Sejak akhir-akhir ni, saya rajin sangat memasak..rasa macam satu kepuasan apabila dapat menghidangkan hubby dengan air tangan sendiri. walaupun tak tahu sedap ke tak, tapi tengok hubby makan abis jer..sedap la tu kot..tapi, saya rasa pun sedap..sampai menjilat jari..hihi..
Sambal ayam + lobak goreng cili. Nampak ringkas..tapi apabila terhasil dari air tangan seorang isteri yang ikhlas, ia menjadi sangat sedap..(puji diri sendiri nampak..haha)
Sambal ayam..Gambar ni tak nampak sangat rupa ayam. Mungkin saya kena belajar cara mengambil gambar plak lepas ni..:)
Lobak goreng cili ni saya buat ekspress je. Tengok apa yang ada dalam peti ais, saya belasah ajer. Lobak ni saya goreng ngan cili hijau dan sambal gesek tempohari yang ada lebih pun saya masukkan jugak. Jadi lebih sedap.
Note : Sesuatu yang kita lakukan dengan ikhlas, tidak terasa susahnya malah, ia akan membuatkan kita gembira semasa melaksanakannya.
Terima kasih..:)
No comments:
Post a Comment