Pesta buku 2009 sudah beberapa hari berlangsung namun saya masih belum berkesempatan untuk pergi ke sana. Maklumlah, saya ni orang jauh (Melaka tu jauh ke?...hehehe). Tapi, saya tetap akan ke sana pada 26 hb ini (hari terakhir pesta buku) kerana saya bertugas di booth Fajar Pakeer pada hari berkenaan.
Dalam minggu ini, saya sering menjengah blog-blog penulis. Pasti ada pelbagai kisah tentang book Fair kali ini. seronok saya baca cerita-cerita mereka. tetapi dalam seronok-seronok ada debar di hati (chewah)...debar kenapa ye?...
1. Ini kali pertama saya ke pesta buku sebagai penulis. Sebelum ini saya hanya datang sebagai pembeli. Jadi sebagai penulis baru saya gementarnya...huhuhu...
2. Mintak-mintaklah tiba sana nanti ada orang akan tegur saya. Kalau tak ada, hehe kesiannya saya. Saya ni jenis pemalu..(perasan...huhu)...yelah, orang kita tak kenal, takkan tiba-tiba nak buat lawak gila2 kan. tapi saya tahu penulis2 FP semuanya baik2 belaka. tegur2lah saya ye...huhuhu.
3. Ada ke orang nak beli buku saya?. Ada gak persoalan ini bermain di fikiran saya. Siapalah saya berbanding penulis-penulis yang dah ada nama. Saya cuma penulis yang baru saja ada dua buah buku. Nama pun masih tak dikenali. Macammana tiba-tiba kalau tak ada langsung yang beli...huhuhu. Tergelak adik saya bila dengar saya cakap macam ni. Ah, rezeki ada di mana- mana. Kita jangan mudah berputus asa. Kita bermula dari bawah. Penulis terkenal sekarang ini pun bermula dari bawah. Jadi, chayok!...hahaha...saya bagi motivasi kat diri sendiri...
Akhirnya, saya memang tak sabar nak ke pesta buku kali ini. Ada beberapa buku yang saya dah setkan dalam kepala otak saya ni untuk dibeli..huhuhu...jumpa di sana ya!!!!!
No comments:
Post a Comment