My Novel

Friday, September 20, 2013

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA BUAT AIMEE NUR AQEELAH

8 Sept 2013...genap setahun umur Aimee. Cepatnya masa berlalu. Tanpa sedar anak saya sudah setahun umurnya. Bermakna, sudah setahun saya menjadi seorang ibu, sudah setahun saya berjaga malam memberi Aimee susu, sudah setahun saya menguruskan semua tentang Aimee..Rupa-rupanya sudah setahun...

Sungguh saya tak menyedari masa yang berlalu kerana menjaga Aimee adalah saat yang manis buat diri saya. Meskipun ada pelbagai kerenah yang adakalanya mencabar kesabaran saya tetapi apabila saya tenung wajah Aimee, kemarahan itu reda. Penat itu hilang. Ajaib sungguh perasaan yang hadir itu.

Serius! Jika saya rasa kurang sabar, saya akan tenung wajah Aimee. Melihat wajahnya yang comel, perasaan saya terus berubah. Saya tak jadi marah. Saya layan saja apa dia mahu kerana saya tahu Aimee masih kecil. Masih belum mengerti apa-apa. Dia hanya ingin orang melayan dia, peluk dia, bermain dengan dia...dan saya ikut saja rentaknya...

Kebetulan...8 Sept 2013 jatuh pada hari Ahad, jadi kami menyambutnya di rumah mertua saya memandangkan keluarga saya nak hantar adik saya masuk UKM...So, layan saja gambar2 sekitar majlis yang serba ringkas namun meriah...

 Kek besday Aimee yang saya tempah...Tema Hello Kitty...Cantik...saya sangat suka...

 Baca doa sayang

 Ummi dan abah doakan yang baik2 untuk Aimee..

 Antara yang hadir...("mak ni jemput satu kampung ke?" ujar kakak ipar saya apabila tengok ramai betul jemputan mak mertua saya..hikhik)

 Acara potong kek...Ummi dia yang lebih2...Aimee rileks saje..huhu..

 Hello Kitty yang comel

Kami...Abah, Ummi dan Aimee..

Keluarga saya juga ada datang. Sempat singgah sebelum ke Bangi tapi tak sempat snap gambar. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis dan terima kasih kepada yang bagi Aimee hadiah. Tahun depan bagi lagi ya..:)

No comments: