Tak abis lagi cerita rayer walaupun da abis rayer..ah, tak kira..nak citer jugak..hehe
31 ogos lepas..saya dan suami buat open house di rumah sewa kami..sebenarnya bukan open house..tapi
just mini open house ajer. Sebenarnya, kawan2 suami nak datang..mula2 sikit..lama2 ramai plak..Alang2 saya jemput famili saya sekali..dan kawan2 opis..alang2 masak biar sekaligus..kan senang..
Juadah simple kami..
Kek dan buah-buahan..
Nugget n hotdog yang paling laku..budak2 banyak makan nih..
Mee goreng..yummy..yummy..
Bihun sup..best sangat..hehe..
Sebenarnya, saya suka orang ramai datang rumah saya..saya suka menghidangkan tetamu makan. Tengok mereka makan di rumah kita membuatkan saya gembira.
saya benar2 teruja dan tak sangka ramai tetamu yang hadir..Terima kasih pada ahli keluarga, jiran tetangga, kawan2 suami, kawan2 saya yang sudi hadir. Insyaallah saya dan suami bercadang kalau ada rezeki, kami nak buat lagi akan datang dengan menu yang lebih best..hik..hik..
Corat-coret mini open house
1) Masak? hehe..saya telah mengimport mak saya untuk tolong masak..Adik perempuan saya juga. Saya ni setakat masak cincai boleh la tapi ni untuk ramai..takut plak nak masak sendiri. lebih2 lagi sedang sarat menghitung hari. Tak larat nak buat seorang. Terima kasih mak..Terima kasih adikku..hehe..
2) Terharu dengan kedatangan jiran2..Kebanyakkan yang kami jemput semuanya datang..Dapatlah berbual2 lama dan tahu serba sedikit pasal mereka. Ye lah selama ni hanya senyum dan bertegur alah kadar sebab sibuk dengan kerja. Hujung minggu pula da balik kampung, jalan2..Jarang jumpa. Tapi, mereka semua memang baik2. Syukur.
3) Jam 5 petang, rumah kami diserbu 8 famili (8 bijik kereta)..Aduh..kelam kabut sedikit dengan orang ramai. Rumah taklah besar sangat sehingga ada yang makan kat tepi longkang. Mohon ampun kalian semua.
4) Dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang..tetamu datang non stop
5) Penat tapi berbaloi..Terima kasih semua. Tahun depan Insyaallah akan dibuat lagi jika diizinkan Nya.
*Esoknya suami saya dah discuss utk menu rayer tahun depan..hikhikhik
No comments:
Post a Comment