My Novel

Tuesday, May 7, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL) 2013

26 April 2013 - Saya dan 3 adik-adik saya telah pergi ke Pesta Buku Kuala Lumpur (fuh! ayat skema plak)..hehe..Time tu hari Jumaat. Hari pertama pesta buku. Kenapa saya pergi hari Jumaat?
1) Sebab saya tidak dijemput untuk sesi tandatangan penulis kerana tiada buku terkini yang 
    diterbitkan..huhu..(tahun depan harap2 dapat keluarkan buku)
2) Sebab adik saya nak balik kampong. So, datang Jumaat, terus balik kampong cuti Sabtu dan Ahad.
    Adik saya keje kat KL.
3) Ingatkan nk datang 3 Mei (Jumaat) tapi dah dekat sangat dengan pilihanraya.
 
Bagaimana seronoknya makwe bila jumpa pakwe..macamtulah seronok saya bila jumpa buku. Aduh! giler sungguh saya dengan buku-buku yang pelbagai dan dijual dengan harga murah dari hari-hari biasa. Bajet tahun ni lebih banyak dari tahun lepas..apalagi..jom borong buku..
 
Dengan salah satu maskot yang ada di PBKL..(Kenapa saya gemuk ni? Tak pandailah orang yang tangkap gambar ni..Oh! saya pakai baju besar..baju saya ditiup angin sebab tu nampak gemuk..hahahahahaha)
 
Buku yang kami borong..Hmm..RM5xx abis untuk buku sahaja..tapi sangat berbaloi kerana ini minat saya..ini hobi saya..minat saya sebagai pembaca..sebagai penulis..tapi..bila boleh abis baca semua ni???
 
 
Tak sabar nak tunggu pesta buku tahun depan pula..
 

Mandi manda di Sagil

Aduh! bersawang sungguh blog ini.. Mana perginya tuan punya rumah ni..
 
Ada..ada..saya di sini..Maaflah kpd pengunjung blog saya yg menanti-nanti entry terbaru dari saya (kalau adalah..hehe)..Banyak story yang sedang menunggu Q untuk dimasukkan dalam blog ini tetapi masa saya sangat limited..huhu..Sejak Aimee semakin pandai menggodam lappy saya ni, masa untuk bukak lappy ni agak terhad (sekarang pun menaip macam siput sebab rebut lappy dengan Aimee)..huhu..
 
Oh..berbalik pada cerita yang nak diceritakan..Sagil..destinasi mandi manda saya dan family. Kali ini saya pergi dengan family hubby. Seronok..siap buat BBQ..Tapi saya tukang makan sebab jaga Aimee (alasan! alasan!)..hehe..
 
Tengok si Aimee ni..Bukan takut sejuk pun..Suka adalah..
 
Aimee tak takut air..
Suka Aimee main air..
Ummi Aimee pun nak enteprem (with kakak ipar)
 
Aimee ku sayang..
 
(Aimee kat sebelah tengah kacau ummi menaip...adoi..)
Tata...
 

Sunday, March 31, 2013

MJJ berpiknik di Tasik Ayer Keroh

Bulan lepas..setelah perbincangan demi perbincangan...akhirnya geng MJJ telah pergi bercuti bersama2..Fuh! bukan senang nak berkumpul ramai2. Masing2 sibuk saje dengan keje masing2. Akhirnya, bulan tiga yang lepas, kitaorang keluar berempat beserta anak masing2. Encik2 suami tidak dibawa ye kerana kami ingin bercerita, begosip dan sebagainya..hehe

Bertempat di tasik ayer keroh (haha..dekat ajer dengan rumah saya), kitaorang berkumpul. Seronok jugak..da lama tak keluar bersama. Tapi, tak dapat nak gosip sangat sebab anak makcik nora si irfan ni..aduh..nakalnya. berlari sana sini. kerja nak mengejar dia ajer..huhu..
 
Kak Safa with anaknya Adam..

Normee with her girl, Meeya..

Saya dengan Aimee cikebung cikebung..:)

Nora mendahului dengan dua anaknya, Ain dan Irfan yang terlebih aktif..

Past ni nak plan untuk ibu2 pulak..
For all of u guys..thanks for being a good friend..
Sahabat untuk selamanya..

Saturday, March 23, 2013

Ikan Kerisi Masak Kicap + Sambal Telur


Update masak memasak lagi..Kali ini saya masak simple ajer untuk hubby. Yelah, balik kerja, ambil Aimee. Sampai rumah dah pukul 5:30. kadang2 pukul 6 petang. So, masak yang simple2 saja..

Ikan kerisi ni hubby beli kat pasar. Aduh, lupa nak beritahu hubby kalau beli ikan, jangan beli yang ada sisik. Isterinya ini malas nak bersihkan sisik ikan..haha..Tapi hubby da beli, buat sajalah. Buat dengan ikhlas baru makanan sedap..Chewah! Ok2..ikan kerisi ni saya wat masak kicap ajer..Simple but nice..
Di tambah dengan sambal telur..Sedap jugak..haha...semua yang saya buat semua sedap..siapa lagi yang nak puji kan?..hehe..

Menu kami di suatu petang..Hanya tomato jadi pengganti sayur2 hijau sebab masa ni stok sayur dalam peti ais da kosong..

Kepada pembaca2 blog saya yang baru2 nak belajar masak macam saya, cubalah try masak..Sweet sangat..:)

Masak Asam Pedas

Hai uolls..Jom main masak-masak lagi..hehe..sebenarnya ni pic lama..tapi baru ni nak update kat blog. Kira oklah daripada membiarkan blog ni bersawang.

Ini menu entah bila yang saya masakkan untuk hubby. Meskipun hubby taklah cerewet sangat tentang makanan, tapi saya buatkan juga untuk dia. Hubby pernah kata tak payahlah susah-susah masak. Buat simple2 pun tak apa. Nasi goreng ke, Mi goreng ke. Simple, tak payah masak lauk2.
Jawapan saya : Saya pun nak tunjukkan skill memasak saya kat dia..hehe..

Dalam hati saya terfikir dua perkara:
1)Masakan saya tak sedapkah sampai hubby kata tak yah susah2 masak.
2)Hubby memang tak mahu susahkan saya. lagipun malam tak payah makan berat2 sangat sebab siang kami
   masing2 da makan kat opis.
So, saya think positif, memang hubby tak suka saya bersusah2..kalau masakan saya tak sedap, masakan saya rasa sedap aje dan masakan hubby hirup2 kuah tom yam saya? hehe..

Ok, berbalik pada menu yang nak saya postkan kat blog ni...Ikan selar masak asam pedas. kenapa ikan selar? Ikan pari kan best kalau masak asam pedas? Jawapan saya : Sukahati sayalah. Haha..Sebenarnya ikan ni jer yang ada dalam peti ais. So, asalkan boleh.


 
Asam pedas saya..Boleh tahan juga rasanya..


Udang goreng kunyit. Masakan ni saya campak2 ajer. Udang ngan sayur2..Kunyit kasi lebih sikit. Baru ada ummppphhh..

Menu kami di suatu petang. (bila, tak ingat..huhu).

Thursday, March 14, 2013

Anak Bapak

 Situasi 1 : Di tempat kerja
"Ezi, anak kau sebijik rupa abah dia"

Situasi 2 : Di klinik (semasa pemeriksaan)
"Kak, anak akak tak de rupa akak langsung. Mesti ikut ayah dia ni,"

Situasi 3 : Di klinik (semasa menunggu)
"Sepetnye mata anak akak. Macam cina. Ikut ayah dia ke?"

Situasi 4 : Di kedai makan
"Baby ni muka sebijik ikut ayah dia la,"

Situasi 5 : Bertemu jiran kampung
"Angah, anak kau bulat-bulat ikut orang sana (belah hubby)"

Kesimpulan...Aimee ikut muka abah dia
Sekian, terima kasih...:)

Wednesday, March 6, 2013

Hoki : Malaysia VS New Zealand

Semalam..5/3/2013..hubby ajak gi stadium kat Bukit serindit untuk menyaksikan perlawanan hoki antara Malaysia dan New Zealand. So, apalagi..dah lama tak gi  stadium. Last pegi time mengandungkan Aimee.

Tak ramai sangat yang tengok sebab ini hanya perlawanan persahabatan antara Malaysia dan New Zealand. Tapi sebab orang di atas ni cikgu hoki..kita pun ikut lah tengok..hehe..Aimee terpinga2 tengok orang ramai..

Team Malaysia baju biru. Team New Zealand baju hitam. Aduh..keciknya bola. Susah betul nak tengok..hihi..

Perlawanan berakhir dengan Malaysia menang 3-2 ke atas New Zealand. Tapi ikut aggt seri 5-5 kerana perlawanan sebelum ini Malaysia tewas 2-3. Apa2 pun permainan Malaysia boleh dikatakan baik. Malaysia antara terhebat di dunia dalam sukan hoki.

Aimee buat lawak. Time gol..dia menangis. Terkejut dengar orang menjerit..kesian anak ummi..

 Ummi love you, sayang..

The End