“ Hairi.” Cinta memulakan bicara. Terasa ingin berkongsi kesedihannya dengan seseorang. Dan entah kenapa Hairi menjadi pilihannya, dia sendiri kurang pasti.
“ Kenapa?.”
“ Saya tak sekuat yang awak sangkakan. Saya dah tewas.”
“ Apa yang awak cakapkan ni Cinta?.”
“ Dia dah berkahwin dengan sepupu saya. Boleh tak awak bayangkan perasaan saya?. Saya sendiri menyaksikan perkahwinan kekasih saya. Saya sendiri yang menolong membantu persediaan perkahwinan kekasih sendiri. Macammana saya nak jadi kuat, Hairi.”
“ Berpisah jika orang yang kita sayangi curang kepada kita adalah lebih baik berbanding berpisah jika orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.”
“ Apa maksud awak?.”
Hairi tidak menjawab sebaliknya melemparkan pandangan jauh ke depan. Wajah Salina mengisi ruang mindanya. Kenangan lima tahun yang lalu kembali menerjah. Kalau boleh dia ingin melupakan kenangan pahit itu namun pertemuan dengan gadis bernama Cinta, mengingatkan kembali kepada peristiwa itu.
“ Saya pernah berkahwin lima tahun yang lalu…”
Kata-kata Hairi menarik minat Cinta. Dia memandang ke arah Hairi. Menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita pemuda itu.
“ Perkahwinan kami tak mendapat restu dari keluarga saya. Mama menentang keras hanya kerana Salina berasal dari kampung, tak berhanta, tiada kedudukan. Tapi kerana cinta, saya tinggalkan semuanya. Tinggalkan keluarga dan segala kemewahan hanya kerana Salina.”
Cinta terdiam mendengar cerita Hairi. Terharu kerana pemuda itu sanggup meninggalkan semuanya hanya kerana cinta. Tetapi, kenapa Hazriq tidak seperti Hairi?. Rapuhkah cinta Hazriq terhadap dirinya kerana dengan mudah saja Hazriq mengakhiri semuanya?. Tiba-tiba Cinta teringatkan ibu dan ayahnya. Bukankah kisah ibu dan ayahnya jua ada persamaan dengan kisah Hairi. Kenapa dua lelaki ini sanggup berbuat apa sahaja untuk memperjuangkan cintanya?. Kenapa tidak Hazriq?.
“ Walaupun begitu, hidup kami bahagia sehinggalah suatu hari..” Cerita Hairi terhenti seketika.
“ Apa yang terjadi.” Cinta berminat ingin tahu.
“ Suatu hari, kami terima surat dari mama. Mama ajak kami pulang ke KL. Saya terpaksa akur kerana Salina bersungguh-sungguh ingin ke sana. Salina ingin jadi menantu yang baik. Salina mahukan yang terbaik untuk saya. Kami sangkakan mama dah berubah tapi…” Sekali lagi Hairi terhenti. Kenangan pahit itu bagai terlayar di ingatannya.
“ Kemudian?.”
“ Kami kembali ke KL. Saya memulakan tugas yang lama sebagai pemangku CEO syarikat keluarga. Kehidupan kami bahagia. Namun, semasa Salina hamil 9 bulan, saya diarahkan mama pergi outstation di Paris dan di di situlah segala-galanya bermula.”
“ Apa yang bermula?. Apa yang berlaku.” Desak Cinta ingin tahu.
“ Sepanjang ketiadaan saya, mama banyak mendera Salina. Salina yang ketika itu hamil tak mampu berbuat apa-apa. Mama memang pandai. Mama dera Salina tanpa pengetahuan sesiapa. Salina pula tak beritahu sesiapapun apa yang mama lakukan. Dan pada suatu malam, mama halau Salina dari rumah. Dalam keadaan sarat, ke manalah Salina nak bawa diri. Salina akhirnya pengsan di jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas melahirkan Farina.” Hairi segera mengesat air matanya yang mula mengalir. Terbayang bagaimana penderitaan yang ditanggung oleh isterinya. Terasa kesal kerana tak dapat bersama isterinya di saat-saat isterinya memerlukan dia.
“ Sehingga ke saat ini saya terasa kesal kerana tak dapat bersamanya menempuh susah payah bersama. Saya biarkan dia keseorangan mengalami penderitaan itu. Saya kesal dengan apa yang berlaku.”
“ Tapi itu bukan salah awak. Awak tak tahu ianya akan berlaku.”
“ Sebab itu saya katakan, awak dengan mudah boleh lupakan dia. Dia curang pada awak. Dia mungkiri segala janjinya dengan awak. Dia buat awak merana. Dia tinggalkan awak untuk perempuan lain. Awak ada banyak alasan untuk melupakan dirinya tetapi saya…” Hairi menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya keluar. Kemudian dia menyambung.
“ Salina pergi di saat cintanya mekar buat saya. Salina terlalu baik terhadap saya. Salina banyak berkorban untuk saya. Dia menderita kerana saya. Dia sanggup ketepikan kepentingan diri hanya untuk melihat saya bahagia. Dia lahirkan zuriat saya dan akhirnya dia terkorban kerana saya. Apakah alasan untuk saya melupakan dia?. Saya tiada satupun alasan untuk melupakan dia.”
Cinta memandang tepat ke wajah Hairi. Air matanya mula bergenang. Begitukah cerita di sebalik wajah yang sering memberi dia kekuatan?. Begitukan kisah di sebalik insan yang kerap memberikan keyakinan padanya?.
Air mata Cinta gugur jua. Sama sekali tidak menyangka hidup Hairi juga tidak seriang yang di fikirkan. Hairi juga mempunyai cerita sendiri. Malah dugaan pemuda itu lebih hebat bebanding dirinya.
“ Sekian lama saya memujuk hati melupakan semua yang berlaku. Sedikit demi sedikit saya bangkit dari kisah semalam. Walaupun terasa sukar, namun kehidupan harus di teruskan. Sebab itu saya faham apa yang awak rasakan. Masalah kita sama cuma jalan cerita yang berbeza.”

6 comments:
tahniah ezi
ida_nardiel
Thanks ye ida...:)
ezi... tahniah!
QS dh bacer novel KC nih... memang menyentuh perasaan... skali baca mesti nk truskan pembacaan sampai habis.. nk tau kesudahan citer tu... QS baca ri kul 11.30pm hinggalah kul 3.30am.... TAHNIAH! ezi..
Berusahala lg yer... chayok!chayok!
peminat novel ke?..
bagus2!!
wah !!xsabo nk tau akhirnya,
kul 3pg tuu..
syabas!!
Quantity serveyor
thanks yer sebab suka cerita KC...Insya'Allah, saya akan cuba yang terbaik dalam cerita yang akan datang...hehehe
c-idah...
kalau nak tahu akhirnya...dapatkanlah KC yer...:)
Post a Comment