Ini merupakan compeny trip saya yang kedua saya ikuti. Ia berlangsung pada Ogos 2008 yang lalu. Seperti tahun sebelumnya, saya masih memilih team satu untuk pergi. Jadi, dapatlah saya berjumpa semula dengan team satu tahun lepas daripada cawangan2 yang lain.
Sebenarnya, saya bukanlah selalu sangat pergi bercuti. Malah memang jarang. Mungkin faktor masa yang terhad, kesibukan yang kadang-kala melampau dan juga faktor kewangan membuatkan saya terperap je kat Melaka ni...hehehe. So, bila ada peluang sebegini, saya takkan lepaskan peluang.
Pertama kali tiba di Pulau Perhentian, saya begitu terpegun melihat suasana pulau kerana ini merupakan kali pertama saya bercuti di pulau (selain Pulau Langkawi). Pasirnya yang putih, pantai yang bersih serta laut yang biru dan jernih memikat hati saya.
Selain itu, aktiviti snorkling juga saya tak dapat lupakan. pada mulanya agak takut untuk terjun ke laut. saya antara orang terakhir yang berbuat demikian kerana saya ni tak tahu berenang dan penakut masuk laut yang dalam walaupun dah ada life jacket. Namun, bila dah diberi tunjuk ajar dan dah serasi, sayalah antara orang terakhir yang naik bot untuk balik kerana tak puas berenang dan menikmati keindahan laut yang terdapat pelbagai jenis ikan dan batu karang yang pelbagai rupa.
Apa yang saya dapat selama 3 hari dua malam ini adalah satu pengalaman dan percutian yang menyeronokkan...:)
No comments:
Post a Comment