KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 10)
BAB 10
Hani menutup
buku Mikrobiologi Asas. Nota-nota yang telah dibuat semasa perbincangan
berkumpulan tadi disimpan kemas di dalam fail. Malam ini dia ada tugasan.
Isi-isi perbincangan di dalam kumpulan yang seramai lapan orang itu perlu dikemaskini
kan untuk perbentangan pada minggu depan.
“Huh, banyaknya kerja.”
Sempat Hani mengeluh. Itu baru
subjek Mikrobiologi, belum masuk kerja-kerja subjek-subjek lain. Bertimbun
kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Nampaknya, malam ini dia tidak boleh
keluar ke mana-mana melainkan duduk di meja sambil menyiapkan semua tugasan
yang diberi.
Nampaknya, bukan mudah untuk menjadi
seorang doktor.
“Hani, kau tunggu siapa?” suara Iqbal,
rakan sekumpulannya menegurnya.
“Eh, tak tunggu sesiapa. Aku nak
baliklah ni,” ujar Hani sambil mengangkat fail dan buku-bukunya.
“Terus balik?” tanya Iqbal lagi.
“Aku singgah cafe. Julia dan Syasya ada tunggu kat sana,”
“Kalau macam tu, jomlah jalan
sekali. Aku pun nak pergi cafe ni.
Perut dah lapar,”
“Oh, baguslah macam tu. Adalah juga bodygourd untuk aku,” usik Hani sambil
tertawa kecil.
Iqbal yang terkenal dengan ramahnya
turut tertawa dan kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke kafeteria.
Sambil berjalan, mereka berbual. Masih
lagi berkisarkan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Sesekali di selang
seli dengan gelak tawa. Iqbal memang pandai membuat lawak.
“Berborak dengan kau ni rasa macam
sekejap saje. Tak sedar dah sampai café,”
ujar Hani apabila kaki mereka sudah melangkah ke dalam kafeteria yang agak
lengang petang itu.
“Iyalah. Tak sedar dah sampai.
Okaylah Hani, aku nak tapau ni. Tu, kawan-kawan kau dah tunggu tu,”
Hani mengerling seketika ke arah
Julia dan Syasya yang sedang menunggu.
“Okay,” Hani membalas senyuman Iqbal
sebelum pemuda itu menuju ke kaunter makanan.
**********
Aduh, penatnya. Kalau aku tahu pad dah habis kat koperasi, tak payahlah
aku susah-susah mendaki bukit untuk pergi ke koperasi. Koperasi ni pun satu,
dah tahu benda tu begitu penting bagi seorang perempuan, kenapalah biarkan stok
sampai habis. Tak guna betul. Terpaksalah aku pinjam benda tu kat Julia atau
Syasya. Mintak-mintaklah dia orang ada stok banyak. Kalau tak, tak tahu mana
aku nak cari benda tu.
Hani mengomel-ngomel sendirian.
Penat mendaki bukit ke koperasi seakan tidak berbaloi apabila tuala wanita yang
hendak dibelinya tiada stok. Hendak marah pun tak guna. Senyap adalah jalan
yang terbaik di samping mencari jalan penyelesaian.
Hani menarik nafas lega sebaik sahaja melihat
Julia dan Syasya berada di atas katilnya. Serta merta dia duduk berhadapan
dengan rakan-rakannya itu dengan muka kasihan, memohon simpati.
“Kau orang, aku nak mintak tolong,”
“Tolong apa?”
“Aku nak pinjam pad. Kat koperasi, boleh habis pulak. Tak guna betul. Dah tau stok
tu laku keras, kenapa tak beli banyak-banyak,” Hani mula membebel
menunjukkan ketidak puas hatinya sejak
tadi.
“Hani, aku tak kisah kau nak pinjam
berapa. Kalau kau nak sepuluh pun aku boleh bagi,” ujar Julia.
“Betul ke? Wah, terima kasih Ju,”
“Tapi..”
“Tapi apa?”
“Aku dah tolong kau, kau kena tolong
aku pula,”
“Tolong apa?”
Aduh! Ini yang susah. Ada ke memberi
pertolongan dengan mengharapkan balasan. Tak ikhlas betullah si Julia ni.
“Tolong jawab apa makna semua ini?”
Serentak Julia dan Syasya bangun.
Mata Hani tertumpu pada satu objek di atas katilnya. Dahinya berkerut.
“Bunga?” tanya Hani hairan.
“Ya, itu bunga. Takkan kau tak kenal
bunga?”
“Siapa punya bunga?”
“Kalau dah kat dalam bilik kau, atas
katil kau lagi, dah tentulah kau yang punya,”
“Macam mana bunga tu boleh ada kat
katil aku?”
“Ha, itulah yang aku nak tahu.
Kenapa bunga ini ada kat katil kau?”
Hani terdiam. Matanya menoleh ke arah
Julia dan Syasya silih berganti. Dan kemudian, tertumpu kembali pada tiga
kuntum bunga ros merah yang dibalut kemas dengan plastik bercorak. Cantik!
“Hani, baik kau cakap dengan kita orang,
siapa bagi bunga ni kat kau?” tanya Julia yang sudah duduk di sebelahnya dengan
nada merayu. Dia betul-betul hendak tahu siapa si pengirim bunga itu. Dari tadi
Julia dan Syasya berteka teki tentang si pengirim bunga itu sambil menunggu
kepulangan Hani.
“Hani, kau tak beritahu kita orang
pun kau dah ada pakwe,” ujar Syasya pula sambil tangannya memegang lengan Hani.
Ada nada rajuk pada suara Syasya.
“Hani, beritahulah. Siapa boyfriend kau,” rengek kedua-dua
sahabatnya itu.
“Sekejap..sekejap..,” Hani cuba
mententeramkan rakan-rakannya yang menggesa dia memberitahu siapa pengirim
bunga itu. Apa yang hendak dia beritahu sedangkan dia sendiri tidak tahu siapa
pengirimnya.
“Aku pun tak tahu siapa yang bagi,”
ujar Hani jujur.
“Takkan kau tak tahu, Hani?”
“Betul, aku tak tahu,”
“Kalau macam tu, bunga ni mesti dari
secret admirer kau. Orang yang
meminati kau dalam diam,”
“Wah bestnya ada secret admirer,”
Aduh! Rimas pula Hani dengan
perangai kebudak-budakkan rakan-rakannya itu. Dalam sibuk memikirkan pengirim
bunga itu, Hani terpandangkan sekeping kad kecil yang terselit di celah-celah
bunga itu. Pantas dia mengambilnya lalu membukanya.
Hani…Aku…
Tiada sebarang ucapan. Tiada sebaris
kata-kata. Hanya tertera namanya di bahagian atas kad dan ‘Aku’ di bahagian
bawah kad. Memang bunga itu untuknya dan si pengirimnya adalah ‘Aku’.
“Aku nak kau jadi awek aku.”
Aku? Tiba-tiba Hani rasa sesak
nafas.
Mungkinkah dia?
**********
“Okay Hani. Jumpa esok kat kuliah,”
ujar Iqbal sambil melambai-lambaikan tangannya.
Hani tersenyum sambil turut membalas
lambaian pemuda itu sebelum mereka berpisah menuju ke asrama masing-masing.
Dalam melangkah, Hani sempat melirik
jam di tangannya. Sudah pukul sebelas malam. Agak lewat dari biasa perbincangan
berkumpulan mereka malam itu. Maklumlah, malam itu merupakan perbincangan
terakhir bagi topik yang diberi kerana esok mereka akan membuat perbentangan di
dalam kuliah. Jadi, segala kekusutan dan persoalan perlu mereka bincang bersama
kerana selain perbentangan, mereka perlu menjawab soalan-soalan daripada
pelajar-pelajar lain mahu pun pensyarah sendiri. Dan yang lebih penting, markah
hasil kerja mereka turut diambil peratus dalam markah akhir tahun nanti.
Baru saja mindanya hendak meneroka
pada kemungkinan-kemungkinan soalan yang bakal diutarakan pada keesokkan
harinya, tiba-tiba jalannya dihalang. Tersentak Hani melihat seorang lelaki
berdiri tegak di hadapannya. Kerana bimbang entah siapa yang ingin membuat
jahat, dia ingin melangkah melarikan diri dari sebarang bahaya namun, apabila
melihat wajah pemuda itu, langkahnya tidak menjadi. Sebaliknya, dia berhadapan
dengan pemuda itu. Entah kenapa ketakutan yang kerap bersarang dahulu dalam
dirinya setiap kali bertemu pemuda itu sudah tidak sehebat dulu. Meskipun masih
ada lagi perasaan takut dan gerun, namun dia sudah boleh bersemuka dengan lelaki
itu. Dia sudah boleh bertentang mata dengan pemuda itu. Satu perubahan yang
baik!
“Kenapa?” Hani memberanikan diri
untuk bertanya. Kemunculan Tuah Iskandar yang tiba-tiba tidak sedikit pun
menghairankan Hani kerana pemuda itu memang begitu. Muncul di mana-mana saja
ikut suka hatinya. Namun, sebab kemunculan pemuda itu kali ini yang
menghairankan. Kenapa? Untuk apa bertemu dengannya pada malam-malam buta ni?
“Aku dah cakap aku tak suka kau buat
apa yang aku tak suka,” keras suara Tuah Iskandar memberikan peringatan.
“Apa yang saya dah buat?”
“Aku tak suka kau rapat dengan
lelaki lain,”
Hani mengerutkan dahinya.
“Mana ada saya rapat dengan lelaki?”
Dalam menjawab kata-kata Tuah
Iskandar, fikiran Hani sempat memikirkan maksud kata-kata pemuda itu. Siapa
lelaki yang dia maksudkan? Tiba-tiba Hani teringatkan Iqbal. Pasti orang yang
Tuah Iskandar maksudkan adalah Iqbal kerana dia dan Iqbal pernah terserempak
dengan Tuah Iskandar tempohari.
“Maksud awak, Iqbal?”
Diam.
“Kalau Iqbal yang awak maksudkan, nampaknya
awak silap. Iqbal tu kawan saya. Satu kumpulan dengan saya untuk perbentangan
projek. Itu saja,”
“Aku tak nak dengar apa-apa alasan,”
“Tapi..”
“Kau kena ingat. Kau awek aku!”
Hani tidak mampu berkata apa-apa.
Hanya matanya mengekori langkah Tuah Iskandar sehingga hilang dari pandangan.
Buat seketika, dia hanya berdiri tegak di situ. Memikirkan apa yang sedang
berlaku.
Dari pandangan mata, nampaknya Tuah
Iskandar benar-benar mengakui status dia sebagai kekasih pemuda itu. Tuah
Iskandar bersungguh dalam hubungan mereka. Kelihatan Tuah Iskandar tidak
main-main dalam hal hati dan perasaan kerana wajah pemuda itu tadi nampak begitu
tegang. Tidak suka dia rapat dengan lelaki lain. Tuah Iskandar benar-benar
memaksudkannya.
Tetapi…bagaimana pula dengan dirinya
sendiri?
Hani cuba mengimbas kembali apa yang
terjadi beberapa minit sebelum ini. Kenapa dia bersungguh-sungguh
mempertahankan dirinya sendiri? Kenapa dia beriya-iya meyakinkan Tuah Iskandar
bahawa antara dia dengan Iqbal tiada sebarang hubungan istimewa?
Adakah dia juga turut mengiyakan hubungan
mereka?
Tidak! Dia tidak pernah menganggap
Tuah Iskandar adalah kekasihnya. Dia tidak pernah memberikan jawapan. Hanya
pemuda itu yang membuat keputusan sendiri.
Lantas, kenapa dia bersungguh
mengharapkan kepercayaan Tuah Iskandar? Adakah kerana dia takut dengan lelaki itu?
Atau kerana dia mahu menegakkan kebenaran yang sememangnya dia dan Iqbal hanya
kawan biasa? Atau dia sudah bersedia menganggap Tuah Iskandar sebagai
kekasihnya?
Ah! Semua ini karut. Tuah Iskandar
bukan sesiapa dalam diari hidupnya. Oleh kerana itu, Tuah Iskandar tidak berhak
langsung menghalang dia dari berkawan dengan sesiapa apatah lagi untuk mengatur
hidupnya.
10 comments:
Pening hani ngan tingkah tuah.....huhuhu
sis ayu..tu baru sikit..nanti banyak lagi tingkah si Tuah ni..hehe..:)
bila abg Tuah nk muncul dlm bab 11 ni? Huhuhu
Ixora..saya baru nak update ni..hihi..:)
hani x ngaku tuah bf fia tp blh explain mcm2..takut nyer psal ke ape...
sis aisyah..tu la pasal..takut sangat kot..hihi
aduh la tuah... jgn la kejam mcm tu skali...
hmmm...sygny xjpe novel ni pon.😣😣
hmmm...sygny xjpe novel ni pon.😣😣
hmmm...sygny xjpe novel ni pon.😣😣
Post a Comment