KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 12)
BAB
12
Hani melabuhkan punggungnya di atas
katil. Beg kuliah yang disandangnya diletakkan di sebelah. Matanya memerhatikan
sesuatu yang terletak di atas meja belajarnya. Lama dia merenung dan akhirnya
dia mengeluh kecil.
Perlahan dia bangun dari duduknya
dan menghampiri meja belajarnya. Pantas dia mencapai tiga kuntum ros merah yang
sudahpun diletakkan di dalam pasu. Dan pasu itu dimasukkan air di dalamnya,
agar bunga ros itu tidak segera layu.
Hani merenung kuntuman bunga itu.
Meskipun masih tidak pasti siapa pengirim bunga tersebut namun entah kenapa
hatinya kuat menyatakan yang bunga ini datangnya dari pemuda itu. Pemuda yang
tiba-tiba hadir dalam hidupnya.
Walaupun terus-terusan menafikan
perasaannya terhadap pemuda itu namun jauh di sudut hatinya rasa bangga kerana
dapat mengenali pemuda itu. Masakan tidak, Tuah Iskandar yang di sebut-sebut
pelajar-pelajar perempuan di kolej kini menjadi kekasihnya. Walaupun status
sebenar hubungan mereka masih samar-samar namun setidak-tidaknya, namanya sudah
termasuk di dalam kamus hidup Tuah Iskandar. Bukan mudah untuk mendekati pemuda
itu tetapi dia berjaya menyusup masuk ke dalam kehidupan pemuda itu. Malah
bukan dia yang datang kepada pemuda itu tetapi Tuah Iskandar sendiri yang datang
kepadanya.
Bangga. Ya, dia merasa bangga.
Kalaulah gadis-gadis di kolej ini tahu akan hubungan mereka, pasti kecoh
jadinya. Apatah lagi Julia dan Syasya yang kerap menjadikan Tuah Iskandar
sebagai topik perbualan mereka.
Namun, cukupkah hanya setakat
bangga? Bagaimana perasaan dia yang sebenar? Sukakah dia pada Tuah Iskandar?
Entah! Dia tidak tahu. Apa yang dia
tahu sekarang ini, perasaannnya menjadi tidak tenang saat dia mengenali Tuah
Iskandar. Degupan jantungnya berdenyut laju saat dia bersemuka dengan pemuda
itu. Antara takut atau suka, dia sendiri keliru yang mana satu perasaan yang
sebenar.
**********
Hani berjalan dari satu rak buku ke
satu rak buku. Mencari-cari buku rujukan yang disyorkan oleh Prof. Ismail bagi
tugasan subjek Patologi. Tugasan itu perlu disiapkan minggu hadapan. Hani
sudahpun mempunyai beberapa buku rujukan Patologi tetapi menurut Prof Ismail,
kebanyakkan jawapan bagi tugasan itu terkandung di dalam buku Basic Pathology Vol 1.
Setelah hampir 20 minit mencari,
Hani mengeluh. Mungkin pelajar lain sudah meminjam buku tersebut. Entah
siapalah yang bernasib baik. Terpaksalah dia membuat rujukan menggunakan buku
lain ataupun mengunakan google
sebagai bahan rujukan.
“Hai Hani,”
Hani pantas menoleh. Kelihatan Iqbal
berdiri di hadapannya sambil mengepit sebuah buku di tangannya.
“Buat apa?” tanya Iqbal yang pada
Hani merupakan soalan yang tak releven di saat itu.
“Dah kat perpustakaan, mestilah cari
buku. Takkan cari kain pula,” perli Hani dan Iqbal hanya tersengih-sengih.
“Kau cari buku yang Prof. Ismail
cakap tu?” tanya Iqbal sambil bersandar di salah satu rak buku di situ.
“Aah. Tak jumpa pula. Kau jumpa?”
“Kau ni Hani. Semalam Prof. bagi
tugasan ni, baru hari ni kau nak cari? Dah tentulah ada pelajar yang dah ambil
buku tu. Lagipun aku dah tanya pada perpustakawan kolej. Dia orang kata buku tu
sudah ada peminjam,”
Hani mengeluh.
“Alah, kau google sajalah. Sekarang ni semua maklumat di hujung jari tahu
tak?”
“Ya, aku tahu. Tapi aku nak sangat
tengok buku yang di katakan Prof Ismail tu. Dah Prof yang syorkan, tentu
bukunya bagus,”
“Tapi dah tak ada, nak buat macam
mana,”
Hani mengangguk lemah. Kemudian,
Iqbal meminta diri untuk kembali ke asrama dan Hani melangkah perlahan
mendapatkan Julia dan Syasya yang sedang kusyuk mengulangkaji pelajaran.
“Ada?” tanya Julia.
Hani pantas menggeleng menyebabkan tiga
sekawan itu mengeluh kecil.
**********
Hani duduk di meja belajar di dalam
biliknya. Tujuannya untuk mengulangkaji pelajaran malam itu sering terganggu
saat terpandangkan bunga mawar yang masih menghiasi meja belajarnya. Serta
merta fikirannya teringatkan pemuda itu.
Ah! Jangan difikirkan sangat Hani.
Belajar…belajar…
Hani menasihati dirinya sendiri. Cuba mengikis wajah Tuah Iskandar dari
mindanya.
Baru saja dia hendak fokus pada buku
di hadapannya, telefon bimbitnya berbunyi.
Isy, siapalah yang telefon
malam-malam ni. Bebel Hani sempat mengerling jam di atas meja. Pukul sepuluh
malam.
“Hello,” bicara Hani sebaik saja
membenarkan panggilan itu masuk.
“Hello,”
Suara di hujung talian membuatkan
Hani tergamam seketika. Hatinya mula berdegup kencang. Dia kenal benar pada
suara garau itu. Kenapa dia telefon malam-malam begini?
“Erk..siapa ni?” tanya Hani ingin
mendapatkan kepastian meskipun dia yakin akan pemilik suara tersebut.
“Aku,” ringkas bicara Tuah Iskandar.
Sah! Memang dia. Tapi, dari mana dia
dapat nombor telefon aku? Ah! Pasti Tuah Iskandar tahu mana nak cari nombor
telefonnya. Bukannya susah sangat. Lagipun Zulkifli satu fakulti dengannya.
Senang-senang saja boleh cari.
“Nak apa?” tanya Hani memberanikan
diri. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia sudah berani bercakap dengan Tuah
Iskandar. Tidak seperti di awal perkenalan mereka, kini Hani sudah boleh
bersuara.
“Kau buat apa?’
Huh! Tak romantik langsung. Suara
kasar, langsung tiada nada. Mendatar saja. Macam manalah ramai orang boleh
terpikat dengan dia ni?
“Erk..saya tengah study,” berani-berani Hani masih juga
ada getar pada suaranya. Iyalah, bercakap dengan gangster mana tidak takut.
Salah cakap nanti, dia panggil geng-geng dia nanti bagaimana? Jadi, Hani cakap
baik-baik saja selagi tidak menyusahkan.
“Kau turun bawah sekarang. Aku ada
kat bawah bukit,”
“Ha?”
“Sekarang!”
Belum sempat Hani menjawab, talian
diputuskan. Hani memandang telefon bimbitnya dengan perasaan bengang.
Dia fikir dia siapa? Suka-suka
arahkan aku ke sana, ke mari. Ingat aku ni hamba dia ke? Aku belum bagi jawapan
lagi, dia dah buat keputusan. Eeeiiii…geramnya aku.
Hendak tak nak, Hani terpaksa juga
turun ke bawah asrama apabila panggilannya telefonnya langsung tidak di
pedulikan Tuah Iskandar. Dia tahu pemuda itu sengaja tidak mahu mengangkat
panggilannya kerana pemuda itu tidak mahu mendengar sebarang alasan. Isy!
Malam itu masih ramai lagi
pelajar-pelajar yang berkeliaran. Hani terpaksa menapak menuju ke bawah bukit.
Tempat terakhir kaum adam boleh menjejakkan kaki sebelum sampai ke asrama
puteri. Dari jauh Hani dapat melihat seseorang di bawah pokok dan Hani tahu itu
adalah Tuah Iskandar melihatkan susuk tubuhnya yang agak sempurna.
Dan kini...Hani berdiri betul-betul
di hadapan Tuah Iskandar. Kelihatan pemuda itu memakai sweater yang ada hook di
kepala. Mungkin untuk melindungi dirinya dari dilihat orang lain. Huh! Takut
sangat ke orang lain tahu hubungan samar-samar mereka ni?
“Nak apa?” tanya Hani. Takut-takut
bertentang mata dengan Tuah Iskandar. Entah kenapa berhadapan dengan Tuah
Iskandar malam itu melahirkan satu perasaan aneh.
Tuah Iskandar menghulurkan satu
bungkusan kepada Hani. Hani mengerutkan dahinya.
“Apa ni?”
“Tolong aku taip assignment aku ni,”
“Ha?”
“Tak dengar? Nak aku ulang?”
“Kenapa saya kena buat assignment awak?”
“Sebab kau awek aku,”
Hani tersenyum sinis.
“Bila pula saya terima untuk jadi
kekasih awak? Dan lagi satu, kalau saya makwe awak pun, saya takkan buat
kerja-kerja awak ya,”
Wah! Beraninya Hani berkata begitu dengan
Tuah Iskandar. Mentang-mentang Tuah Iskandar sudah menganggap dia seperti
kekasih…
Tuah Iskandar diam. Matanya merenung
tajam ke arah Hani menyebabkan denyutan jantung Hani menjadi tidak stabil.
Entah kenapa perasaan beraninya tiba-tiba bertukar menjadi takut. Dia jadi
takut kalau-kalau Tuah Iskandar marah.
“Kali ini saja tau,” Hani akhirnya
mengalah. Dengan lemah, dia mencapai bungkusan yang berisi buku itu dan Tuah
Iskandar terus saja berlalu. Tanpa senyuman, tanpa ucapan terima
kasih…Tuah Iskandar pergi begitu sahaja.
Hani semakin tidak memahami pemuda
itu.
**********
Hani mencampakkan bungkusan yang
diberi Tuah Iskandar itu ke atas katil. Rasa marahnya tiba-tiba meluap terhadap
pemuda itu. Suka-suka sahaja mengarahkan dia menaipkan assignment pemuda itu.
Dia ingat aku ni tak ada kerjakah?
Dia fikir dengan mengambil aku jadi kekasih dia, dia boleh suka-suka menggunakan
aku?
Hani mengutuk-ngutuk Tuah Iskandar.
Memang anak orang kaya begini gayanya. Mengambil jalan mudah dengan membuli orang
yang lemah. Dan orang yang lemah itu adalah dirinya. Aduh!
Hani mencapai bungkusan yang berisi
buku itu. Bilalah agaknya dia nak menaip assignment
Tuah Iskandar. Pasti mengambil masa kerana dia budak perubatan, bukannya ambil
jurusan perniagaan. Pasti ada istilah-istilah perniagaan yang dia tak tahu.
Huh! Menyusahkan orang betul.
Tiba-tiba Hani menjadi kaku.
Tubuhnya berhenti dari bergerak. Matanya tepat memandang ke arah buku yang baru
dikeluarkan dari bungkusan plastik hijau. Tajuk buku itu membuatkan dia tekedu
seketika.
Basic
Pathology Vol 1
Bersama itu ada sekeping nota yang
terselit.
Good
Luck. –Aku-
Dan Hani terus terkesima.
Tuah!
14 comments:
Wow.....nakal juga si Tuah ni yer, ngan selamba kenakan Hani.
So sweet.....
Tuah tak pandai nak tunjuk dia suka..tp dia amik berat..hurmmm..
sis ayu..bestnyer ada pakwe cam tu..hehe..:)
fazliyana...sayang ditunjukkan melalui perbuatan..sweet..:)
oh..sy syg tuah la...
omo... hati yg kejung tu sweet jugak yerrrr...
sis aisyah..kita semua sayang Tuah tapi Tuah sayang Hani..hehe
hk..dalam hati ada taman..hehe..
notty sungguh si tuah nie... hehehe best kak,nak lg
wah, first time baca bab 1 - hingga bab 12 sejak ptg tadi memang bt saya terhibur. tertarik untuk terus mmbaca. best sgt cerita ni. hehe nanti up cepat2 yg bab 13 :)
Tu la tuah ni..cer pandang sy ni skit..hahah
Sasimala. Nik Ainaa..terima kasih sebab suka citer Tuah-Hani ni...jangan lupa ikuti cerita ini nanti ya..:)
aisyah...hehe..:)
oh la tuah... so sweet kamu... tunjuk romantik sayang dgn cara yg tersendiri... ai like u lah tuah... kekekeke... :)
Post a Comment