KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 9)
BAB
9
Deringan telefon bimbit
menjerit-jerit minta diangkat. Namun, Tuah Iskandar hanya memandang dengan
pandangan sepi. Kemudian, deringan itu berhenti. Tuah Iskandar kembali
mengalihkan pandangan ke arah skrin televisyen yang besar yag terdapat di ruang
tamu rumah banglo dua tingkat itu.
Keadaan rumah besar itu sunyi sepi. Hanya
suara dari televisyen sahaja yang meriuhkan suasana. Tuah Iskandar mengeluh
seketika. Kemudian, dia memicit alat kawalan televisyen, menukar dari satu
rancangan ke rancangan yang lain. Tiada rancangan yang menarik minatnya.
Semuanya membosankan. Dan akhirnya dia menekan butang off.
Suasana terus sepi…
Tuah Iskandar membaringkan tubuhnya
di atas sofa. Menarik nafas dalam-dalam.
Bayangan gadis itu muncul di fikirannya. Pada penilaiannya, paras rupa
gadis itu biasa-biasa saje. Mungkin lebih kepada comel berbanding cantik.
Mungkin kerana tubuhnya yang genit menyebabkan gadis itu kelihatan lebih muda
dari usia sebenar.
Namun, ini bukan soal rupa. Dia
tidak pernah menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Jadi, sebab apa dia
memilih gadis itu jika bukan berdasarkan rupa? Kerana budi pekertinya? Tidak!
Bukan kerana pekertinya kerana dia tidak pernah mengenali gadis itu. Meskipun
dia yakin gadis itu dalah orang baik-baik tetapi dia tidak tahu sikap sebenar
gadis itu.
Jadi, apa sebab dia memilih gadis
itu menjadi kekasihnya?
Tiada sebab
Dia hanya tahu dia sukakan gadis
itu.
Dan kerana suka, dia ingin
menjadikan gadis itu kekasihnya.
Dia tidak tahu bagaimana cara untuk
melamar gadis itu menjadi kekasihnya. Dia bukan lelaki yang romantik. Dia bukan
lelaki yang pandai menyusun ayat-ayat manis untuk gadis yang diminati. Dia tidak
tahu semua itu. Apa yang dia tahu, dia sukakan gadis itu. Apa cara dan
bagaimana, semua itu tak penting. Yang penting, dia sudah meluahkan
perasaannya.
Kini..Hani adalah kekasihnya. Suka
atau tidak, gadis itu kini adalah kekasihnya. Sengaja dia membuat keputusan
sendiri tanpa mendengar jawapan gadis itu kerana dia tidak mahu kemahuannya
ditolak. Dia tidak mahu Hani menolak cintanya.
Jika di fikirkan apa yang telah dia
lakukan…memang gila dan tak masuk akal. Tanpa sebarang kata-kata, dia sudah
membuat keputusan yang Hani adalah kekasihnya. Biarlah..biarlah apa orang akan
kata dengan caranya yang penting, dia ikhlas. Dia ikhlas mencintai gadis itu.
Kelakar sungguh! Tuah Iskandar jatuh
cinta? Bagaikan tak dapat di percayai. Kalau Zulkifli tahu tentang hal ini,
pasti pecah perut rakannya itu ketawa. Tuah Iskandar di lamun cinta? Dengan
budak satu fakulti dengan Zulkifli? Sungguh tak masuk akal!
Tapi itulah kenyataannya. Tinggal
setahun lagi dia di kolej, hatinya terusik untuk mengenali seorang gadis. Buat
kali pertamanya dia bersungguh-sungguh tentang soal hati dan perasaan. Buat
kali pertamanya hatinya berirama apabila melihat seorang gadis. Buat kali
pertamanya dia jatuh cinta!
Namun, adakah gadis itu mengakui
yang mereka kini adalah pasangan kekasih?
Deringan telefon membuatkan dia
tersentak. Secara spontan dia menjawab panggilan itu. Namun, suara yang
kedengaran di hujung talian membuatkan dia mengeluh. Kesal juga kerana menjawab
panggilan tersebut. Jika dia tahu sang pemanggil ini yang membuat panggilan,
pasti dia akan membiarkan saja deringan telefon itu berbunyi dan terus
berbunyi.
“Tuah, kau dekat mana ni?” terdengar
rengekan manja Lilia di hujung talian.
“Kenapa?”
“Dari tadi aku call, engkau tak angkat pun,”
“Kau nak apa?”
“Tuah, boleh tak kau berlembut sikit
bila bercakap dengan aku? Ini tak, suara macam orang nak marah saje sepanjang
masa,”
“Itu cara aku. Kalau kau tak suka,
kau tak payah call aku,”
Terdengar degusan kasar di hujung
talian.
“So,
apa kau nak?” Tuah Iskandar sudah malas untuk berbual dengan Lilia. Terasa
ingin di matikan saja talian namun dia masih ada perasaan kasihan. Masih ada
belas ihsan.
“Are
you free tonight?”
“Tak. Aku busy?”
“Kau ada apa?”
“Kau tak payah nak tahu apa aku
buat. Just do your own business,”
“Tuah,”
“Lilia, kalau tak ada perkara
penting, aku off dulu,”
Sekali lagi Lilia mendegus kasar.
Belum sempat Lilia menjawab, Tuah
Iskandar segera memutuskan talian. Sudah bosan dengan sikap Lilia yang seperti
tidak faham bahasa. Kemudian, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan
dia kembali memikirkan gadis bertudung itu.
Baru saja dia hendak bermonolog
dengan diri sendiri, telefon bimbitnya berdering lagi. Dia menjengah nama yang
tertera. Memilih nama yang perlu dijawab dan nama yang perlu diabaikan
panggilannya. Namun, panggilan kali ini bukan dari si pengacau. Lantas, dia
menjawab.
“Pagi ini,” suara Kojek terus menuju
ke gegendang telinganya. Tanpa salam, tanpa bertanya khabar, Kojek terus kepada
tujuannya.
“Pukul berapa?”
“Satu pagi,”
“Di mana?”
“Tempat biasa,”
“Okay,”
“Tuah,”
“Hmm..”
“Kali ini aku nak kau menang sebab
kali ini habuannya sangat besar,”
Tuah Iskandar diam.
“Aku tahu kau tak akan menghampakan
aku,” ujar Kojek separuh berbisik dan kemudian di ikuti dengan tawa yang
mengilai sebelum memutuskan talian.
Tuah Iskandar memandang jam di
tangannya. Baru jam sembilan malam. Masih banyak masa lagi. Lantas dia terus
berbaring di sofa sambil melelapkan mata.
**********
“Siapa perempuan tu?”
“Perempuan mana ni?”
“Hei, I ni belum buta lagi tahu tak?
You jangan ingat I tak nampak you dekat hotel tadi,”
“Apa yang you merepek ni?”
“Oh, bukan main mesra lagi. Siap
berpegang tangan, peluk-peluk pinggang. You ingat I tak nampak?”
“Oh, jadi you mengintip I lah? You
dah tak ada kerja lain?”
“Jadi, betullah perempuan gatal tu
perempuan simpanan you? Dasar lelaki tak sedar diri. Dah tua masih ada hati
nakkan perempuan muda. Hei, orang tua. Sedarlah sikit diri you tu,”
“You jangan nak mengata I sebelum you
cermin diri you sendri,”
“Apa yang you cakapkan ni?”
“Telinga I ni masih belum pekak. You
ingat I tak tahu you ada anak ikan? Budak mentah entah dari kolej mana. Berapa
you bayar dia sebulan ha?”
“You jangan nak menutup salah you
dengan cari salah I pulak,”
“Memang itu kenyataannya kan?”
“You lelaki tua gatal tak sedar
diri,”
“You tu perempuan murahan!”
“Shut
up!”
Pertengkaran yang berlaku di antara
sepasang suami isteri terus terhenti apabila terdengar jeritan anak tunggal
mereka. Serentak mereka berdua berpaling.
Tuah Iskandar mengambil jaket yang
tersidai di atas sofa dan mencapai kunci motornya. Tanpa berpaling, tanpa
sebarang kata, dia melangkah keluar dari rumah itu. Beberapa saat selepas itu
kedengaran ngauman enjin motor berkuasa tinggi terus membelah kepekatan pada
malam itu.
Hati Tuah Iskandar membara.
**********
Kojek menepuk-nepuk tangannya sambil
melangkah menghampiri Tuah Iskandar. Saat berdepan dengan pemuda itu, dia
menepuk bahu Tuah Iskandar dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
“Syabas Tuah! Syabas,”
Tuah Iskandar diam sahaja.
“Aku suka kau. Kau dah buat aku
untung besar,” Kojek tertawa puas.
“Aku tak akan lupakan habuan untuk
kau. So, enjoy your night,” ujar
Kojek sambil menghulurkan satu sampul yang berisi wang hadiah kemenangan malam
itu beserta dengan seorang gadis yang berdiri di sebelahnya dengan pakaian
ketat, sendat dan seksi.
“I ikut you balik ya sayang,” gadis
seksi itu memegang lengan Tuah Iskandar sambil menggesel-geselkan badannya ke arah
Tuah Iskandar.
“Tak payah. Aku tak nak kau. Kau
baliklah rumah kau,” Tuah Iskandar menolak. Dia mempunyai pendirian sendiri.
Dia bertanding bukan untuk wang apatah lagi perempuan. Dia bertanding hanya
untuk memuaskan hatinya! Hanya untuk membebaskan diri daripada masalah. Itu
saja!
“Tapi, I kan milik you. Biar I buat
you happy malam ni,”
“Aku kata aku tak mahu kau, faham!”
“Tapi..”
Belum sempat Tuah Iskandar membalas
kembali kata-kata gadis seksi itu, tiba-tiba satu suara menerpa ke arah mereka
beserta satu tolakan keras ke atas gadis seksi itu menyebabkan gadis itu
terjatuh.
“Hei perempuan. Mamat ni kata tak
nak, tak naklah. Kau tak faham bahasa ke?”
Gadis seksi itu bangun dan terus
melangkah dengan bebelan yang entah apa-apa.
Tuah Iskandar memandang insan di
hadapannya itu.
“So,
inilah yang di katakan busy sangat
tu?” perli Lilia dengan satu renungan tajam ke arah Tuah Iskandar.
“Ya, kenapa?” jawab Tuah Iskandar
bersahaja.
“Tuah, kenapa kau selalu mengelak
dari jumpa aku?”
“Aku tak mengelak.”
“So,
kenapa setiap kali aku ajak kau keluar, ada saja alasan yang kau bagi. Tapi,
bila Kojek suruh berlumba, kau ada saje masa. Why?”
“Sebab aku rasa tak ada apa yang
penting untuk keluar dengan kau,”
“Tuah..kita kawan kan?”
“Ya kita kawan,”
“So?”
“Sebagai kawan, kau tak ada hak nak control apa aku buat. Faham!”
Tuah Iskandar segera memakai topi
keledarnya dan terus menekan minyak motosikalnya. Hanya dengan kiraan dua saat,
Lilia ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga.
‘Tak guna kau, Tuah!’ Lilia mengepal
penumbuknya.
6 comments:
Baguslah Tuah.. jangan sesekali terlibat dengan perempuan. harap2 nnt Hani boleh tlg ubah Tuah supaya tinggalkan dunia racing haram tu.
Ixora..harap2 Tuah boleh berubah..hehe..:)
lilia tu sibuk je..sj la tu nk goda tuah
sis aisyah..orang hensem, mesti ramai peminat..:)
org ensem ssh nk jg kak..ekekeke
moga hani dpt menyedarkan tuah ke arah kebaikan...
Post a Comment