PERSIS PUTERI
Karya terbaru saya yang sudah diterbitkan oleh Fajar Pakeer pada pertengahan Jun lepas. Kemunculan karya ini di harap dapat menjawab persoalan pembaca yang sudi bertanya tentang karya terbaru saya. Karya genre romantik-komedi ini diharap dapat menghiburkan pembaca semua.
So, apa tunggu lagi??...dapatkannya di pasaran cepat!!
Hehe..
"Kau laksana putera, yang sedang mencari puteri,
Aku ibarat puteri, menanti putera di hati"
Pertunangan
mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan
keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi
kepentingan dua insan. Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan
bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas
syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa
sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam
kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang
tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan
dalam perjanjian itu. “Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini,
tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.” Permainan
bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang
dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan
melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati,
ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee
yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu.
Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang
selama ini dibongkar. Rizman mula resah. Dalam kemelut itu, ada insan
lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan
gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan
Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera
mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?
"MOGA DIRIMU PERSIS PUTERI"
No comments:
Post a Comment