Diam tak diam dah lapan hari kita berpuasa. Sungguh!, saya pun tak menyedari Ramadhan sudah masuk hari ke lapan. Sekejapnya masa berlalu.
Ramadhan yang saya lalui ada kelainannya berbanding Ramadhan yang sudah-sudah. Perkara pertama yang nampak sangat perbezaannya adalah ketika berbuka puasa. Tiada lambakan makanan. Hanya makanan utama dan sedikit kuih untuk pembuka makan. Makanan yang diambil pun tidaklah banyak sangat. Tidak sampai perut mengah. Air pun hanya segelas atau segelas setengah. Tidak seperti dulu, air kena dua tiga jenis. Kali ini sejenis sahaja dah cukup.
Saya rasa waktu kecil saya makan lebih banyak berbanding sekarang ini. Hehehe. Dan sebagai kelebihannya, solat Terawih kali ini ada sedikit kemajuan (dari segi mengantuk)...hehe...
Pasar Ramadhan pun saya jarang pergi. Kebanyakkannya, kuih emak yang buat. Jadi, tiadalah membazir sangat.
Dari segi kerja?...Em...tiada bezanya. Saya tetap bekerja macam biasa. Setakat lapan hari berpuasa, saya tiada cuti lagi. Even first puasa (public holiday) pun saya kena kerja. Balik time tu dah lambat. Jam 6 baru keluar opis. Time tu siap berharap agar masa berlalu dengan lambat...(orang lain nak cepat supaya cepat berbuka...:)..Last-last sampai rumah dekat pukul 7...Nasib baik sempat...:)
Apapun, saya mengharapkan Ramadhan kali ini memberi erti dalam hidup semua umat Islam...SALAM RAMADHAN...
No comments:
Post a Comment