Saya sebenarnya minat novel berbentuk thriller dan aksi. Saya amat kagum dengan novel2 karya Ramlee Awang Mursyid. Novel dia lain dari yang lain dan saya mula suka novel-novel RAM sejak membaca Bagaikan Puteri dan saya sekarang sedang cuba mendapatkan novel2 RAM yang lain.
Berbalik pada bengkel tersebut, banyak pengetahuan yang disampaikan novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan juga Encik Nordin yang dikenali dengan nama Eyman Hykal. Mereka tidak lokek ilmu dengan mengajar peserta bengkel pelbagai ilmu untuk menghasilkan gren novel sebegitu. Banyak ilmu yang kami perolehi dan ada skil-skil yang diajar yang selama ini saya tidak pernah gunakan pada novel2 saya sebelum ini.
Kami terlalu teruja dan seronok sehinggakan masa makan tengahari pun terlajak. Waktu balik pun terlajak juga kerena masing-masing teruja untuk bertanya. Masa terasa berlalu begitu pantas dan saya rasa terlalu singkat bengkel ini. Namun, saya ucapkan terima kasih pada Alaf21 kerana menganjurkan bengkel ini dan seronok juga dapat berkumpul dengan rakan2 penulis dan ada yang baru hendak menulis. Penulis atau bukan, tiada bezanya kerana kami mempunyai satu persamaan iaitu minat!
6 comments:
bestnyer.... rugi klu novelis x sertai bengkel nih kn....
quantity serveyor...memang best bukan saja untuk penulis malah kepada mereka yang minat menulis...banyak ilmu yang diperolehi...:)
woha.. terjah2.. dah ulas dan kupas.. hehe.. salam kenal ezi..
akimsensei..
cam kenal jer...hehehe
salam kenal...:)
Assalamualaikum Ezi,
Masih ingat Kak Nini? Well, akak dah tinggalkan jejak di sini. Blog akak dah lama tak di update..bz nak kejar dateline!
Anyway, tak jumpa novel Ezi. Kat mana nak beli?
Hai kak Nini...mestilah ingat...mana boleh lupa...hehehe...buku kita ada kat popular, mph...cuba lah try cari...hehehe
Post a Comment