My Novel

Thursday, April 2, 2009

Novel Ke Dua : Akan Datang!!!!


Satu perasaan yang sukar diungkapkan apabila melihat cover depan karya ke dua saya. Terima kasih tak terhingga kepada penerbit Fajar Pakeer kerana sudi memberi peluang untuk saya terus berkarya. Novel ke dua saya yang bertajuk DIAM-DIAM RINDU akan berada di pasaran tidak lama lagi dan dijangka ada semasa pesta buku di KL nanti. Harap karya saya ini dapat diterima oleh semua pembaca. Muaaaah....
"Jika cinta ini satu gurauan
Mengapa perpisahan begitu menyakitkan"
Elisya, seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun ada kalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapak di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.

4 comments:

ZulBahau said...

Tahniah kepada generasi yang kreatif spt anda. Selamat berjaya

ezi said...

ZulBahau...
Terima kasih ya...Dapatkanlah novel saya ni..hehe...

yez_zzza said...

TAHNIAH! atas kemunculan novel yang ke-2... moga U dapat idea yang kreatif untuk mencipta sebuah lagi novel yang menarik.. GOOD LUCK!

ezi said...

yez_zzza,
terima kasih ye...dapatkanlah nanti buku saya tu...harap awak dapat beri komen yang membina untuk saya...thanks a lot...