My Novel

Friday, November 6, 2009

Susahnya...Kalau Dah Kawan...



Senang tak kalau nak tegur kawan sendiri?. Bagi saya lebih senang tegur orang lain berbanding kawan sendiri sebab kalau dah member...kita tegur takut terasa pulak...paling teruk takut sampai putus kawan...ada ke macam tu?...

Pagi tadi, time keje, saya masuk keje pagi. Hanya dua orang yang masuk pagi. Habis settlekan sample pagi lebih kurang jam 8.30 (biasalah waktu-waktu macam ni). Saya tengok jam, 8.30 masih tak ada orang yang masuk keje. Mana pergi semua orang ni?. Saya buatlah sikit2 sample yang ada (sepatutnya time breakfast untuk orang masuk pagi). Saya belek jam lagi...8.40...masih kosong. Saya terus ke department saya (lab belakang). Releasekan report yang boleh keluar (biasanya saya tak breakfast sebab dah sarapan kat rumah). Saya ke depan semula untuk ambil report yang saya dah print (departmen saya tak ada printer..huhu...sedihnya). Saya tengok masih lagi lengang, cuma ada dua orang saja yang da start keje. Saya belek jam...8.50...Saya tanya member saya.."Mana pergi semua orang ni?. Tak keje ke?."...Member saya pun jawab..."Diaorang kat pantri. Makan."

Saya mula hot. Bukankah sekarang time keje?. Kenapa nak makan pula?. Kalau setakat lambat lima minit, tak apalah. Ini sudah masuk jam 9. Ada sesetengah budak opis saya memang begini. Sudahlah punch card sharp 8.30, lepast tu terhegeh-hegeh beli makanan...Dah tu makan sambil borak2...pukul berapa nak start keje?.

Saya bukannya aper...Saya bukanlah jenis yang berdisiplin. Kat sekolah dulu, saya selalu langgar peraturan sekolah. Saya ni memang tak berdisiplin langsung. Kalau tak, dah lama novel saya siap...hehe..Tapi, kerja di makmal tak macam kerja di opis biasa.(merujuk opis kakak dan adik saya). Kerja kat sini, sentiasa ada. Sample sentiasa datang tak kira waktu. Kalau orang pagi rehat kul 8.30...dan orang yang masuk kul 8.30 tak start keje...so, macammana dengan sample yang berlambak kat depan tu?...Sudahlah sejak akhir2 ni doktor asyik complain kenapa result lambat?. Kenapa test begini begini pun ambil masa lama?...

Saya kalau boleh cuba clearkan yang mana boleh. Buat semua kerja, biar result sampai kat doktor cepat. Barulah tak ada complain. Tapi...takkanlah saya seorang nak cover sampai 7 departmen?.

Berbalik pada cerita tadi (panjangnya memalut), saya terus ke pantri. Ingatkan nak sound jugak budak2 junior ni. Tapi kat dalam tu ada member saya. Dah member, so, saya pun tak bolehlah sound. Tapi saya tetap tegur. saya cakap baik2 dengan dia.." Eh, kau masuk kerja pukul berapa?." nada perli nih." 8.30." balasnya dia selamba. " Sekarang ni dah pukul berapa. Sample ada tu." " Alah, rilekslah Ezi. aku nak makan ni." " Sekarang ada sample tau. Dah 8.50 ni."

Saya terus pergi dan member saya merajuk. Mungkin...eh, bukan mungkin. Dia memang marahkan saya. Saya tegur dia pun dia buat tak layan dengan muka tak pandang langsung kat saya. Salahkah kalau saya tegur dia?. Salahkan kalau saya beritahu dia?.

Sebenarnya, ada juga orang lain dah cakap kat saya pasal member saya ni tapi saya buat tak layan je. Tapi sekarang saya tegur dia, dia marah. Dulu ada member saya yang lain tegur dia (tapi cara agak kasar), dia marah. Katanya cara tak kena. sekarang saya tegur dia cara yang baik, dia tetap tak leh terima.

Memang susah nak tegur kawan sendiri. Tegur secara senyum2 pun salah. Saya dah malas nak fikir. Biarlah dia fikir sendiri apa yang saya kata. Jangan sampai esok orang lain complain, baru nak berjaga2.
Susahkan....kalau dah kawan...

4 comments:

Miss casanova said...

sabarlah ezi.....kawan2 mmg macam tu....

ezi said...

miss casanova...
sebab kawanlah saya tak sound...just tegur baik2...tapi memang susah nak tegur kawan sendiri...

El_Liyana said...

mmg ssh nk tegur kwn tuh... klu dtegurkn ader yg muncung sebln..uiks...susah2

ezi said...

quantity serveyor...
memang susah sebab kawan...kalau tak kawan...sound je...peduli apa...hehehe