My Novel

Wednesday, January 30, 2013

Gembira VS Takut

Syukur Alhamdulillah, novel karya saya PERSIS PUTERI mendapat maklumbalas yang baik dari pembaca. Ramai pembaca yang berpuas hati dan suka akan cerita tersebut. Ada yang memberi emel, ada yang mesej saya di FB dan ada juga yang review novel PERSIS PUTERI di blog masing-masing. Terima kasih kepada semua pembaca yang memberi komen yang menyemarakkan lagi semangat saya untuk menulis. 

Persis Puteri..hasil tulisan saya yang ke lapan


Dalam gembira dengan penerimaan pembaca terhadap PERSIS PUTERI, terselit rasa takut..kenapa?..saya agak takut dan bimbang apabila ada pembaca yang bertanya "Bila nak keluar karya baru?". Terima kasih kepada pembaca yang bertanya. Saya bergitu menghargainya. Saya tahu apabila kita berpuas hati dengan karya seseorang, kita akan tertunggu-tunggu karya seterusnya dari penulis itu. Saya rasa bersyukur kerana ada yang masih ingin saya berkarya. Namun, saya bimbang kerana penulisan saya semakin slow. Tiada sebarang karya dalam proses menunggu untuk diterbitkan sebaliknya saya masih bertatih menulis sedikit demi sedikit. Secara jujurnya, saya masih tercari-cari masa untuk menulis. Saya kena tidurkan Aimee terlebih dahulu sebelum buka note book. Kalau Aimee masih berjaga, dia takkan benarkan saya menghadap note book sebab saya kena menghadap dia..huhu..manjanya anak ummi ni. Walaupun begitu (huh, ayat skema plak), saya dapat juga curi-curi masa untuk menaip. Meskipun kelajuannya agak slow, tetapi tidaklah berhenti terus.




Tentang Cinta..cerita yang sedang saya taip sekarang ini. Baru beberapa bab sahaja. Perjalanan cerita ini sudah ada cuma nak dikembangkan ke dalam cerita yang beratus mukasurat masih dalam proses.



Saya juga sedang menulis Cinta Kilometer. Juga masih beberapa bab saja. Masih lambat untuk siap. Emm...

Kepada yang bertanyakan karya baru saya, saya tak tahu bila akan siap. Tapi, saya cuba untuk menyiapkannya dengan sebaik mungkin kerana minat saya untuk menulis masih belum berhenti. InsyaAllah..akan sampai masanya.

No comments: