My Novel

Thursday, January 15, 2009

RAGAM 1 : Kereta yang slow...

Manusia ada banyak ragam...saya suka melihat ragam manusia yang adakalanya membuatkan saya ketawa, geram, marah, gelihati, sedih dan macam-acam lagi.
Kali ini saya ingin menulis tentang ragam pemandu-pemandu di jalan raya. Sebenarnya, setiap hari saya akan berada di jalan raya (memandu) kerana saya drive untuk pergi kerja. Kalau cuti pun, saya pasti akan keluar rumah. Ada sahaja benda yang saya ingin lakukan. Jadi, pelbagai gelagat di jalan raya yang saya lihat setiap hari.
Memandu terlalu slow...Anda pernah alaminya tak?. Adakan anda berada di belakang kereta yang slow atau anda sendiri yang memandu slow?..Kalau anda berada di belakang kereta yang slow tu, banyak2 kan bersabar tetapi jika anda yang memandu slow tu, fikir2kan lah nasib orang di belakang anda.
Perkara ini bukannya sekal dua saya alami malah hampir setiap hari. Saya tahu, mungkin pemandu berkenaan berhati2 di jalan raya. kononnya memandu secara berhemah tetapi agak2 lah bang, kak oi. Kalau anda memandu terlalu slow di jalan yang lurus dan tidak sibuk, anda juga akan menganggu lalulintas. Di sebabkan anda, ramai pemandu lain yang tersekat dan jalan menjadi sesak.
Saya sering berada dalam situasi begini sehinggakan saya naik marah. Pagi2 hendak pergi kerja, mood saya sudah tiada disebabkan pemandu sebegini. Kalau setakat bawa 40 km/j di jalan yang tak sesak, baik jalan kaki saja. Sudah tu, kalau masih mahu bawa se'slow' itu, himpitlah sedikit ke kiri jalan. Ini tidak, duduk tengah2 jalan. Kita yang nak potong ni pun, susah. Sudahlah kereta dari arah bertentangan ada. Bengang juga saya kadang2.
Saya alaminya hampir setiap hari dan yang peliknya....pemandu sebegini selalunya pemandu kereta mewah..kereta jenis mahal...Entah, mungkin untuk menjaga kereta mahalnya itu kot berbanding kereta saya...saya redah jer...

4 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Depa bawak slow sebab nak jimat minyak la angah, kereta mahal kuat makan minyak sebab c.c besar...

ezi said...

nak jimat minyak pun jangan susahkan orang lain...betul tak?...:)

El_Liyana said...

klu sumer keta nk laju.... xderla keta bwk slow....

* suker yg sdg2 sajer

ezi said...

yez_zzza...
betul gak tu...kalau takde kete slow...tak 'indah' la jalanrayer...huhuhu