My Novel

Tuesday, November 24, 2009

Port Dickson Team Building 2009 : Fun and Enjoy!!!

Peserta-peserta team building group 1 (dari semua branch Pantai Premier)
Kumpulan saya yang di beri nama 'King Cobra'. We're the best...huhuhu


Game paling best, Pirates of Carribean (kat depan tu semua hot mama...hahaha)


Wakil Premier Melaka bersama facilitator2

Kami berempat wakil Premier Melaka



Pada entri yang lepas, saya ada menyatakan yang saya tidak menyertai team building kali ini. Memang pada awalnya saya tak jadi pergi tapi member saya yang seorang ni nak sangat pergi. dia minta saya temankan. Jadi, saya pun kumpul beberapa orang yang antara hendak dan tidak. So, kitaorang redah je...

21-22 November 2009, bertempat di Port Dickson. Pada awalnya, saya macam rasa tak best. Ye lah, saya ni malas bab-bab kerja berkumpulan. Saya tak suka buat aktiviti2 indoor. Kalau main2 tu tak apalah. Saya suka. Tapi, segalanya meleset. Jangkaan saya tak tepat. Saya rasa begitu seronok sehinggakan saya merasakan masa tak cukup dan nak teruskan lagi...

Seronok...Itu yang saya dapat katakan. Walaupun di beri tugas berkumpulan tetapi bila melaksanakannya, rasa hepi. Enjoy and fun!. Antara tugasan, kami di minta memberi nama kumpulan, buat bendera kumpulan dan juga lagu untuk kumpulan masing2. Kumpulan saya kita orang sepakat memberi nama King Cobra...Kumpulan yang glamor sebab ada maskot King Cobra...hehehe...Antara kumpulan lain : The Viking, Thundercats, Upin & Ipin, Eagle Warrior, Hoo Haa Haa...

Tugasan lain, kami di beri alat muzik asli yang berupa baldi, tin minuman yang berisi pasir, gayung dll...di beri 10 minit untuk membuat persembahan lagu, menyanyi, menari...hehe...time ni paling seronok dan kelakar..Walaupun mula2 tu tension gak sebab nak pk nak buat apa...last2, kitaorang redah je dan malam tu kitaorang semua enjoys gila...ketawa macam nak pecah perut. Apa yang penting, kita kena sporting...baru rasa enjoy dan fun!

Antara game yang berjaya menambat hati saya ialah Pirates Of Carribean (betul tak eja ha?.)..Kira macam treasure hunt lah. Time tu semua kami di minta menjadi lanun. Habis muka conteng2. Yang paling kelakar, setiap kumpulan mesti ada kapten dan hot mama. Dan hot mama (lelaki) di minta pakai pakaian perempuan yang berupa 'bra', kain dan mekup. Tabik untuk diaorang yang begitu sporting dengan pakai bra sambil jalan sekeliling hotel.

Dan kemudian, kami di beri soalan dan juga cabaran. Saya paling suka bab cabaran. Yang memaksa kitaorang menyelam dalam swimming pool dan juga bermain pasir. Semangat satu pasukan paling penting. Walau apa pun cabaran yang di beri, semuanya redah je. Yang penting nak selesaikan semua tugasan. Tahniah untuk semua team!.

Masa terlalu singkat. Cuma 2 hari 1 malam. Time nak balik tu, kitaorang ditayangkan gambar2 candid sepanjang team building. Apalagi...pecah perut ketawa. Dan sedih saat nak balik...Entah bila lagi dapat merasa semua ini...Hope tahun depan, akan lebih menyeronokkan lagi...

Thanks kepada semua yang terlibat...kawan2...rakan2 premier yang dah kenal mahupun yang baru je berkenalan..facilitator (tak ingat syarikat mana)...I really2 enjoy and saya rasa semua yang hadir juga enjoy...


*Pertama kali saya terlibat secara sepenuhnya dalam team. Biasanya saya jadi pengikut je tapi kali ini...hehe...kira boleh jadi leader nih!

*Dalam gambar saya nampak gemuk...Saya rasa saya dah gemuk ni...Tak boleh jadi..Mulakan diet!!!

*Branch yang ambil bahagian dalam group 1 (Melaka, Pandan Indah, Bangsar, Kuantan, Johor, Cheras, Klang, Batu Pahat...(ada lagi tak ha?)

*Selepas ni ada tiga lagi group yang akan pergi...



No comments: