My Novel

Monday, January 19, 2009

RAGAM 2 : Terlupa, tak ingat atau tak tahu...

Ketika ini orang ramai sibuk memperkatakan tentang peperangan yang berlaku di Gaza. Hal ini mendapat liputan yang meluas. Berita ini sering kedengaran di surat2 khabar, televisyen malah radio juga. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai tentang situasi ini.
Ramai juga rakyat Malaysia ingin memboikot barangan keluaran AS. Dengan cara ini saja kita dapat lakukan untuk menunjukkan protes terhadap serangan di Gaza. Namun, berapa ramaikah yang mengikut pemboikotan ini?.
Sabtu yang lepas, saya kerja separuh hari. Balik dari kerja, saya terus menuju ke pekan untuk mengambil barang yang sudah saya tempah. Dari jauh saya terlihat restoran KFC, saya tersenyum sendiri. Tempat itu kelihatan lengang berbanding hari2 yang lalu di mana tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai dan juga pelajar2 sekolah asrama yang 'outing'. Namun, ketika saya melintasi (jarak dekat), restoran tersebut, terdapat dua pasangan kekasih (mungkin kekasih) sedang menikmati makanan di situ. Yang sedihnya, mereka adalah orang melayu, bertudung lagi. Adakah mereka terlupa akan peperangan umat Islam di Gaza?. Atau mereka pura-pura terlupa atau sebenarnya mereka tidak tahu akan wujudnya isu ini?.
Ini baru di pekan yang kecil di tempat saya. Saya yakin di tempat lain juga ada berlaku. Di sini saya ingin bertanya...berjayakah isu boikot ini seandainya hanya segelintir sahaja yang menurut dan di sini...marilah kita sama2 mendoakan umat Islam di Gaza.

6 comments:

eddie said...

saya..memang jarang pergi kfc dan sebagainya..

ezra said...

eddie...baguslah...tak payah susah2 nak makan KFC dll...

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Boikot? satu perkataan yang selalu kita dengar kat malaysia ni. tapi semua nya tak menjadi. masa harga gula mahal,kita boikot gula pasir atas alasan kesihatan. masa beras mahal, kita di ajak boikot beras. jangan makan nasi, makan ubi kayu jer. bila marah kat amerika dan israel, kita di ajak boikot KFC pulak. Boikot KFC bersamaan kita boikot produk ayam tempatan. penternak ayam, pekerja KFC semuanya orang malaysia malah lembaga tabung haji pun ader share dalam KFC..

ezra said...

kontraktor wibawa...
kalau sesetengah orang jer yang jalankan boikot ni...tak bermakna...apa-apa pun...tepuk dada, tanya diri sendiri...:)

yez_zzza said...

aku klu nk bli kfc xderla.... klu org blanjer aku bedal laa...

*hehehe... suker org blanjer

ezra said...

yez_zzz
hehehe..da orang belanja...apalagi...:)