My Novel

Wednesday, February 20, 2013

Pengkalan Balak - Part 1

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas,sy dan hubby berfikir2 manalah nak pergi bercuti. Cuti pun panjang ni. Kitaorang cari tempat yang dekat2 memandangkan Aimee masih kecil lagi. Pada mulanya kami bercadang untuk ke Port Dickson tapi kebanyakkan hotel full. So, last2 kitaorang check in kat Pengkalan Balak saja.

Pengkalan Balak? Kat mana tu? Mesti ramai yang tak pernah dengar. Pengkalan Balak ni nama pantai kat Melaka. So, kitaorang pegi bercuti di Melaka saja.

Aimee kat dalam kereta. Suka dapat berjalan ye sayang..

Kami check in kat Chalet Damar Suria Resort. Chalet biasa2 jer. Tak kisahlah asalkan bersih dan selesa. Check in 2 hari. Aimee bergolek2 atas katil. Suka sejuk ada air cond..



Pemandangan pantai dari bilik kami.. 

Saya dan Aimee - makan malam di Medan Ikan Bakar
 
Hidangan kami..ikan cencaru bakar, ketam masak pedas, sotong goreng tepung dan air tembikai..yummy..yummy....


Hubby dan Aimee yang comel - berjalan2 kat tepi pantai..

Aimee confius tengok ombak..entah apa yang difikir anak kecil ini..

Aimee!! Sila bangun!! Kita datang nak bercuti sayang. Bukan nak tido!!..Hehe, Aimee dah penat berjalan, tertidur pulak. Best tido kat sini. Angin bertiup nyaman..huhu..

Aktiviti hubby dan Aimee..sempat memancing lagi pakwe sorang ni..

Aimee Nur Aqeelah..anak sayang ummi dan abah..moga jadi anak yang baik nanti. Insyaalllah..

Note : Part 2 akan menyusul ya..rajin2 la ke blog saya..:)

4 comments:

masriza said...

Thanx.

Kenangan sungguh di Pengkalan Balak. Maybe akan ride ke sana semula. Insya Allah.

Fuh, ikan bakar.

ezi said...

hehe..pantai ini biasa2 ajer..tapi best lah untuk santai2..:)

El_Liyana said...

eksen je aimee tuh... bukan dia penat berjalan pun... yang penat ummie die... hik3

ezi said...

ummi dia penat sbb dukung Aimee dan nk bawak diri sendiri..haha..