My Novel

Monday, May 4, 2009

Diam-Diam Rindu...(Sedikit Petikan)


Sejak tadi suasana sepi sahaja. Masing-masing hanya melayani perasaan masing-masing tanpa sedikitpun berbicara. Elisya diam. Dia menguis-nguis pasir dengan jarinya. Sesekali melirik ke arah Amir yang sedang merenung laut jauh ke hadapan. Elisya tidak berani bersuara. Hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Petang tadi Amir muncul di depan rumah sewa milik Ina dan Dilla. Kedatangan Amir tidak begitu memeranjatkan Elisya malah dia sendiri sudah menjangka akan kedatangan pemuda itu. Cuma dia tidak menduga secepat itu Amir akan sampai ke Pulau Langkawi ini.
Tanpa berkata apa-apa, Amir terus mengajak Elisya keluar dan Elisya hanya menurut sahaja apabila Amir membawanya ke pantai Cenang. Pantai yang merupakan tempat mereka selalu bersama dahulu dan kini sekali lagi pantai itu menyaksikan pertemuan mereka tetapi tidak pasti adakah pertemuan ini akan membawa bahagia atau sebaliknya.
Amir masih lagi berdiam diri menyebabkan Elisya mula rasa tidak selesa. Adakah datang ke sini hanya untuk berdiam diri sahaja?. Hanya untuk menikmati suasana petang tanpa apa-apa bicara?. Namun, di dalam rasa tidak selesa itu, hatinya terasa berdebar. Apa pula kali ini?. Adakah Amir ingin terus menjadikan pantai ini menghiasi kenangan manis mereka dengan membawa berita yang menggembirakan atau sekadar mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinannya nanti?.
Sesekali Elisya melirik cincin silver di jari Amir. Amir masih memakai cincin itu lagi sama seperti dirinya. Cincin yang melambangkan persahabatan mereka. Kerana cincin itulah mereka terpisah dan kerana cincin itu jugalah mereka bertemu kembali. Ah, cincin itu benar-benar membuat Elisya bersalah untuk memberitahu Amir sesuatu.
“ Mir, saya ada sesuatu yang nak di katakan pada awak.” Ujar Elisya memecah kesunyian yang tercipta antara mereka. Elisya memberanikan dirinya bersuara. Berita perkahwinan dia dan Fikri perlu di sampaikan tidak kira sama ada Amir sudah mengetahuinya ataupun belum. Dia tidak mahu membelakangi Amir dengan merahsiakan hal ini. Bukankah dia pernah berkata dulu yang dia akan memberitahu Amir jika dia ingin berkahwin kelak tidak kiralah sama ada perkahwinan itu secara sukarela atau sebaliknya. Namun, dalam debar itu hatinya tiba-tiba sayu. Sedih mengenangkan pantai ini bakal menjadi saksi berakhirnya satu hubungan. Hubungan yang tiada nama.
“ Saya pun ada perkara nak di katakan pada awak.” Amir tiba-tiba bersuara sambil memandang laut di hadapannya. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan Elisya di saat itu. Dia tahu apa yang ingin Elisya sampaikan. Pasti berita yang sama dia dengar melalui Fikri. Kalau boleh dia tidak mahu mendengarnya. Dia tidak mahu mendengar berita itu dari mulut Elisya dan kalau boleh dia tidak mahu mendengar cerita lain melainkan cerita antara dia dan Elisya. Hanya cerita mereka berdua.
Amir menguatkan semangatnya. Dia akan meluahkan segalanya hari itu. Dia ingin memberitahu Elisya bahawa betapa pentingnya Elisya di dalam hidupnya. Dia ingin menyatakan bahawa gadis itulah yang sentiasa bertakhta di hatinya selama ini. Dia ingin menjelaskan bahawa pertunangan yang tercipta antara dia dan Zarin adalah suatu kesilapan. Dia ingin memberitahu segala-galanya. Selebihnya, terpulang kepada Elisya untuk membuat keputusan. Jika Elisya masih ingin meneruskan perkahwinan itu, Amir turut tumpang gembira. Sekurang-kurangnya dia tidak menyesal dan terkilan kerana perasaannya sudah diluahkan walaupun hatinya bakal terkecewa. Dan sebaliknya, jika dialah pilihan Elisya, pasti dialah manusia yang paling gembira tatkala itu. Selepas itu dia tidak mahu fikirkan apa yang akan terjadi. Biarlah semua yang terjadi. Dia akan harunginya. Dia tidak gentar dan dia tidak mahu mengalah lagi. Sesungguhnya kata-kata semangat yang dilemparkan oleh Lokman dan Faiz benar-benar membuatkan dirinya lebih yakin.
Elisya menutup matanya rapat. Betapa dia rindukan suara Amir. Betapa dia rindukan pemuda itu tetapi…
“ Mir…” Elisya menarik nafas dalam-dalam.
“ Saya suka awak.”
Kata-kata Amir membuatkan Elisya terkedu. Segera dia menoleh ke arah Amir. Di tenung lama wajah itu. Amir masih merenung jauh ke arah laut. Elisya terdiam seketika, menanti bicara Amir seterusnya.
Amir memberanikan dirinya mengadap ke arah Elisya. Wajah gadis yang begitu dirinduinya ditenung dalam dan di saat itu, dia dapat lihat air mata Elisya mula bergenang.
“ Eisya, puas saya memaksa diri saya supaya tidak menyukai awak tetapi saya gagal kerana dalam otak saya hanya fikirkan awak. Dalam hati saya hanya ada awak hingga sukar untuk memikirkan orang lain kerana dalam minda saya hanya fikirkan awak.”
Air mata Elisya akhirnya gugur apabila mendengar pengakuan dari Amir. Inilah kali pertama Amir meluahkan perasaannya sepanjang perkenalan mereka dan Elisya benar-benar terharu dengan kata-kata Amir itu.
Amir memegang bahu Elisya. Dia menarik Elisya rapat kepadanya. Dengan perlahan Amir mengucup dahi Elisya membuatkan air mata gadis itu mengalir semakin laju.
“ Mir.” Elisya tidak dapat mengawal perasaannya. Dia memeluk Amir erat dan dia dapat rasakan Amir membalas pelukannya. Elisya menangis teresak-esak di dalam dakapan pemuda itu.

7 comments:

faRid said...

nak..nak..nak..(bukan hantu nek nak tau) buku 2..wah...bagi la satu..

yez_zzza said...

btul kata si farid tuh... byk nyer buku....

* sedekah ar kt sni satu.. wt amal jariah

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu melawat blog anda

ezi said...

farid, yez_zzza...
nak buku ye...hehehe...leh...leh...nanti kita calling2 yer...

ezi said...

pakKaramu...
Selamat melawat pak...:)

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

HEHEHE..
AKU DATANG MENJENGUK MU..

ezi said...

kontraktorwibawa...
datang2lah selalu...huhuhu