My Novel

Tuesday, February 17, 2009

Ragam 4 : Bodoh Sombong...

Kisah ini berlaku sewaktu saya berkerja di makmal swasta di bandar beberapa tahun yang lalu. Sedang saya dan seorang rakan saya berbual-bual, tiba-tiba rakan saya yang seorang lagi memanggil saya. Dia bertanyakan ujian arah LEPEX. Dia kurang mahir kerana dia hanya customer service. Sewaktu dia tanya, saya tercengang-cengan juga. LEPEX?. Test apa tu?. Saya tak pernah dengar. Lalu rakan saya ni suruh saya bersua muka dengan lelali berkenaan.
Di kaunter depan, saya terlihatkan seorang lelaki yang tidaklah terlalu tua dan bukanlah muda. saya bertanya kepada dia, ujian darah apa yang dia nak buat.
" LEPEX." Katanya yakin.
" LEPEX?." Saya bertanya kembali. Takut-takut tersalah dengar.
" LEPEX awak tak tahu ke?." Dia bertanya lagi dengan nada sombong.
Terus terang saya katakan selama saya bekerja yang hanya beberapa tahun, saya tidak pernah mendengar ujian darah seperti itu.
" Boleh saya tahu ada apa dalam test LEPEX tu?." Saya masih bertanya dengan hormat. customer lah katakan...
" Itu dalam ada test Cholesterol, yang baik, yang jahat..." Ujarnya lagi.
" Oh, itu test LIPID." Ujar saya setelah faham ujian apa yang dimaksudkan, iaitu LIPID. Satu ujian untuk check Cholesterol dalam darah.
" Bukanlah. Itu L.I.P.I.D. Bunyinya LEPEX. You tak belajar ka?. You kelulusan apa?." Lelaki itu masih mahu menegakkan benang yang basah. Dia masih mahu katakan yang dia adalah betul.
Saya terus memberitahu dia kelulusan saya. Kemudian dia senyap. Tapi cara dia pandang saya macam tak puas hati. Kemudian saya kata.
" Kat sini kami panggil LIPID." Kata saya menyedapkan hati lelaki itu. Mungkin ada tempat lain yang memanggil ujian berkenaan seperti yang disebut lelaki itu yang saya tak tahu. Akhirnya, lelaki itu pergi tanpa membuat apa-apa ujian. Saya dan rakan-rakan saling berpandangan.
Tak lama selepas itu, saya terus bertemu doktor bertanyakan tentang sebutan selain LIPID. Manalah tahu saya tak tahu. Namun, jawapan doktor sama dengan pemahaman saya. Ternyata lelaki itu sudah tersilap namun ego untuk menerima kesilapannya. Hai, entahlah....

4 comments:

El_Liyana said...

bak kata org... buat sesutu tu msti dengan bersungguh2... so lelaki tu mstilah menegaskan ttg kebenarannya wpn dier tau itu adalah salah... itulah manusia...

* manusia pelbagai ragam

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Teringat kata-kata hikmat seorang teman yang berbunyi, 'kalau nak tipu, tipu lah betul-betul..'

Betul ker kita kena buat begitu untuk membuat tipu tu jadi betul?

takde la..,

tipu aje.

ezi said...

yez_zzz& Kontraktor wibawa...
manusia memang pelbagai ragam...susah nak kata...tetapi dalam hidup ni perlu bertolak ansur...mungkin lelaki itu terasa malu untuk mengaku setelah tahu dia salah kerana sikapnya yang 'kurang baik' dengan kami pada waktu itu....

zedmagel said...

Ezi...

Manusia ni memang banyak ragam,terutamanya ragam pelanggan tua seperti saya, saya pernah dimarahi oleh sahabat muda saya, sebab order minuman. Selalu dia orang pesan fresh orange..tu betul. Saya order fresh tembikai, dia orang kata salah. Rupa-rupanya watermelon juice...pulak...!

Sabor aje le...