My Novel

Monday, August 3, 2009

Di Serang Demam...

Agak lama blog ini sunyi sepi. Ke mana saya menghilang?..Hehehe...saya tak ke mana-mana. Ada jer kat rumah...kat opis menjalankan rutin harian seperti biasa. Cuma, sekarang ini gempar dengan kes H1N1. Sebagai pekerja yang bekerja di hospital, kes ni cukup dirasai..Sebagai langkah berjaga-jaga, kami (pekerja) kena pakai mask semasa bertugas.
Sabtu lepas, saya di serang batuk dan selsema. Oh, tidak!. Saya dah risau. Segera terbayangkan kes H1N1. Takut pun ada apatah lagi penyakit ini telah mengakibatkan beberapa kematian termasuk di Melaka. Sebelum merebak, saya dan adik saya (demam) segera pergi ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan.
Ramai!. Begitulah keadaan di hospital. Rata-rata semuanya batuk-batuk. Sekarang nampaknya musim demam. Di tempat saya bekerja pun ramai yang demam. Tapi, nak sihat punya pasal, tunggulah turn...hehehe


Sebenarnya, yang demam cuma dua orang...yang lain tu saja pergi check...hehehe


Anak dara mak saya...demam-demam pun sempat possing...huhuhu

Alhamdulillah...semuanya dalam keadaan baik.. Saya dan adik sekarang dah baik demam...cuma tinggal batuk-batuk sikit...Tapi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati...Masih ramai kanak-kanak yang berkeliaran di hospital...bermain sesama sendiri...Saya ingin mengingatkan bahawa hospital adalah kawasan yang tak baik untuk kanak-kanak melainkan yang ingin mendapatkan rawatan apatah lagi wabak H1N1 kini semakin meluas...Pada yang terbaca blog saya ini, janganlah bawa anak-anak kecil jika mereka tidak sakit...hal ini pun sudah diberitahu oleh pihak hospital..tetapi kenapa ramai yang tak endah?...
Dan yang ke dua...pakailah mask atau penutup mulut tak kira anda sihat atau tidak..Jika anda tak sihat, ini adalah supaya virus tidak merebak kepada orang lain dan jika anda seorang yang sihat, janganlah rasa malu untuk memakai mask kerana ianya untuk perlindungan diri sendiri.
Skian terima kasih dari saya...huhuhu...

6 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

SALAM EZI SWEET WORLD,

SEMUA ANAK DARA MAK EZI DAH NAMPAK MACAM DOKTOR BEDAH PULAK..

ezi said...

Kontraktor wibawa...
hehehe...cita-cita tak kesampaian kot...huhu

El_Liyana said...

tul la ezi.... x dpt jd doktor, bergaya ala-ala doktor pn ok gaks kn?...hehehehe

ezi said...

Quantity serveyor...
Betul tu...gambar cam doktor kira ok gak kan...hehehe

Beebee said...

Demam selsema ke, demam panas ke,H1N1 selsema **** ke, memang menyakitkan.Iala sebagai dugaan dan kifarah atas dosa kecil yang kita lakukan.Tapi kalau demam cinta boleh jadi angau...

ezi said...

beebee...demam cinta?...cam lagu candy plak...hehe