My Novel

Tuesday, November 27, 2012

Tahniah hubby!

Sudah hampir dua minggu saya masuk kerja setelah lama bercuti. Masuk saja kerja, berborak sakan dengan member2..almaklumlah..cuti lama, banyak cerita yang nak diborakkan dan soalan yang 'hot' pada waktu itu..

"Ezi, siapa jaga anak kau?"
"Husband aku"
"Dia duk rumah mak dia ek?"
"Tak de lah. ada kat rumah. dua orang dengan anak aku,"
"Eh, boleh ke husband kau jaga baby?"
"Entah..dia kata ok..oklah kot,"

Bukan seorang dua yang hairan apabila saya katakan husband saya jaga Aimee. Diakan cikgu sekolah. Sekolah kan cuti. Bagi saya apa yang nak di hairankan? Jika saya boleh menjaga baby sekecil itu, pasti hubby pun boleh. Tetapi apabila difikirkan semula. Bukan semua lelaki yang boleh menjaga anak kecil apatah lagi baru berusia dua bulan. Perkara yang biasa bagi saya menjadi luar biasa bagi kawan2. Ada yang sempat berkirim salam pada hubby dan mengucapkan tahniah.

Tiba2 saya menjadi kagum dengan suami sendiri. Sanggup menjaga baby kami dan menanti saya balik kerja. Oh, sayang..tahniah!


Anak abah..keletihan..

Di Johny Jusco. Sambil menanti makanan..hubby jaga Aimee..

Kalau pergi ke mana2, hubby akan dukung Aimee. Saya follow ajer. Tak larat dukung lama2..Aimee semakin berisi..

Tengok kolam renang. Aimee kalau berjalan, asyik tido ajer..

..Love my beautiful life..

2 comments: