen2 manusia yang kena pakai glove sentiasa...faham kan?...Hehehehe...

Friday, October 23, 2009

Apa nak kata???

Kelmarin, kecoh satu opis akan destinasi Compeny Trip tahun ni..Hah?..Biar betul?...Sedikit kecewa apabila saya tahu tempat Compeny Trip tahun ni. Port Dickson (PD)!!!...
Bukanlah nak kata PD tu tak best atau apa...tapi PD tu dekat dengan Melaka dan banyak kali gak saya ke sana...Macam tak best plak Compeny Trip buat buat kat situ. Berbanding tahun lepas, di Pulau Perhentian dan tahun sebelumnya di Taman Negara...semuanya tempat yang terkenal...
Saya nak pergi!!!...Saya sebenarnya tak kisah di mana...saya nak pergi gak tapi semua geng2 saya tak nak pergi..."Dah biasa." "Tak best ar gi dekat2." Itu antara alasan diaorang dan akhirnya tak de seorang pun yang nak pergi. So, saya terpaksa tak join Compeny Trip tahun ni...huhuhu...
Dengar khabar tahun ni budget tak de. Sebab tu lah buat dekat2 je...Tapi bebudak Melaka ramai tak gi...mungkin branch lain ramai yang join terutama branch di utara...Diaorang mesti teruja untuk datang ke Port Dickson...Apa-apa pun hope, hope diaorang enjoy...huhu...sedihnyer...

Tuesday, October 13, 2009

Aku Yang Poyo : Korang Memang Best!!!

Cerita ini berlaku beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri. Sekarang baru saya sempat masukkan dalam blog ni...Al-kisahnya, beberapa hari sebelum raya, keadaan dalam makmal amat best...Mana taknya, sampel tak banyak, kerja pun tak sesibuk sebelum-sebelumnya. Mungkin dekat2 nak raya, orang dah terlupa sakit or semua menjaga kesihatan sebab nak raya...huhuhu...
Saya yang kebosanan time tu, entah mana datang idea nak pekenakan member2 opis...Saya datang kat sorang member ni sambil menunjukkan handphone saya...." Eh, cuba kau tengok mesej ni."..." Kau nak tengok gambar kelakar tak?."...Itu antara ayat saya ketika cuba pekenakan diaorang...bila diaorang tengok je handphone saya, saya terus snap gambar diaorang (guna kamera hadapan hp)...Past tu saya bantai gelak tengok reaksi diaorang...hahaha...Saksikanlah gambar2 candid bebudak opisku...huhuhu...
Ni member yang paling last kena candid. Kitaorang dah gelak2 tengok gambar bebudak lain. Tetiba dia pun nak tengok. " Akak nak tengok gak gambar apa tu." Ujar dia beriya-iya nak tengok apa yang kitaorang gelakkan. Mula2 saya tak bagi. Saja berlakon agar dia yakin yang gambar kat handphone saya tu betul2 rahsia...dan akhirnya....huhuhu

Member saya yang ni pula siap dah ketawa dulu sebelum tengok gambar...Dia gelak sebab tengok kitairang elak. Time tu saya and member saya dah gelak sakan sebab dapat kenakan orang...huhuhu...
Mamat ni pulak dah beberapa kali nak tengok 'gambar kelakar' yang kitaorang gembar-gemburkan tapi saya tak bagu. " Rahsia." kata saya. Tapi akhirnya saya bagi gak...tengok muka dia...hahaha...ni muka top ten nih!...
" Apa tu, nak tengok." Aik, minah ni pun nak tengok gak apa ada kat handphone saya. Member saya ni pun saya tak bagi tengok tapi kesian dia nak tengok gak...Nah tengok lah!...Heheheh...

Muka member saya yang sorang ni saya tak puas hati sikit sebab terlalu cool coz saya nak gelakkan dia lebih2 sebab dia selalu gelakkan orang...tapi gambar candid dia macam tak jadi sikit lah...
" Eh, cuba kau tengok mesej ni. aku tak fahamlah." Saja saya berlakon. Time tu dia sedang menaip sesuatu. " Mana?." Dia berpaling dan...." Jahatlah you ni!."...Hahahaha...dah kena!.
Sorang lagi member yang beriya-iya sangat nak tengok apa yang kitaorang dok gelak tengok hp...Dan gambar dialah yang kitaorang gelak sakan...Mata ayunyer...huhuhu..." You jahatlah kak Ezi!."..." Hai, baru tahu ke?."..Haha...
" Kau baca mesej ni. Aku tak fahamlah." Saya mula mengayat. " Mana?." Bila dia tengok je, saya terus snap...huhu...Muka poyo...Member saya ni orang kedua yang kena dan lepas tu, dia tukang gelakkan orang lain dan siap bagi saya nama untuk mangsa seterusnya...
Member saya sorang ni dah siap senyum dari awal sebab time tu kitaorang tengah gelak gila2. Dia pun aspek gambar kelakar so, dia dah prepare senyum...
Ini mangsa pertama dan mengilhamkan idea saya untuk kenakan orang lain...Dia pun blurr kenapa ada muka dia dalam handphone saya...huhuhu...Past tu dia, saya and mangsa yang kedua tadi, cari mangsa2 yang seterusnya dan kitaorang gelak gila2 punyer...
Kerja gila saya tak mengenal umur...Senior pun kena gak...huhuhu...Tapi senior ni memang sporting...Siap gelak2 lagi bila tahu dia kena candid...


Haha...ini antara member2 opis saya. Saja saya masukkan entry ini bukan untuk mengenakan sesiapa. Sekadar berkongsi kenangan manis antara kita semua. Manalah tahu, satu hari nanti, ada yang pindah ke, bertukar tempat lain ke, atau apa-apa jer, sekurang2 nya bila tengok gambar ini, pasti akan menguntum senyum apabila teringatkan kenangan di saat ini.
Buat kawan2 sekerja, terima kasih kerana menceriakan hari2 saya di makmal. Kerana ada korang semua, saya tak rasa bosan sepanjang bekerja. Malah, seronok dapat kenal korang terutama geng2 MJJ (huhuhu....). Walaupun adakalanya kita tension bila kena marah dengan doktor, tension bila kena marah dengan boss, sakit hati bila kena maki dengan doktor, penat dengan kerja yang bertimbun bila ada promosi, geram da marah bila mesin buat hal...dah tu doktor nak result cepat pulak tu..terpaksa stay back nak siapkan semua dokumen untuk audit...tapi semua tu adat dalam bekerja dan menjadi sedikit mudah dengan adanya korang...Apa2 pun wish persahabatan ini berkekalan selama-lamanya...dan Korang memang best...(esp geng2 MJJ)...


" Ezi, kau tak nak kenakan boss ke?."
Huhu...jangan kata kena marah, entah2 saya dapat surat warning letter nanti...huhuhu...








Monday, September 28, 2009

Di Hari Rayer...



Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan yang mengenali diri saya. Rumah saya sentiasa terbuka untuk anda. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. Salam mesra dari saya...
(Hehehe...sebenarnya saja nak interframe gambar sendiri...Huhuhu...jangan marah ha...)