My Novel

Saturday, March 23, 2013

Masak Asam Pedas

Hai uolls..Jom main masak-masak lagi..hehe..sebenarnya ni pic lama..tapi baru ni nak update kat blog. Kira oklah daripada membiarkan blog ni bersawang.

Ini menu entah bila yang saya masakkan untuk hubby. Meskipun hubby taklah cerewet sangat tentang makanan, tapi saya buatkan juga untuk dia. Hubby pernah kata tak payahlah susah-susah masak. Buat simple2 pun tak apa. Nasi goreng ke, Mi goreng ke. Simple, tak payah masak lauk2.
Jawapan saya : Saya pun nak tunjukkan skill memasak saya kat dia..hehe..

Dalam hati saya terfikir dua perkara:
1)Masakan saya tak sedapkah sampai hubby kata tak yah susah2 masak.
2)Hubby memang tak mahu susahkan saya. lagipun malam tak payah makan berat2 sangat sebab siang kami
   masing2 da makan kat opis.
So, saya think positif, memang hubby tak suka saya bersusah2..kalau masakan saya tak sedap, masakan saya rasa sedap aje dan masakan hubby hirup2 kuah tom yam saya? hehe..

Ok, berbalik pada menu yang nak saya postkan kat blog ni...Ikan selar masak asam pedas. kenapa ikan selar? Ikan pari kan best kalau masak asam pedas? Jawapan saya : Sukahati sayalah. Haha..Sebenarnya ikan ni jer yang ada dalam peti ais. So, asalkan boleh.


 
Asam pedas saya..Boleh tahan juga rasanya..


Udang goreng kunyit. Masakan ni saya campak2 ajer. Udang ngan sayur2..Kunyit kasi lebih sikit. Baru ada ummppphhh..

Menu kami di suatu petang. (bila, tak ingat..huhu).

No comments: