My Novel

Tuesday, December 30, 2014

Again : Syukur

 Gambar ihsan en. google

March 2014 : Hari itu saya rasa nak check UPT. Rasa berdebar tu ada kerana saya amat berharap agar ianya satu berita yang gembira. Sebenarnya, untuk anak kedua, saya dan hubby merancang setelah saya alami keguguran pada tahun lepas. Lagipun, Aimee dah setahun lebih. Kalau saya mengandung kali ini, Aimee sudah dua tahun waktu saya bersalin kelak.

Positif : Syukur. Saya rasa gembira. Namun, dalam gembira terbit juga rasa takut. Takut andai pisang berbuah dua kali. Saya betul2 fobia setelah mengalami keguguran tahun lepas. 

Beberapa hari lepas tu, saya jumpa doktor. Doktor sahkan saya hamil lima minggu. Tersenyum saya melihat gambar scan yang dibuat doktor. Tak sabar nak tunjukkan pada hubby. 

Pregnant kali ini saya amat berhati2. Saya memanjakan diri sendiri dengan tak buat kerja berat-berat. Bukan tak boleh buat tapi saya takut akan kandungan saya. Mujur hubby memahami saya. Dia tak kisah pun kalau saya tak nak buat itu ini.

Meski hubby berharap anak lelaki, namun saya tak kisah. Janji anak ini lahir dengan sihat dan sempurna, saya dah cukup gembira. Satu lagi berita gembira dalam hidup saya.

Tuhan...terima kasih atas bahagia ini...

No comments: