My Novel

Monday, January 14, 2013

Syukur : Selamat Tahun Baru & Selamat Hari Lahir

Harap tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca blog saya. 2013 menjelma meninggalkan 2012 yang saya anggap tahun yang cemerlang buat diri saya. Kenapa? Kerana saya temui bahagia pada tahun 2012..Menjadi isteri pada akhir 2011 dan dikurniakan cahaya mata September 2012..Terasa hidup saya sudah lengkap..Bahagia..

14 Januari 2013, genaplah usia saya 31 tahun...Sudah masuk angka 3..Hmm..Ada apa dengan angka (jawapan untuk orang yang dah tak berapa muda lagi..hehe)..Dalam usia begini, sy sudah temui apa yang saya inginkan. Tidak pernah sekali menyesal berkahwin dlm usia agak lewat (29 tahun), andai kebahagiaan ini yang Tuhan berikan kepada saya. Syukur..

Sambutan hari jadi di rumah mertua. Sebenarnya lebih kepada hari jadi anak buah saya Dhia Damia. Kalau saya sorang, tak adalah tiup2 lilin ni..hehe..




Tuhan, terima kasih atas kurniaan ini. Kini, saya sudah temui jawapan yang suatu ketika dulu sering saya tercari2. Kini saya mengerti hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ternyata Tuhan mempunyai agenda yang tersendiri untuk saya. Dia membiarkan saya menangis dahulu sebelum memberi bahagia kerana dia tidak mahu saya terus dan terus menangis. Oh, apabila memikirkan semua ini, air mata saya menitik kerana suatu ketika dulu, saya pernah mempertikaikan nasib diri sendiri.

Syukur saya mempunyai famili yang peyayang, happy go lucky dan sempoi. Dulu masa kecik2 selalu bergaduh tapi bila dah besar, seronok kumpul ramai2..cerita2, sembang2, gossip2..Ops..hehe..

Di awal perkahwinan, takut juga kalau2 tak ngam dengan famili mertua. Tapi, syukur..famili mertua juga baik2..saya heppy dapat mengenali mereka..dan dapat masuk ke dalam keluarga ini yang bagi saya memang sempurna.


Dan..permata hatiku, penyeri hidupku..Aimee Nur Aqeelah. Melihat Aimee membesar di hadapan mata, satu perkara yang sangat menggembirakan. Walaupun banyak kerenah si kecil ini namun..saya sentiasa rindukan dia..waktu kerja, hantar Aimee ke nursery pun dah rindu..tak sabar tunggu balik kerja..ambil dia..Aimee, ummi sayang Aimee..

Segala yang berlaku..ada hikmahnya..Tuhan, terima kasih atas bahagia ini..
Love my beautiful life..


2 comments:

Yanna_Lie said...

selamat menyambut hari lahir.. alhamdulillah.. bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang... dugaan ALLAH itu mesti... ALLAH memberi kita dugaan yang kita mampu mengatasinya.. sentiasa berdoa dan beribadah kepadaNYA...

ezi said...

yanna..
betul tu..
setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Tuhan lebih tahu apa yg terbaik untuk kita..