My Novel

Monday, April 20, 2009

Kenit hilang!!!!

Baru minggu lepas saya menceritakan perihal kenit dalam blog saya dan kini kenit telah hilang!!!..Huhuhu...sedihnya...Perkara ini berlaku dua hari lepas...Time mak saya nak masukkan ayam dalam reban, dia perasan kenit tak ada sedangkan lapan ekor anak ayam lain dah masuk reban..Emak saya terus memberitahu kami adik beradik yang kenit hilang...saya time tu ada kat rumah makcik saya (sebelah rumah je), terus keluar..Kami ramai2 terus cari kenit tapi...:(
Kenit ni dia seekor anak ayam yang blurr dan selalu lambat...apa-apa perkara dia selalu lambat...kalau makan, dia yang terakhir sekali habis lepas tu, mulalah dia tercari2 'geng-geng' dia yang lain. Pernah juga dulu, dia tertinggal dari ibu dia...macam katon dia terpusing2..terpaksalah emak saya ambil dia dan hantar pada ibu dia. Sebelum ini dia pernah jugak hilang (pagi) tapi petang dia balik. tak tahu mana dia pergi tapi kali ini dah dua hari dia tak balik...huhuhu..sedihnya...
Akhirnya kami berserah saja. Pelbagai andaian yang kami buat. Mungkin kenit dah mati di baham ular atau apa-apa je lah...or, dia tersesat or...ada orang culik dia sebab kenit kan glamor sejak gambar dia masuk dalam blog saya...huhuhu....

Monday, April 13, 2009

Ayam-ayamku...

Tengok si kenit (yang sekor2 tu)...lebih kecil berbanding anak-anak ayam lain...
8 ekor hitam, seekor putih

Time makan, lajunya datang...
Kenit siap naik atas tangan lagi..mentang-mentang dia kecik...
Saya dan keluarga berpindah ke kampung pada bulan lapan 2008 yang lalu (belum setahun). Sejak berpindah ke kampung ni, macam-macam aktiviti yang dijalankan. Selain berkebun, satu lagi aktiviti...jeng...jeng...jeng...bela ayam...huhuhu...
Ayam kampung tak banyak ragam sangat. Ayam-ayam saya pandai cari makan sendiri. Bagi makan time pagi past tu semua pergi cari makan sendiri. Tak payah susah-susah jaga. Bila tiba time Maghrib, tahulah ayam-ayam tu balik sendiri.
Buat masa ini saya ada dua ekor ayam jantan, dua ekor betina dan sembilan anak-anak ayam. (tak lama lagi akan bertambah sebab dua ekor betina tu dah bertelur). Yang menghiburkan, anak-anak ayam ni pelbagai ragam. Dalam banyak-banyak anak ayam, sekor tu menarik perhatian kami sekeluarga sebab antara sembilan, dia yang paling kecil, tak besar-besar. Kitaorang panggil dia si kenit. Kenit ni dah lah kecil, past tu blurr plak. selalu je ketinggalan dari lapan yang lain. lepas tu dia pening kepala cari adik beradik dia yang lain. Masa dia kecik, selalu terpisah dengan ibu dia sebab dia selalu lambat. Tapi dia lah yang paling jinak, panggil je terus datang. Hahaha, saya suka si kenit ni...





Saturday, April 11, 2009

Hasil Dari Kebun...





Kebun saya sekarang masuk fasa ke dua. Kalau dulu kitaorang tanam bendi, cili api, kangkung, sawi, petola...tapi fasa kedua ni kitaorang tanam terung, ciliapi, kangkung, keledek, kacang botol, dan lada hijau...erm...gembira bila tengok hasilnya.
Penghargaan yang tinggi untuk emak saya kerana rajin berkebun. Tak payahlah beli sayur di pasar lagi (kadang2 beli gak yang mana sayur tak ada tu). Saya sesekali jer turun padang memandangkan masa yang agak terhad kerana bekerja. Erm...sebenarnya bukan semua sayur yang saya makan contohnya terung tapi saya suka tengok terung tu tumbuh gemuk2 belaka. Walaupun tak makan tapi hati puas..hehehe...

Pesta Buku 2009...Temui Saya...:)



PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC


17-26 April 2009
Berkunjunglah ke Booth FP:
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)
Sesi bertemu penulis FP:


18 April 2009
- Cempaka Meerniz
- Ebriza Aminnudin
- Sofieza Isqandar
- Suria Areesya
- Mahizan Husain
- Wannie Nordin


19 April 2009
- Fateen Najwa
- Dinaz Salsabila
- Qaseh Qaisara
- Ellise Gee
- Eny Ryhanna
- Romibaiduri Zahar


25 April 2009
- Sarnia Yahya
- Nor Rafishah Md. Hassan
- Anita Aruszi
- Umaira Dzul Widad
- Siti Rozilah


26 April 2009
- Rehal Nuharis
- Hafirda Afiela
- Ezi Afiza
(*Sumber dari blog Fajar Pakeer)

Monday, April 6, 2009

Tag dari Bikash...

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog
ezi-sweetworld - coz i'm sweet...huhuhu

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya
seperti itu?
ezi-sweetworld.blogspot.com - idea datang spontan. tak pk, terus jer tulis...tapi best gak...:)

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Campur2...ikut suka hati..lalala

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Penat buat blog ni...takkan nak hapuskan kot...

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Cute and simple blog dia...(tersenyum bikash...:)...

6) Senaraikan calon yang akan ditag:
1) yez_zzza
2) anita aruszi
3) Dinaz Salsabila
Huhuhu

Thursday, April 2, 2009

Novel Ke Dua : Akan Datang!!!!


Satu perasaan yang sukar diungkapkan apabila melihat cover depan karya ke dua saya. Terima kasih tak terhingga kepada penerbit Fajar Pakeer kerana sudi memberi peluang untuk saya terus berkarya. Novel ke dua saya yang bertajuk DIAM-DIAM RINDU akan berada di pasaran tidak lama lagi dan dijangka ada semasa pesta buku di KL nanti. Harap karya saya ini dapat diterima oleh semua pembaca. Muaaaah....
"Jika cinta ini satu gurauan
Mengapa perpisahan begitu menyakitkan"
Elisya, seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun ada kalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapak di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.

Saturday, March 14, 2009

Ragam 5 : Aksi bergambar
















Bergambar?...Em...dalam hal ini ada orang yang suka bergambar, ada juga yang tak suka bergambar dan ada juga yang suka ambil gambar sahaja. Tapi dalam segmen ragam kali ini saya bukan nak veritakan tentang orang lain tetapi keluarga saya sendiri.

Bergambar?...Em, dalam adik beradik saya jangan cakaplah. Pantang sahaja pegang kamera pasti semua dah siap possing. Tak payah cakap nak possing macam mana, diaorang tahu2 sendiri. Adakalanya, sehingga tak ada yang tukang ambil gambar sebab semua dah siap possing. last2, ayah saya yang jadi jurufoto. Nasib baik mak saya tak tahu guna kamera...kalau tak...hehehe...

Kalau pergi berjalan-jalan, tak kira ke mana...atau pergi bercuti, atau time rayer, kamera memang benda paling penting sekali. Kalau tak bawa macam tak lengkap. Time tu lah seronok sakan bergambar. Macam-macam aksi. Past tu bila balik, save dalam komputer, tengok balik, pasti kitaoang tergelak2 adik beradik. kelakar ada semuanya ada. huhuhu...Ni semua ragam adik beradik saya termasuklah saya..huhuhu...