My Novel

Sunday, June 14, 2009

Novel ke Tiga: Kerana C.I.N.T.A. kini di pasaran!!!




" Izinkan aku menjadi sinar
Yang menerangi hari-harimu"

Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cinta mereka sengsara.

CINTA – Seorang gadis yang kematian ibubapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya. Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri yang berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri…

HAIRI – Cintanya tehadap Salina tiada tandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang di sayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri…

Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A.

4 comments:

Unknown said...

Salam,

Tahniah... dah ketiga (",)

ezi said...

Rehal...
Terima kasih ye...:)

El_Liyana said...

tahniah... atas kemunculan novel yg ke-3 nih.. biler baca sipnosisnya cam best jer... x sbr nk beli KERANA C.I.N.T.A

ezi said...

yezz_zza...
KC dah kuar di pasaran...dapatkanlah ye...nanti boleh beri saya komen membina...hope enjoy...:)